Wednesday, December 28, 2011

Taktik Kotor Politik Dalaman Menyebabkan Chegubard Ditahan Polis !!



Atas sebuah laporan polis dari Umno bahagian Ampang, menyebabkan petang semalam (27 Dis 2011), Chegubard telah ditahan di balai polis Seremban 2 kerana sebuah akaun twitter samaran yang menggunakan nama AMK_Rembau, didapati membuat komen yang kononnya menghina DYMM YDP Agong. 

Penahanan ke atas chegubard adalah kerana kononnya beliau mempunyai hubung kait dengan pemilik akaun twitter AMK_Rembau sedangkan akaun twitter AMK_Rembau hanya muncul ketika Pemilihan 2010 PKR semata-mata untuk memburuk-burukkan Chegubard yang bertanding jawatan Ketua AMK. 

Akaun twitter palsu/samaran AMK_Rembau didapati terus aktif untuk menyerang Chegubard walaupun Pemilihan 2010 telah berakhir kerana banyak masalah pemilihan yang tidak selesai terutamanya dalam isu aduan Chegubard ke atas penyelewengan Pemilihan 2010 PKR.

Strategi menggunakan akaun palsu/samaran ini dipercayai adalah satu taktik jahat yang berlaku dari kalangan dalaman PKR sendiri. Mereka sengaja menulis tweet yang melampau supaya ia disambut oleh Umno dan kesempatan ini diambil oleh pihak polis untuk bertindak ke atas Chegubard dan turut menyebabkan Ketua AMK Cabang Rembau berada dalam buruan polis.

Akhirnya lewat petang yang sama, Chegubard dilepaskan dengan jaminan polis. Walaupun Chegubard bertegas bahawa akaun twitter AMK_Rembau tiada kena-mengena dengan pihak kami, namun pihak polis tetap merampas BlackBerry kepunyaan Chegubard dan pihak polis juga cuba untuk mendapatkan laptop milik Chegubard dan juga laptop kepunyaan PKR Cabang Rembau.

Seharusnya mereka yang telah menang pemilihan parti memberi tumpuan kepada gerak kerja memperkukuh parti terutamanya dari aspek menggapai sokongan anak muda. Chegubard pernah menyuarakan betapa Anwar Ibrahim akan kembali ke Sungai Buluh maka gerakan untuk menarik sokongan anak muda serta mobilisasi besar untuk membela Anwar sepatutnya menjadi keutamaan. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya, sayap pemuda parti tidak berdaya saing malah apa yang lebih diberi tumpuan ialah menggerakkan politik kotor dalaman yang tidak berkesudahan.

Chegubard akan terus fokus mengggerakan SAMM sebagai platform terbaik untuk anak muda berjuang. Kini SAMM baru selesai mengedar mengedar 30 ribu DVD kesedaran penting betapa Umno itu harus ditinggalkan dalam kempen nasional ABU (Asalkan Bukan Umno), selain telah melancar dan edar 25 ribu naskah risalah penjelasan isu 'cincin puaka' sebelumnya.

Kami kumpulan Solidariti Anak Muda biarpun tanpa jawatan dan dana bantuan, akan terus membina kekuatan anak muda untuk menumbangkan regim Umno. Tetapi ada pihak yang sedang menikmati pelbagai 'kemewahan' dan terus nikmati keselesaan untuk buat kerja kotor memancung dan mengganggu fokus pihak lain.

Kini keterangan telah diberi kepada pihak polis mengenai siapa pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Berikut kami siarkan semula kenyataan penafian yang pernah dibuat oleh Ketua AMK Rembau ketika laporan polis  ke atas pemilik akaun pada awal Julai 2011;

Kenyataan Media ini dibuat oleh saya Md Sani Mohd Shah selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Rembau.

5 Julai 2011; Semalam sebuah NGO (baca: Umno) telah membuat laporan polis ke atas sebuah akaun twitter yang menggunakan nama 'AMK Rembau', kononya kerana menghina DYMM Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong. Tindakan ini dilihat hanya tindakan politik kerana sebelum ini penghinaan secara terus pernah dilakukan contohnya orang Umno yang tidak puas hati dengan tindakan Sultan Terengganu menolak Idris Jusoh sebagai MB telah menunjuk perasaan dan dengan 'selamba' merentang kain tertulis perkataan 'natang' (binatang) yang dituju kepada Sultan Terengganu.

Namun pada ketika itu lansung tidak ada pihak Umno muncul membuat laporan mahupun tidak ada kenyataan kecaman lansung.

Namun perlu dipertegaskan dan dijelaskan akaun twitter AMK Rembau, tidak ada kena mengena akaun twitter "AMK Rembau". Saya yakin akaun ini telah menyamar dengan menggunakan nama AMK Rembau secara sengaja mahu mengelirukan orang ramai dengan memburukkan nama. Akaun telah dipantau sejak kewujudannya, menggunakan perkataan lucah dan segala macam kenyataan yang tidak sesuai.

Ini taktik jahat. Sejak pemilihan parti tahun lepas, ini taktik jahat kem tertentu yang menggunakan banyak membuka akaun 'palsu' di laman - laman sosial seperti di Facebook dan Twitter. Kebanyakan taktik ini digunakan untuk memburukkan nama che'GuBard dan akaun palsu "AMK Rembau" ini adalah antara taktik jahat secara berterusan kumpulan ini menyerang che'GuBard. taktik ini tidak terhenti hanya ketika pemilihan tetapi berterusan sehingga selepas pemilihan.

AMK Rembau mengecam kumpulan yang menggunakan taktik jahat ini. Kepada kumpulan tersebut AMK Rembau memberi amaran sudahlah hentikan politik kotor dengan taktik jahat ini. Kamu sudah menang terus bekerja jangan setiap kali kamu gagal melakukan sesuatu maka che'GuBard dan kawan-kawan disalahkan.

Kesempatan ini juga AMK Rembau mendesak satu penyiasatan menyeluruh dilakukan dalam parti mengenai isu pemilihan yang masih tergantung. Kami lama menahan sabar, kami pendam demi kepentingan parti. Namun kami terus dilihat jahat. Adakah kerana sesekali bersuara keras terhadap kepincangan pemilihan dalam parti kami dilihat kianat atau merengek ?

Kami seolah dihalau dengan kenyataan jika tidak suka dan tidak terima keputusan boleh keluar parti jangan 'merengek' tindakan ini sama seperti tindakan bacul Umno yang mahu melucut taraf kewarganegaraan Dato' Ambiga hanya kerana tidak bersetuju dengan beliau yang membangkitkan isu pilihanraya yang adil dan bersih.

Sekian.

Md Sani Mohd Shah,
Ketua AMK Rembau.

Link asal di sini

Turut ingin dikongsi dalam artikel ini ialah tweet penting yang dirasakan dapat membantu pihak polis mencari identiti sebenar pengguna twitter AMK_Rembau;



Tweet dan Gambar di atas menunjukkan pengguna AMK_Rembau ini sangat rapat dengan beberapa orang kuat kepada pesaing Chegubard dalam Pemilihan 2010 PKR.

Oleh kerana panik dan cuba menimbulkan kekeliruan, gambar di bawah menunjukkan pemilik akaun twitter AMK_Rembau telah menukar nama twitternya (surface username) kepada UMNO_BARU dan mula berlagak seolah-olah menyerang Pakatan Rakyat sedangkan ribuan tweetnya sebelum ini menyokong PR.

Lihat gambar di bawah, avatar asal pemilik akaun AMK_Rembau ini juga masih kelihatan menyokong kempen bela Anwar Ibrahim tetapi dalam tweet menceritakan penipuannya.


Akhir sekali, gambar di bawah yang ditangkap sendiri oleh pemilik akaun twitter AMK_Rembau. Mohon pihak polis siasat siapakah wanita yang berada dalam gambar ini, nescaya akan akhirnya dapat memberkas pemilik akaun twitter AMK_Rembau.


Sepertimana pantasnya pihak polis bertindak atas laporan dari Umno di Ampang, diharapkan sepantas itu jugalah pihak polis bertindak menyiasat di atas maklumat yang didedahkan. Pemegang akaun samaran AMK_Rembau telah merosakkan nama baik pihak lain kononnya telah menghina raja wajar dikenakan hukuman yang setimpal.


EDYES @ edyesdotcom
Pengarah Propaganda SAMM

4 comments:

Anonymous said...

memang banggang PKR nie... kawan sendiri pun dia nak tikam!!!

5sal said...

nak wat camna ahli2 pkr pun asalnya ahli amno gak.ahli2 yg kecewa sama ja 2x5.

batu pelangi/BZ said...

Masih ramai ahlix dan Ketua Cabang
PKR yang mempunyai JIWA UMNO YANG KUAT dalam diri mereka.TAPISAN YANG
KETAT WAJIB DILAKUKAN PADA CALONX
YANG BAKAL BERTANDING DALAM PRU13
KELAK.Kita tidak mahu SEJARAH DIPERAK,ADUN DAN MP MELOMPAT BERULANG!!!!Tak sanggup lagi melihat
KEKAYAAN NEGARA dibolot oleh puakx
HARAM ini.KEKAYAAN NEGARA ADALAH
HAK MILIK RAKYAAT!!!!

PAPA GOMO said...

belum pun aku keluarkan video chegubard yang maki anwar ibrahim lu orang dah bergaduh... ha ha ha

kalau aku keluarkan tak tahu le apa nak jadi nanti....he he he