VIDEO NIE DAH DIPADAM DI YOUTUBE...
http://www.facebook.com/photo.php?v=419154981471012
Ayuh, bangkitlah. Saya percaya, setiap anak Pahang mempunyai darah kepahlawanan Mat Kilau, setiap anak Perak mempunyai semangat menentang penjajahan Datuk Maharajalela, setiap anak Terengganu mempunyai resam Rahman Limbung, dan akhir sekali, setiap anak Malayu mempunyai darah Jebat dalam memartabatkan keadilan. Bangkitlah bangsaku, menentang penjajah era baru, Kerajaan Penjajah. - Edy Noor Reduan
Wednesday, October 31, 2012
Tuesday, October 30, 2012
Friday, October 26, 2012
Thursday, October 18, 2012
Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau Rakyat Bertindak Sendiri
Kenyataan Umum
18 Oktober 2012
Tangguh dan Kaji Perlaksanaan Sistem AES Atau Rakyat Bertindak Sendiri
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendesak keras agar kerajaan Barisan Nasional menangguh dan mengkaji semula perlaksanaan Sistem AES yang meragut wang rakyat sepanjang 24jam sehari, 7 hari seminggu.
Tidak dinafikan, kadar kemalangan jalanraya yang tinggi memerlukan tindakkan drastik yang ideal kepada semua, bukan hanya terhadap poket kerajaan dan kroni. Kerajaan sebagai penerima cukai jalan dan cukai kepala pemandu (lesen memandu) sepatutnya mengeluarkan dana untuk keselamatan rakyat di atas jalanraya namun apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila modal yang dikeluarkan kerajaan hanya untuk mengoyakkan poket rakyat dengan sistem saman AES.
AES juga tidak disebut sebagai sistem keselamatan, tetapi lebih kepada sistem saman-menyaman. Malah telah banyak kali dibangkit betapa lokasi kamera AES tidak membantu mengurangkan kadar kemalangan tetapi lebih berfungsi sebagai perangkap.
Butir perjanjian di antara syarikat pengendali AES dan pihak kerajaan juga tidak didedah walaupun didesak di parlimen. Ini mencurigakan, apakah ada komplot antara kerajaan dan syarikat swasta untuk mencuri wang poket rakyat?
Dalam pemerhatian SAMM yang berpengkalan di setiap negeri seluruh negara, banyak faktor kemalangan seperti jalan berlubang, tidak rata dan berbonggol-bonggol tidak diambil peduli tetapi dalam masa yang sama kerajaan membelanjakan wang rakyat untuk sistem AES semata-mata. Mengapa kerajaan BN tidak memastikan frasarana yang baik terlebih dahulu?
Sedangkan rakyat semakin ditimpa kesempitan hidup akan sampai ketikanya terpaksa memilih untuk menangguhkan hasrat menukar tayar yang sudah botak demi membayar saman terlebih dahulu bagi mengelak denda berganda jika bayar lewat. Rakyat akan pilih bayar saman daripada servis dan baiki kereta maka kadar kemalangan akan lebih banyak jika situasi seperti ini membarah.
SAMM juga ingin mengingatkan kerajaan bahawa pecahan statistik kemalangan maut paling tinggi adalah membabitkan penunggang motorsikal maka sepatutnya kerajaan mengusahakan terlebih dahulu lorong alternatif untuk keselamatan penunggang motorsikal berbanding memilih sistem AES yang fokus untuk menyaman pemandu kenderaan empat roda, bukan motorsikal.
Maka atas sebab ini SAMM mendesak sistem AES ditangguh dan dikaji semula. Jika kerajaan tetap berdegil untuk menyaman rakyat 24jam, SAMM akan melancarkan sebuah kempen untuk rakyat bangkit menutup kamera-kamera AES yang dipasang di seluruh negara.
SAMM sendiri mempunyai pengikut hampir di setiap pelusuk negara untuk memulakan gerakan kempen ini. Kempen 'tutup kamera AES' bukan untuk memusnahkan harta rakyat, tetapi rakyat bertindak menutup kamera tersebut dengan menggunakan stiker pelekat atau membalut kamera tersebut dengan plastik sampah (berwarna hitam). Kamera AES tetap selamat dan berfungsi, cuma ia tidak mampu lagi menyaman. Ini bukan kempen vandelisma tetapi kempen selamatkan duit rakyat dan negara.
Akhir sekali, SAMM memuji tindakkan Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat yang sebulat suara menangguhkan sistem AES demi rakyatnya. Inilah kerajaan idaman, yang sentiasa memikirkan kebaikkan demi rakyat, bukan seperti regim BN yang sentiasa mencukai dan mendenda rakyat dengan dacing sengetnya.
"Perubahan itu harus didesak"
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
Saturday, October 13, 2012
Pemuda Gerakan Mempersenda Islam, SAMM Gerak Laporan Polis Seluruh Negara
Kenyataan Media
Berikut adalah kenyataan awal SAMM Kebangsaan;
Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
15 Oktober 2012
TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM, BUKTI POLITIK ULAR KEPALA DUA BARISAN NASIONAL
Pagi ini kira-kira jam 11 pagi tadi saya telah terbaca satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.
Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Isu ini telah dipolitikkan sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliawanis MCA, Tee Hoi Ling memberikan komen bahawa tindakan memastikan model berpakaian sopan itu seperti memperbudakkan pengiklan. Ini sememang modus operandi Bn ala ular kepala dua yang cukup hipokrit. Di sisi Melayu dan Islam mereka akan menggunakan Umno dan membayar ustaz - ustaz upahan untuk menyerang PR yang kononnya tidak Islamik tetapi dalam sisi lain mereka menggunakan Mca dan parti komponen bukan Melayu Islam agar menyerang PR yang terlalu Islamik dengan menggambarkan Islam itu hina dan ortodok. Mereka juga menyerang kononya PR pro Kristian dan anti Melayu. Ini jelas dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno sendiri ketika demo anti penghinaan terhadap Rasulullah apabila dia mendesak PAS tinggalkan PR kerana PR ramai orang cina. Ini taktik ular kepala dua yang mahukan rakyat bergaduh.
Tetapi twitter Tan Keng Liang pagi ini betul - betul kurang ajar dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan model lelaki tidak berpakaian (seluar) pendek kerana untuk elak lelaki dalam PAS teransang dan lebih kurang ajar apabila dia mempertikaikan jika PAS menguasai putera jaya atlet akan menutup aurat.
Kepada Keng Liang mungkin Umno gagal memperkenalkan kamu mengenai Islam. Islam agama Ad Din bukan sekadar solat dan berzakat. Agama kepercayaan kami (Islam) yang menyusun hidup kami termasuk menutup aurat. Menutup aurat bukan arahan PAS tetapi tuntutan agama. Kamu sudah melampau dan menghina agama.
SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini. Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain. Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu. (klik sini untuk baca akaun twitter palsu dan klik sini pula untuk baca rampasan komputer rumah ketua AMK Rembau)
Rakyat perlu menilai taktik ular kepala dua Bn ini memecah belah masyarakat dan keharmonian negara. Kekuatan Bn ialah apabila rakyat bergaduh antara agama dan kaum.
Sekian
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Solidariti Anak Muda Malaysia
16 Oktober 2012
Pemuda Gerakan Mempersenda Islam, SAMM Gerak Laporan Polis Seluruh Negara
Merujuk kepada akaun twitter milik Ketua Pemuda Gerakan Kedah iaitu Tan Keng Liang, terdapat beberapa tweet yang mempunyai unsur penghinaan terhadap agama Islam apabila hukum menutup aurat telah dipersenda.
Bagi SAMM, prejudis terhadap kepercayaan agama lain adalah suatu yang melampau. Tan Keng Liang secara jelas memperkatakan soal aurat seolah-olah ianya adalah suruhan sebuah parti politik sedangkan ia sebenarnya adalah tuntutan Islam.
Tan Keng Liang yang mempersoal kononnya lelaki dalam PAS akan terangsang jika gambar model lelaki mengenakan seluar pendek terpampang di papan iklan adalah persoalan jahat di mana ia turut menggamit maksud penutupan aurat yang dituntut sebagai salah satu cara hidup Islam adalah sesuatu yang lucu.
Tweet Tan Keng Liang yang berbunyi "Jika PAS menguasai Putrajaya, semua atlet samada Islam dan termasuklah bukan Islam perlu memakai seluar panjang dan baju yang berlengan", apakah Tan Keng Liang benar-benar tahu mengenai aurat dalam Islam?
Inilah hasil didikan Umno terhadap rakan sebantalnya iaitu parti Gerakan. Bukan sahaja kesedaran terhadap sensetiviti agama Islam tidak dicerahkan dengan baik bahkan soal hukum agama juga turut dipermainkan di ruangan terbuka oleh bukan Islam yang boleh mengundang ketegangan antara agama. Begitu juga sebaliknya, tidak ada agama yang harus dipersenda.
Oleh demikian, kerakusan Tan Keng Liang memacu laman sosialnya sehingga secara sedar dan sengaja mempersenda tuntutan agama islam dalam perihal menutup aurat harus menerima hukuman yang setimpal. Badan berkuasa perlu bertindak pantas sebelum sikap tidak bertanggungjawab yang ditunjukkan oleh Tan Keng Liang menjadi ikutan dan akhirnya saling berbalas serangan berbentuk penghinaan antara agama.
Lantas, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) yang berpengkalan di seluruh negara telah membuat laporan polis terhadap sikap kurang ajar pemuda BN ini. Bermula dengan SAMM Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, laporan polis disusuli oleh SAMM Kelantan, Kedah, Perlis, Terengganu, Perak, Pahang dan SAMM Wilayah.
Laporan polis oleh SAMM Kedah di IPK Kota Star |
Laporan Polis SAMM Kelantan bersama Pemuda PAS di IPD Kota Bharu. Turut bersama ialah Chegubard |
Laporan polis SAMM N.Sembilan bersama PAS N.Sembilan dan Angkatan Muda NS di IPD Seremban 2. Bukan Islam juga turut bersama menolak prejudis terhadap agama lain. |
SAMM Pulau Pinang di IPD Timur Laut |
Laporan polis oleh SAMM Pahang di IPD Kuantan |
Laporan polis SAMM Perlis di IPD Kangar |
SAMM Selangor di IPD Sabak Bernam |
Report polis SAMM Terengganu di IPD K.Terengganu |
Report Polis SAMM Wilayah di IPD Dang Wangi yang turut ditemani Edy Noor dan Anwar Asyraf |
Hanya SAMM Melaka dan Johor akan membuat laporan polis pada 17 Oktober (esok) dan juga SAMM Langkawi akan turut menyusul membuat laporan polis terhadap Tan Keng Liang.
Kertas siasatan perlu dibuka, Tan Keng Liang perlu ditahan segera. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain.
Sebagaimana suatu ketika tidak lama dulu seluruh rakyat negara tanpa mengira fahaman agama dan warna kulit mengutuk penerbitan filem yang menghina agama Islam, SAMM juga hari ini menuntut perkara yang sama disokong merentasi perbezaan agama dan bangsa.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
Berikut adalah kenyataan awal SAMM Kebangsaan;
Kenyataan Umum
Solidariti Anak Muda Malaysia
15 Oktober 2012
TAN KENG LIANG MENGHINA ISLAM, BUKTI POLITIK ULAR KEPALA DUA BARISAN NASIONAL
Pagi ini kira-kira jam 11 pagi tadi saya telah terbaca satu twitter dari akaun Tan Keng Liang, Ketua Pemuda Gerakan Kedah yang mempersendakan dan menghina arahan berpakaian sopan kepada bukan Islam dan menutup aurat kepada Islam.
Ini mungkin muncul dari garis panduan Majlis Perbandaran Alor Setar (MBAS) yang mula melaksanakan garis panduan supaya model iklan yang dipaparkan dalam kawasan mereka hanya memaparkan model yang berpakaian sopan.
Isu ini telah dipolitikkan sejak beberapa minggu yang lalu apabila beliawanis MCA, Tee Hoi Ling memberikan komen bahawa tindakan memastikan model berpakaian sopan itu seperti memperbudakkan pengiklan. Ini sememang modus operandi Bn ala ular kepala dua yang cukup hipokrit. Di sisi Melayu dan Islam mereka akan menggunakan Umno dan membayar ustaz - ustaz upahan untuk menyerang PR yang kononnya tidak Islamik tetapi dalam sisi lain mereka menggunakan Mca dan parti komponen bukan Melayu Islam agar menyerang PR yang terlalu Islamik dengan menggambarkan Islam itu hina dan ortodok. Mereka juga menyerang kononya PR pro Kristian dan anti Melayu. Ini jelas dengan kenyataan Ketua Pemuda Umno sendiri ketika demo anti penghinaan terhadap Rasulullah apabila dia mendesak PAS tinggalkan PR kerana PR ramai orang cina. Ini taktik ular kepala dua yang mahukan rakyat bergaduh.
taktik ular kepala dua untuk menghantar masej berbeza berdasarkan kaum dan agama bagi memecah belahkan rakyat demi keuntungan politik Bn |
Mca bantah hudud, Umno cabar laksana hudud |
Tok Guru upahan yang keluar dalil konon haram sokong DAP tetapi akhirnya menerima habuan RM 2 juta 'sumbangan' kepada pondoknya |
Umno berpura menentang PR kononya tidak Islamik termasuk dengan cara maki hamun yang jelas bertentangan kehendak agama |
Tetapi twitter Tan Keng Liang pagi ini betul - betul kurang ajar dan menghina Islam. Dia menyatakan arahan model lelaki tidak berpakaian (seluar) pendek kerana untuk elak lelaki dalam PAS teransang dan lebih kurang ajar apabila dia mempertikaikan jika PAS menguasai putera jaya atlet akan menutup aurat.
Kepada Keng Liang mungkin Umno gagal memperkenalkan kamu mengenai Islam. Islam agama Ad Din bukan sekadar solat dan berzakat. Agama kepercayaan kami (Islam) yang menyusun hidup kami termasuk menutup aurat. Menutup aurat bukan arahan PAS tetapi tuntutan agama. Kamu sudah melampau dan menghina agama.
SAMM akan membuat laporan polis ke di seluruh negara berkenaan perkara melampau ini. Tan Keng Liang perlu ditahan, telefonnya perlu dirampas dan dia perlu dihukum. Kita juga ingin melihat PDRM bertindak tegas seperti mana jika ada laporan polis terhadap yang lain. Saya pernah ditahan dan telefon saya dirampas, komputer Ketua AMK Rembau dirampas hanya kerana laporan polis yang telah kami buktikan akaun twitter palsu. (klik sini untuk baca akaun twitter palsu dan klik sini pula untuk baca rampasan komputer rumah ketua AMK Rembau)
Rakyat perlu menilai taktik ular kepala dua Bn ini memecah belah masyarakat dan keharmonian negara. Kekuatan Bn ialah apabila rakyat bergaduh antara agama dan kaum.
Sekian
che'GuBard
Penyelaras SAMM Kebangsaan
Thursday, October 11, 2012
Wednesday, October 10, 2012
Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 03/2012 , Sekinchan Selangor
Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan 03/2012
5-6 Oktober 2012
Sekinchan, Selangor
Selepas Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan memasuki pusingan ketiga bagi tahun 2012 dengan giliran Selangor menjadi tuan rumah.
Bertempat di sebuah hotel yang cukup sederhana sekitar Sekinchan, kelompok utama Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dari seluruh negara berhimpun untuk sesi retreat sepanjang hari menyusun dan memperkemas gerakan anak muda. Rapat yang diadakan seharian bermula jam 8.30 pagi dan berakhir jam 10.00 malam.
Di sini Rapat Kebangsaan Berlangsung - Hotel Paddy Village |
Rapat kali ini turut disertai oleh dua kelompok besar keluarga baru SAMM. SAMM Muadzam Shah yang menyertai SAMM sekitar April tahun ini dan juga SAMM Parit Buntar yang baru sahaja dilancarkan dengan gemilang awal September yang lalu. Seramai 28 Pengarah, Penyelaras Kebangsaan dan Penyelaras negeri, serta seramai 58 delegasi yang mewakili setiap negeri dari seluruh pelusuk tanahair hadir dalam Rapat Kebangsaan Selangor.
Untuk rekod, Rapat Kebangsaan sebelum ini di Penanti, Pulau Pinang banyak mendatangkan hasil apabila SAMM di semua negeri bergerak hebat menganjur pelbagai program kemasyarakatan setempat mahupun program kebangsaan. Walaupun memasuki bulan Ramadhan ketika itu, seluruh negara digegar dengan nama SAMM di mana setiap SAMM negeri memainkan peranan menganjur pelbagai program. Kemuncaknya, SAMM dilihat sangat berjaya dalam penganjuran Sambutan Ambang Kemerdekaan Janji Demokrasi dan himpunan rakyat itu berlangsung tanpa sedikitpun penglibatan parti politik, ia adalah himpunan rakyat, ia juga himpunan anak muda dan SAMM sebahagian dari peneraju utama.
Antara kepimpinan utama |
Rapat Kebangsaan di Selangor kali ini sesuai dengan cabaran anak muda menghadapi saat paling genting menentukan hala tuju negara. Tema kali ini berbunyi “Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13″ dengan kesimpulan menumbangkan regim Barisan Nasional sebagai agenda utama selain penyusunan gerakan massa. Tidak dinafikan, hanya dengan menumbangkan regim ini sahaja mampu tanahair ini diselamatkan maka peranan SAMM menggerakkan massa ke arah reformasi dan revolusi ini menjadi perhitungan.
SAMM perlu bukan sahaja dilihat kuat sebagai peneraju anak muda, tetapi SAMM perlu menjadi sandaran terpenting bagi anak muda meletakkan harapan dalam menyelamatkan negara ini. Rapat Kebangsaan ini terpanggil bagi meletakkan SAMM ke landasan paling tepat dan perkiraan ini adalah terhasil dari resolusi-resolusi terbaru oleh kelompok terbaik komrade SAMM.
Senario politik hari ini menyaksikan pertembungan besar bakal berlaku bagi meniti detik reformasi dan revolusi Malaysia baru. Percayalah samada regim yang zalim itu tumbang ataupun bertahan, revolusi tetap berlaku dan ia hanya dipisahkan oleh suatu detik iaitu pembubaran parlimen. Di sinilah perbincangan paling penting dan peranan SAMM ketika krisis memuncak ditentukan.
Sesak dan padat, cukup untuk SAMM |
Berbalik kepada rapat kebangsaan, dimulakan dengan pembentangan program dan aktiviti setiap negeri di mana semua delegasi pengurusan berpeluang berkongsi modul dan mengaplikasikan di peringkat semua SAMM negeri. Pembentangan yang mengambil masa yang panjang saling berganti dengan slot jemputan yang telah diatur. Rapat kebangsaan kali ini begitu padat dengan kehadiran tiga tetamu jemputan yang diyakini mampu menjana idea yang memperkasa gerakan anak muda.
Tepat jam 10.30 pagi jemputan pertama Cik Faekah Husin hadir memberikan ucapkata seterusnya merasmikan Rapat SAMM Kebangsaan (03/2012) Selangor. Cik Faekah yang bertugas sebagai S/U Politik MB Selangor cukup berbangga dengan kehadiran anak muda SAMM seluruh negara ke negeri Selangor sambil menyifatkan Kerajaan Selangor mampu diselamatkan dari serangan Umno dengan modul "Jelajah Anak Muda Selangorku" yang dibentang oleh SAMM Selangor.
Bertukar pandangan dan idea bersama Cik Faekah |
Sebelum masuk waktu rehat tengahari, Prof Aziz Bari mengambil tempat untuk slot jemputan kedua. Perbincangan dua hala bersama Prof Aziz Bari lebih berkisar kepada hala-tuju negara dan nasib rakyat sekiranya BN terus memerintah negara. Juga turut dibincang persoalan pemimpin negara bermewah dalam aktiviti rasmi dan peribadi ketika kedudukan perbendaharaan negara menghampiri muflis.
Pembentangan Penyelaras Perlis dibantu slideshow |
Pegawai Seranta SAMM memberi taklimat program "Santai RIDER Anak Muda" |
Pembentangan berlangsung hingga ke awal malam sebelum resolusi terhasil |
Rapat Kebangsaan diteruskan dengan pembentangan SAMM Negeri memasuki fasa kedua iaitu peringkat akhir melengkapkan kertas kerja dan penyusunan gerakan. Antara gerak kerja program yang disusun adalah termasuk Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa 'Najib' Petualang Negara. Dengan usahasama SUARAM, jelajah ini penting bagi memberi pencerahan membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara.
Slot jemputan terakhir diisi oleh sdr Haris Ibrahim yang menjadi sekutu utama SAMM dalam pergerakan ABU (Asalkan Bukan Umno). Kemunculan Haris di akhir petang sangat memberangsangkan dengan sesi soal jawab yang panas menyentuh perihal detik bubar parlimen sehingga ke detik pengumuman keputusan pilihanraya.
Haris Ibrahim hadir memantapkan gerakan |
Semua tetamu jemputan diberikan cenderahati oleh tuan rumah Rapat Kebangsaan kali ini. Kepenglibatan ketiga-tiga tetamu jemputan dalam rapat kali ini memberikan banyak input dan output serta masing-masing antara delegasi SAMM dan jemputan banyak bertukar idea.
Prof Aziz Bari menerima cenderahati |
Rapat Kebangsaan SAMM masuk ke fasa terakhir yang juga fasa terpenting setiap kali rapat diadakan. Sesi terakhir iaitu sesi membentuk resolusi yang menjadi pedoman pergerakan SAMM diperdebatkan dan 8 resolusi terbentuk, adalah seperti berikut;
1. Negara ini sememangnya bermasalah maka diputuskan walau apa pun terjadi, regim Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.
2. Isu scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara. Isu ini perlu diadili dalam negara. SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perbincangan awal telah dibuat bersama SUARAM, dalam masa terdekat akan diumumkan siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa ’Najib’ Pertualang Negara.
3. Media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya regim pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif. Satu siri latihan dan gerak kerja penyampaian maklumat telah disusun di seluruh negara untuk perlaksanaan segera.
4. Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan Bn dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat. Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno / Bn di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu.
5. SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintahan regim ini wajib tidak diperbaharui. SAMM akan meneruskan usaha pendedahan penyelewengan regim dari masa ke semasa. SAMM akan terus berkerjasama dan menghargai usaha semua termasuk kakitangan awam yang mendedahkan maklumat penyelewengan. Kakitangan awam yang berani tampil mendedahkan penyelewengan regim adalah hero rakyat dan bagi kes tertentu SAMM akan memastikan identiti mereka terus dirahsiakan.
6. Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti regim untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa. SAMM dengan ini akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara. Satu program khusus sedang dirangka sesuai dengan maksud tersebut. Sebuah ormas yang dikenali sebagai APS dikenalpasti sesuai untuk menjadi rakan strategik SAMM.
7. SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar. Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.
SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.
Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.
8. SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Sememangnya wujud musang berbulu ayam dan mereka ini seharusnya diperhatikan namun ia seharusnya tidak menghilangkan fokus menyatu gerakan menumbang regim. Sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) menyatu gerakan rakyat menumbang musuh utama akan diteruskan. Kerjasama dengan sekutu – sekutu diperbagai peringkat akan dipertingkatkan. SAMM akan berkerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.
Tepat jam 10.00 malam, Rapat (Pengurusan) SAMM Kebangsaan (03/2012) Selangor ditangguhkan untuk kali ini dan rapat akan datang menyaksikan negeri pantai timur bakal menjadi tuan rumah.
Syabas dan tahniah diucapkan buat penganjur SAMM Selangor yang menyediakan segala kemudahan dan keperluan dengan begitu lengkap selain penginapan yang selesa untuk anak muda, sajian makanan juga enak yang mana ia paling mendapat pujian.
SAMM, bergerak cara anak muda, berbincang cara anak muda dan juga memasuki medan perlawanan sebagai anak muda kerana sesungguhnya dunia ini milik anak muda! SAMM terus berjuang menggerak massa meniti perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah.
Inilah “Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13″!
Laporan disediakan oleh
Norazizi Abdul Aziz
Pengarah Sekretariat
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
www.anakmudamalaysia.com
GEMPAR!! TERBUKTI GUAN ENG HINA ORANG ISLAM!!
Memang orang Islam negeri Johor, Terengganu, Pahang dan semua negeri BN rasa TERHINA kerana Guan Eng memerintah negeri DAP Pulau Pinang tanpa membelakangi kepentingan Islam di Pulau Pinang!!
Guan Eng telah menghina orang-orang Islam yang bertidak jahat mengfitnah dan mencemuh beliau apabila beliau memastikan nasib orang Islam P.Pinang tetap terbela dan Islam tetap tertegak walau di Seberang, walau di Pulau...
Bak kata Guan Eng: "Orang Umno benci saya sebab saya baik terhadap Islam dan bertindak adil sepertimana yang dituntut dalam Islam"
Tuesday, October 9, 2012
RESOLUSI SAMM 03/2012 (WAJIB SEBAR!!)
Kenyataan Media
Solidariti Anak Muda Malaysia
8 Oktober 2012
RESOLUSI SAMM 03/2012
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat (pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 di Sekinchan, Selangor pada 6 Oktober 2012. Rapat yang diadakan sehari bermula jam 8.30 pagi dan berakhir 10.00 malam menghimpunkan hampir semua penyelaras SAMM peringkat Kebangsaan, Negeri dan Kawasan serta menghimpunkan orang sumber dari perbagai latar sesuai dengan agenda rapat kali ini "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13". Maka telah dilahirkan beberapa gerak kerja yang praktikal dan yang telah disimpulkan dalam 8 Resolusi.
Berikut ialah resolusi SAMM sempena rapat kali ini yang perlu diangkat kepada massa;
1. Negara ini sememangnya bermasalah maka diputuskan walau apa pun terjadi, regim Barisan Nasional harus ditumbangkan demi menyelamatkan tanahair ini dan SAMM dengan seluruh kekuatan, strategi dan kebijaksanaan akan memastikan kemerdekaan rakyat yang sebenar.
2. Isu scorpene merupakan isu penting bagi membuktikan kehilangan wang negara serta pengkhianatan terhadap tanahair ekoran penjualan rahsia negara yang melibatkan pemimpin negara. Isu ini perlu diadili dalam negara. SAMM akan jelajah ke seluruh negara dalam usaha mengheret Najib Razak untuk dibicarakan di mahkamah Malaysia dalam skandal penyelewengan pembelian kapal selam Scorpene. Perbincangan awal telah dibuat bersama SUARAM, dalam masa terdekat akan diumumkan siri Jelajah Nasional Skandal Scorpene : Dakwa ’Najib’ Pertualang Negara.
3. Media arus perdana yang tidak adil, melampau dan berniat jahat mempamer betapa terdesaknya regim pemerintah dan perkembangan ini harus dikekang maka SAMM melalui segmentasi latihan telah sedia untuk melahirkan seberapa banyak anak muda berkebolehan untuk menjadi agen penyampai yang efektif. Satu siri latihan dan gerak kerja penyampaian maklumat telah disusun di seluruh negara untuk perlaksanaan segera.
4. Selangor merupakan lubuk emas negara sehingga Umno dan Bn dilihat begitu terliur untuk mendapatkannya dengan perbagai usaha untuk merampas Selangor dari tangan rakyat. Najib sendiri menjadi Pengerusi Umno / Bn di Selangor untuk tujuan jahat itu. SAMM melihat usaha penyingkiran ‘Najib’ harus bermula di Selangor. Maka SAMM akan memberikan penumpuan khusus bagi menyusun massa muda di Selangor bagi tujuan itu.
