Saturday, August 25, 2012

PAS: Pakai Baju Kuning ke Janji Demokrasi #JanjiBERSIH di Malam #Merdeka55





Timbalan presiden PAS Mohamad Sabu menyeru ahli parti itu supaya hadir pada himpunan Janji Demokrasi yang akan diadakan pada malam 30 Ogos bertempat di Dataran Merdeka.

Beliau turut menyarankan agar peserta yang hadir pada himpunan itu nanti akan memakai baju warna kuning – warna yang simbolik dengan kempen tuntutan pilihan raya bersih dan adil.

"Kita galak ahli PAS hadir pada santai merdeka (Janji Demokrasi) pada 30 Ogos sehingga malam masuk 31 haribulan bersama 44 NGO lain yang akan berkumpul bagi merayakan hari kemerdekaan.

"Pada malam yang sama kita juga akan adakan sambutan kemerdekaan di Selangor (Shah Alam).

"Kita galak supaya semua yang hadir memakai warna kuning kerana tuntutan BERSIH kita masih berterusan," katanya pada sidang media selepas mesyuarat biro politik di ibu pejabat PAS hari ini.
Mohamad juga berkata, Pakatan Rakyat juga akan menganjurkan satu program sama pada hari tersebut di Dataran Kemerdekaan Shah Alam.
Selain itu, PAS juga mengumumkan bahawa siri program Himpunan Hijau anjuran parti itu akan diadakan untuk sambutan peringkat negeri Sabah dan Sarawak.
Naib presiden parti itu Datuk Mahfuz Omar berkata, Himpunan Hijau di negeri Sabah akan diadakan pada 1 September dan di negeri Sarawak pada hari berikutnya.
 "Kita adakan himpunan hijau secara besar-besaran kerana kita dapati sokongan di belah sana semakin memberangsangkan," kata Mahfuz lagi.
Himpunan Janji Demokrasi sebelum ini dipromosi sebagai nama Janji BERSIH.

Nama perhimpunan itu ditukar kepada Janji Demokrasi memandangkan pergerakan tersebut tidak dikaitkan dengan gabungan NGO BERSIH, walau sebahagiannya merupakan anggota gabungan badan tersebut.

Nama Janji Demokrasi itu juga disesuaikan dengan tema Janji Ditepati yang dijadikan tema untuk sambutan Hari Kebangsaan ke-55.

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan