Kenyataan Terbuka
4 Julai 2012
RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2012 29-30 JUN 2012 PENANTI, PULAU PINANG
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat Kebangsaan (Pengurusan) kedua tahun 2012 pada 29-30 Jun 2012 yang lalu bertempat di Yayasan Aman, Penanti Pulau Pinang. Rapat kebangsaan SAMM kali ini menghimpunkan semua Penyelaras SAMM Negeri dari seluruh negara selain Penyelaras SAMM Pusat yang telah berada di utara terlibat menjayakan program Merdeka Rakyat di Kulim.
4 Julai 2012
RAPAT KEBANGSAAN (PENGURUSAN) SAMM 02/2012 29-30 JUN 2012 PENANTI, PULAU PINANG
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) telah mengadakan Rapat Kebangsaan (Pengurusan) kedua tahun 2012 pada 29-30 Jun 2012 yang lalu bertempat di Yayasan Aman, Penanti Pulau Pinang. Rapat kebangsaan SAMM kali ini menghimpunkan semua Penyelaras SAMM Negeri dari seluruh negara selain Penyelaras SAMM Pusat yang telah berada di utara terlibat menjayakan program Merdeka Rakyat di Kulim.
Rapat Kebangsaan
SAMM kali ini juga mendapat perhatian susuk Ketua Pembangkang Malaysia iaitu
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hadir memberikan sedikit input penting dan bertukar
pandangan untuk sama-sama menghadapi selekoh terakhir sebelum menawan
Putrajaya. Tanpa dirancang Anwar Ibrahim yang kebetulan berada dikawasan
sekitar hadir apabila mengetahui SAMM sedang mengadakan rapat ketika meluangkan
masa menunjukkan ekspresi optimis betapa Pakatan Rakyat akan mampu menumbangkan
Bn, namun tetap akur penipuan pilihanraya menjadi benteng paling kebal yang
perlu ditembus.
Rapat Kebangsaan
SAMM 02/2012 adalah merupakan rapat terpenting kerana ianya menjurus kepada
penglibatan SAMM dalam memastikan hak demokrasi rakyat tidak dinafikan dalam
pilihanraya akan datang. Kejayaan BERSIH 3.0 dari sudut mobilisasi dan kejayaan
menyusun propaganda menjadi sandaran SAMM setelah melalui Rapat Kebangsaan
pertama tahun ini pada Mac 2012. Oleh demikian, SAMM sekali lagi melalui Rapat
Kebangsaan kedua 2012, mengorak langkah mencipta kejutan seterusnya berazam
memastikan sejarah itu milik anak muda melalui strategi yang disusun lagi
terancang - Rapat Kebangsaan 02/2012.
Melihat kepada sejarah peradaban negara, kita telah dijajah
beratus-ratus tahun dan sehingga hari ini kemerdekaan sebenar masih dicari
apabila legasi penjajah itu diteruskan sehingga undang-undang negara sendiri
ditulis oleh penjajah sebagai contohnya, dan rakyat ditindas, kezaliman
berterusan serta demokrasi hancur kerana legasi penjajah terus bertekad
mengekalkan kuasa waima dengan penafian demokrasi dalam penipuan pilihanraya,
termasuklah menggadai negara kepada warga asing demi mendapat undi kemenangan.
Seraya itu, Rapat Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia edisi kedua
tahun 2012, telah menyusun beberapa gerakan persiapan serta memperkemas
rangkaian anak muda di seluruh negara untuk bersekutu bersama dengan SAMM
khususnya bagi menyekat penipuan yang dirancang regim pemerintah untuk kekal
berkuasa. Beberapa bengkel penting telah dijadualkan untuk beberapa penggerak
anak muda lain turut bersama berkoordinasi dengan gerakan terancang SAMM.
Rapat Kebangsaan
kali ini juga tidak ketinggalan untuk beberapa program mendekati anak muda
diatur di setiap negeri atas tanggungjawab SAMM Negeri. Hasilnya 10 program dekati anak muda dengan pelbagai pendekatan dan
perencanaan telah berjaya diatur bersama perancangan yang teliti untuk
diteruskan di peringkat pelaksanaan, dan SAMM juga sedia untuk menjayakan
sebuah karnival raksasa bertemakan Kerjaya-Pendidikan-Usahawan yang menyasarkan
kehadiran 50,000 anak muda dengan kerjasama sebuah kerajaan negeri.
Rapat
Kebangsaan kali ini berakhir dengan kata putus yang membawa kepada
terhasilnya Resolusi SAMM yang bukan sahaja mengejutkan Bn tetapi
menjadi amaran keras buat agen-agen yang bersedia untuk menggadai negara
dalam PRU akan datang, selain menjadi pedoman kepada gerakan anak muda
SAMM dan sekutunya.
Resolusi ini telah disepakati oleh 25 pengarah, penyelaras pusat dan negeri SAMM yang hadir mewakili perbagai segmentasi anak muda. SAMM mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan 3-5 bulan sekali bergantung kepada keperluan. Resolusi ini akan memberi pedoman kepada semua gerakan SAMM sehingga rapat (pengurusan) kebangsaan akan datang.
Sekian
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda SAMM
http://www.anakmudamalaysia.com
Rapat Kebangsaan kali ini berakhir dengan kata putus yang membawa kepada
terhasilnya Resolusi SAMM tegas.
Rapat Kebangsaan SAMM 02/2012 telah mencapai 4 Resolusi SAMM, adalah
seperti berikut;
1.
SAMM
menuntut Pengerusi SPR Tan Sri
Dato' Seri Abdul Aziz dan
timbalannya iaitu Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar agar segera meletakkan jawatan
yang disandang dalam SPR,
memandangkan adalah salah bagi penjawat utama SPR dilantik dari kalangan parti
politik yang bertanding, sebagai Pengerusi SPR, kecuaian beliau tidak menyemak
dan membatalkan keahlian parti politik adalah satu kesalahan besar melanggar
peruntukan Perlembagaan.
2.
SAMM dengan
keras menolak secara total 'pengundian awal' yang menggantikan undi pos pada
PRU-13 kerana yakin ia penipuan terancang yang lebih parah dari undi pos. Bilangan pengundi
awam yang dialihkan sebagai pengundi awal (nama baru pengundi pos) amat tinggi
dan membimbangkan.
3.
SAMM
komited untuk memastikan PRU hanya berlaku selepas senarai pengundi SPR
dibersihkan termasuklah kes 42 ribu nama pengundi yang
tiada dalam rekod JPN dan, 170ribu pengundi yang termasuk katogeri satu alamat
lebih dari seratus nama pengundi. PRU sebelum pembersihan senarai pemilih
adalah satu usaha menipu dan mencabul demokrasi negara.
4.
Membenarkan
warga asing menentukan halatuju negara adalah satu pengkhianatan yang tidak
boleh dimaafkan kerana ia seolah-olah membenarkan negara ini tergadai. Maka
rakyat bersatu hati untuk menghalang campurtangan warga asing di hari
pengundian dengan sekeras-keras tindakkan.
SAMM memberi
amaran keras dan akan merancang tangkapan dan tindakan awam ke atas mana-mana warga asing serta agen tempatan yang
membawanya jika didapati cuba untuk mengundi secara tidak sah. SAMM akan bersama
sekutu anak muda untuk menyusun kekuatan yang cukup di seluruh negara untuk
mengawal di kebanyakkan 'hotspot' pusat pengundi terpilih di majority kawasan
parlimen seluruh negara.
Resolusi ini telah disepakati oleh 25 pengarah, penyelaras pusat dan negeri SAMM yang hadir mewakili perbagai segmentasi anak muda. SAMM mengadakan rapat (pengurusan) kebangsaan 3-5 bulan sekali bergantung kepada keperluan. Resolusi ini akan memberi pedoman kepada semua gerakan SAMM sehingga rapat (pengurusan) kebangsaan akan datang.
Sekian
Pengarah Propaganda SAMM
http://www.anakmudamalaysia.com
No comments:
Post a Comment