5. SAMM mengajak rakyat melihat kemewahan luar biasa dalam aktiviti rasmi mahupun aktiviti peribadi pemimpin negara ketika hutang Malaysia hampir mencecah paras 'negara muflis' harus menjadi faktor penting mengapa kontrak pemerintahan regim ini wajib tidak diperbaharui. SAMM akan meneruskan usaha pendedahan penyelewengan regim dari masa ke semasa. SAMM akan terus berkerjasama dan menghargai usaha semua termasuk kakitangan awam yang mendedahkan maklumat penyelewengan. Kakitangan awam yang berani tampil mendedahkan penyelewengan regim adalah hero rakyat dan bagi kes tertentu SAMM akan memastikan identiti mereka terus dirahsiakan.
6. Selama ini Sabah dan Sarawak menjadi 'fix deposit' parti regim untuk terus menguasai negara namun melalui dua tinjauan mutakhir ini menyimpulkan ia tidak lagi sedemikian rupa. SAMM dengan ini akan turut memberikan tumpuan kepada perkembangan Sabah dan Sarawak dalam usaha menukar pemerintah negara. Satu program khusus sedang dirangka sesuai dengan maksud tersebut. Sebuah ormas yang dikenali sebagai APS dikenalpasti sesuai untuk menjadi rakan strategik SAMM.
7. SPR tetap gagal berfungsi dan sudah hilang kredibiliti maka SPR wajib dibubarkan terlebih dahulu sebelum Parlimen dibubar. Sudah terbukti warga asing yang memiliki IC palsu keluaran JPN telah didapati sah mengundi oleh SPR, menerbitkan situasi tiada pilihan selain melancarkan kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' terhadap warga asing serta agen tempatan yang membawa warga asing ini untuk mengundi secara tidak sah. Ini adalah kempen terbaik untuk memastikan tidak ada warga asing berani menghampiri pusat pembuangan undi sepanjang hari pilihanraya seterusnya menyelamatkan ibu pertiwi dari dirogol oleh musuh dan pengkhianat.
SAMM dalam rapat kebangsaan sebelum ini telah memberi amaran keras dan merancang kempen 'Tangkapan dan Tindakkan Awam' telah disambut hebat dan mendapat respon yang sangat positif supaya kempen ini dilaksanakan. Percayalah bahawa ada ketikanya semua agensi kerajaan yang seharusnya neutral tidak lagi boleh diharapkan apabila condong menjadi aparat pemerintah, ketika itu jugalah harapan untuk mempertahankan maruah kedaulatan negara ini dari tergadai hanya terletak di tangan rakyat sendiri.
Rakyat pasti berani mengambil bahagian dalam kempen ini dan tidak mungkin akan membiarkan warga Indonesia, Filipina, Bangladesh, Myanmar dan Vietnam menentukan masa depan negara dan anak bangsa. SAMM mengajak rakyat berfikir dalam satu contoh, bagaimana nasib rakyat Malaysia sekiranya ditangkap ketika cuba campurtangan mengundi dalam pilihanraya Indonesia? Sedangkan pertelagahan kecil antara dua negara ini menimbulkan ancaman bunuh terhadap rakyat Malaysia di Indonesia, inikan pula soal campurtangan menentukan halatuju negara.
8. SAMM juga membuat keputusan tidak melayan usaha kebudak-budakan segelintir manusia yang bertopeng pejuang reformasi tetapi bertelagah sesama sendiri demi kepentingan peribadi. Sememangnya wujud musang berbulu ayam dan mereka ini seharusnya diperhatikan namun ia seharusnya tidak menghilangkan fokus menyatu gerakan menumbang regim. Sentimen Asalkan Bukan Umno (ABU) menyatu gerakan rakyat menumbang musuh utama akan diteruskan. Kerjasama dengan sekutu – sekutu diperbagai peringkat akan dipertingkatkan. SAMM akan berkerjasama dengan semua pihak yang punya maksud sama iaitu menyelamatkan Malaysia.
Resolusi SAMM ini bukan sahaja akan menjadi pedoman dalam kerangka gerakan SAMM malah turut menjadi pedoman kepada semua anak muda yang sedia membabitkan diri dalam perlawanan menentang ketidak-adilan, rasuah ketirisan, rompakkan khazanah negara, penindasan dan kezaliman sejajar dengan penafian demokrasi yang menghalang perubahan regim pemerintah. Inilah "Pecutan Akhir Anak Muda menjelang PRU ke 13".
"Perubahan Itu Harus DIdesak!"
EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
* Resolusi SAMM yang terhasil dalam Rapat (Pengurusan) Kebangsaan siri 03/2012 telah disepakati oleh 28 Pengarah, Penyelaras Kebangsaan, Penyelaras Negeri dan Kawasan disaksikan oleh 58 komrad terpilih SAMM negeri yang hadir sebagai delegasi.
SAMM ialah sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal) yang menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya.
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah. SAMM memerlukan sumbangan dana semua untuk terus bergerak. Sumbangan boleh terus disalurkan ke akaun Solidariti Anak Muda (akaun maybank 555041113224).
Friday, October 5, 2012
GEMPAR!!! Ustaz Azhar Idrus Kata Umno Syaitan 4 Tahun Lebih Awal Daripada Mahathir...
Rupa-rupanya, Ustaz Azhar Idrus lebih awal mendefinasikan Umno sebagai syaitan... Awal 4 tahun lebih daripada Mahathir...
Jangan undi syaitan yang dikenali !!
--->> WARGA ASING DAPAT IC PALSU SEMURAH RM1000 DAN BOLEH MENGUNDI !!
--->> WARGA ASING DAPAT IC PALSU SEMURAH RM1000 DAN BOLEH MENGUNDI !!
Debat Bukan Budaya Kita...
Debat memang budaya kita... kejohanan debat Piala Perdana Menteri adalah retorik dan piala tersebut wajib dihantar ke pajak gadai...
Budaya kita ialah, cakap sorang-sorang...
Budaya kita ialah tunjuk samseng ketika dikelilingi bodyguard...
Thursday, October 4, 2012
BN Lancar 'Skim Jual Negara'
PETALING JAYA: Sebuah NGO, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) sedang melancarkan skim menjual negara dengan memberi kad pengenalan (MyKad) kepada warga asing secara berleluasa dan tidak terkawal.
“Isu pemberian Mykad kepada warga asing merupakan satu isu yang sangat serius ketika ada warga sendiri yang masih tidak diberi kad pengenalan kerana birokrasi melampau.
“Percayalah lambat laun warga negara sendiri terpaksa merempat di bumi bertuah ini,” kata Propaganda SAMM Edy Noor Redzuan dalam satu kenyataan media hari ini.
Menurutnya, keadaan menjadi lebih parah apabila warga asing diberikan pula hak untuk mengundi oleh Suruhanjaya Pilihanraya (SPR).
Apakah demokrasi negara ini dibiarkan terjual kepada warga asing demi menyelamatkan BN daripada kehilangan kuasa?,” soal beliau.
Beliau berkata demikian ketika mendedahkan kes terbaru yang menunjukkan warga asing diberi kelayakan mengundi – satu pengkhianatan besar terhadap kedaulatan negara.
Edy Noor merujuk kepada laporan Akhbar Daily Express bertarikh 29 September 2012 di mana seorang warga asing bernama Hassannuddin Bin Manna memberitahu mahkamah bahawa dia telah membeli Mykad palsu dengan harga RM1000.
Katanya, mahkamah juga telah memutuskan Hassannuddin didenda dan dipenjara kerana memiliki dokumen palsu, sekaligus mengesahkan Kad Pengenalan yang diperolehi Hassannuddin adalah palsu.
“Namun setelah disemak nombor kad pengenalan milik Hassannuddin (741029125463), SAMM mendapati nombor Kad Pengenalan palsu tersebut wujud dalam pangkalan data SPR dan juga merupakan pengundi yang sah.
“Persoalannya, bagaimana seorang warga asing yang telah didapati bersalah oleh mahkamah kerana memiliki kad pengenalan palsu didapati layak untuk mengundi?
“Kad Pengenalan yang dikenalpasti tidak sah, tetapi sah untuk mengundi mengikut bancian senarai pengundi SPR? Bagaimana ini berlaku?,” soalnya.
Beliau menambah, “lihatlah bagaimana kedudukan warga asing di serata pelusuk negara walaupun tanpa memiliki dokumen yang sah.
“Mereka mampu berniaga di pasar pagi, pasar petang siang dan malam, membuka gerai, bengkel malah ada yang mempunyai syarikat pembinaan sendiri,” terangnya.
Ujar beliau lagi, “bayangkan jika warga asing diberikan kad pengenalan secara sewenang-wenangnya demi mempertahan regim pemerintah sedangkan ia sebenarnya satu skim menjual negara.
“BN sudah semakin lemah dan tidak mampu untuk menang dalam pilihan raya yang juga beberapa kali ditangguh.
“Apakah ini satu lagi kerjasama utuh di antara SPR, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan juga melibatkan bantuan dari Jabatan Imigresen?,” soal beliau.
Subscribe to:
Posts (Atom)