Friday, February 24, 2012

Isu Lynas: Padang MPK Atau Banjiri Jalanraya di Bandar Kuantan



KENYATAAN TERBUKA
SOLIDARITI ANAK MUDA MALAYSIA
24 FEBRUARI 2012

Isu Lynas: Padang MPK Atau Banjiri Jalanraya di Bandar Kuantan

Dua hari menjelang Himpunan Hijau 2.0 bagi membantah pembinaan pusat memproses nadir bumi Lynas Advanced Materials Plant (LAMP), lokasi tapak perhimpunan yang dicadang iaitu Padang MPK(1) telah dipagar dan ditutup untuk orang ramai. Alasan untuk menaiktaraf padang adalah tidak masuk akal memandangkan tiada cacat celanya padang tersebut menurut pandangan ramai.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) melihat penutupan Padang MPK(1) adalah satu tindakkan bacul dan tidak 'gentleman' oleh seorang menteri besar yang telah berada di tampuk kuasa selama berbelas tahun. Hasrat Menteri Besar Pahang untuk melihat sejauh mana sokongan anti-lynas berlangsung di Kuantan adalah satu lagi retorik apabila satu demi satu halangan terancang diwujudkan.

Pada peringkat awal iaitu dua hari lalu, sebuah notis telah memberi maklum bahawa MPK akan menganjurkan perlawan Futsal di padang yang sama manakala hari ini pula padang tersebut telah dipagar. Ini tindakkan terdesak oleh pihak yang takut akan kebangkitan rakyat khususnya menjelang perhimpunan anti-lynas. Tindakkan ini juga memberi gambaran betapa Menteri Besar Pahang panik sesudah memberi lampu hijau untuk rakyat berhimpun secara aman menyatakan bantahan.

Di atas penipuan ini juga, rakyat yang akan hadir dalam Himpunan Hijau tidak mempunyai pilihan apabila padang yang sepatutnya cukup untuk memuatkan 20 ribu kehadiran yang dijangka, akan melimpah ke seluruh jalanraya di bandar Kuantan. 

SAMM memberi kata dua buat kerajaan negeri Pahang samada untuk membuka kembali padang MPK(1) atau bertanggungjawab di atas kebanjiran demonstran ke jalanraya seluruh bandar Kuantan selama beberapa jam himpunan berlangsung. Jika jalanraya adalah pilihan, sila beri kerjasama dengan menjaga lalulintas dan kawalan trafik.

Akhir, SAMM mengambil kesempatan ini untuk menyeru rakyat dari seluruh pelusuk negara supaya turut sama hadir berhimpun 26 Febuari ini di Kuantan dan beberapa spot lain untuk menyatakan bantahan terhadap pembinaan pusat janakuasa yang berorientasikan radiasi dan semua harus percaya projek Lynas ini bukan hanya masalah untuk rakyat negeri pahang tetapi juga merupakan malapetaka berjangka buat setiap rakyat di seluruh negara.


EDY NOOR REDUAN (EDYES)
Pengarah Propaganda SAMM

No comments: