Thursday, December 1, 2011

25,000 Booklet Penerangan Isu Cincin & Pemborosan Imelda Rosmah Selesai Diedarkan



InsyaAllah, risalah cincin versi online akan dilancarkan dalam masa terdekat. Sebelum itu, hadamkan dulu kenyataan terbuka SAMM di bawah;

Kenyataan Terbuka
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

30 Nov 2011

25,000 booklet penerangan isu Cincin dan Pemborosan Imelda Rosmah selesai diedarkan terus ke rumah pengundi di kawasan tumpuan Melayu.

Sejak kali pertama membuat pendedahan mengenai isu Cincin RM24 juta pada 8 Julai lalu, pemuja wanita yang menyamar sebagai Wanita No.1 negara telah bertungkus lumus untuk mengelirukan fakta-fakta bagi menyelamatkan imejnya.

Pada peringkat awal, pemuja wanita ini dengan segera telah membuat penafian yang dangkal seperti menyatakan tidak wujud cincin semahal RM24 juta malah ada yang mendakwa che'GuBard membuat penipuan kerana kononnya harga cincin tersebut tidak masuk akal.

Kemudian ada pula seorang pengampu yang merupakan bekas setiausaha Anwar Ibrahim, telah diberi ruang khas dalam masa perdana siaran TV3 bagi menjawab persoalan cincin dengan mengakui pula cincin itu masuk tetapi digambarkan hanya sebagai hadiah. Pengampu itu juga menyebut nama besan Najib yang bertanggungjawab membawa masuk cincin tersebut.

Maka berteraburlah usaha menyelamatkan wanita ini dan keadaan semakin panik kerana orang makin keliru. Awalnya kata cincin tidak masuk, tidak wujud dan tidak masuk akal. Kini dikatakan masuk dan wujud pula tetapi sebagai 'hadiah'. Ketika inilah Harakah menyiarkan keratan dokumen Kastam yang membuktikan cincin ini masuk.

Maka dalam keadaan panik si pemuja dan pengampu pun menjawab cincin itu masuk untuk sebuah pameran. Makin ramai yang tertawa, semua ingat bagaimana perempuan itu dikaitkan dengan pameran busana muslimah yang terdedah dan pelik di mana acara peragaan busana muslimah tersebut mendapat liputan dari pelbagai pengamal media. Mustahil sekiranya tiada liputan langsung untuk pameran cincin berlian yang bernilai RM24.45 juta.

Akhirnya didedahkan bahawa pameran diadakan di tempat yang sulit, pada masa yang sulit dengan tetamu yang sulit sehingga agak sulit untuk rakyat kebanyakkan mempercayai kesulitan ini.

Seramai 6 orang ahli Parlimen dari Pakatan Rakyat telah kemukakan soalan mengenai cincin RM24.45 juta. Menteri berkenaan memberi jawapan bertulis parlimen dengan mengakui cincin itu memang wujud dan masuk ke Malaysia. Maka situasi untuk pertahan wanita ini semakin celaru. Jawapan parlimen memberi makna jelas bahawa penafian yang mengatakan cincin itu tidak wujud dan tidak masuk adalah suatu usaha terdesak semata-mata.

Persoalan muncul bertalu-talu. Mengapa cincin itu masuk ? Bagaimana nama wanita itu boleh terpapar dalam borang Kastam kemasukkan cincin RM24.45 juta? Wanita itu bukan agen kargo atau pegawai kastam dan kenapa cincin itu keluar semula seperti didakwa? Mengapa borang Kastam cincin itu keluar tidak didedah oleh media perdana?

Sebenarnya mengikut jadual propagandis pemuja perempuan itu, sepatutnya beberapa hari selepas jawapan menteri di Parlimen, media perdana akan siarkan borang kastam yang menunjukkan cincin itu keluar dari Malaysia. Namun mereka gagal berbuat demikian kerana SAMM telah memperolehi borang 'K2' Kastam yang menunjukkan cincin itu keluar dari Malaysia dan SAMM juga menyiarkan borang tersebut dengan memfokuskan beberapa kekeliruan yang wujud dalam borang tersebut.

Regim sebenarnya panik dengan imej wanita yang menyamar sebagai 'First Lady' negara ini yang semakin merundum, sehingga memberikan kesan kepada populariti regim itu sendiri. Mereka menjawab isu cincin ini dengan perbagai cara termasuklah dengan membuat video dan seumpamanya.

Kami bukan dengki kepada perempuan itu, pakailah apa yang mahu dipakai, gunalah apa yang mahu diguna. Tetapi persoalannya ialah dari mana sumber kewangan yang sebanyak itu?

Kami bukan bercakap kosong dalam membawa isu cincin ini ke pengetahuan rakyat. Maka pada 16 Oktober yang lalu, SAMM telah melancarkan senaskah booklet 16 mukasurat yang mengandungi penjelasan lengkap isu cincin yang telah masuk ke Malaysia pada 16 April lalu. Kami turut menyenaraikan pemborosan Imelda Rosmah yang antaranya juga dipetik dari hansard Parlimen.

Demi rakyat, sebanyak 25,000 naskah booklet dicetak. Ingin ditegaskan pencetakan risalah ini tidak mendapat bantuan mana - mana pihak. Ada Umno yang tanya che'Gubard sendiri jika ada sesiapa yang dalam Umno yang taja che'GuBard atau SAMM dalam menyerang Rosmah. Jawapanya tidak ada. Kami tidak menerima mana - mana tajaan khususnya dalam projek risalah ini. Tidak dari Umno dan juga mana - mana pihak dari Pakatan Rakyat.

SAMM bergerak dan risalah ini dicetak dari hasil jualan buku yang che'GuBard gerakkan ke seluruh negara. Jika ada pun penaja, rakyat yang beli buku terbitan SAMM seperti buku "FITNAH" merupakan penaja kami.

Salur kewangan SAMM diuruskan melalui akaun Bank Islam bernombor 050120010074930. Akaun inilah yang kami iklankan dalam risalah ini dengan harapan dapat membantu kami menanggung kos percetakan yang masih terhutang.

Namun jujurnya cuma RM1560 sahaja wang yang masuk ke akaun tersebut dan penyumbang terus yang bertemu di tempat ceramah pula berjumlah RM650. Manakala Cabang PKR Seremban membantu kami dengan mendapatkan beberapa 'bundle' booklet untuk edaran pihak mereka. bayaran pula hanya merangkumi harga kos percetakan bagi jumlah 'bundle' yang diambil.

Walaupun masih berhutang lagi sedikit kepada pencetak namun kami masih merancang untuk mencetak lagi kerana kesan risalah tersebut amat kuat khususnya di kawasan pendalaman majoriti Melayu.

Selama ini, mereka ingat bila 'pembangkang' membuat pendedahan cuma cakap kosong tetapi setelah membaca booklet ini, mereka terpegun kerana pendedahan berbentuk risalah ini lengkap dengan bukti sekali. Buat masa ini, kami sedang mencari dan mengumpulkan sedikit-sedikit dana yang kami ada untuk meneruskan usaha mencetak lebih banyak risalah dan sasaran kami ialah 100ribu naskah.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini mengumumkan kami telah selesai mengedarkan 25,000 booklet tersebut. 12,000 diedarkan terus ke rumah - rumah kawasan majoriti Melayu oleh jentera SAMM termasuk Pekan Pahang. 8,000 risalah diedar di pelancaran risalah cincin di setiap negeri, 3,000 naskah diedar di program dan ceramah melibatkan SAMM atau che'GuBard dan 2,000 lagi diberikan terus kepada individu atau organisasi tertentu yang membantu edaran.

Cetakan edisi kedua akan pasti menyusul dan booklet pendedahan terbaru akan tetap diusahakan. Pengedaran bahan seperti vcd, risalah dan seumpanya yang diedar terus ke dalam rumah pengundi antara usaha pemangkin kesedaran SAMM.

Kami percaya dan yakin ini antara usaha penting dalam memberikan kesedaran bagi melawan propaganda media perdana yang diperkuda regim. Cuma kami harap jika ada pihak yang sudi tampil sama membantu kami meringankan beban dalam kos menghasilkan bahan - bahan seperti ini. Segala sumbangan juga boleh disalur terus ke akaun Solidariti Anak Muda no. 555041113224 MAYBANK

Sekian dan terima kasih

che'Gubard
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)











nak gambar lagi terang, rujuk SINI





sumber : IAR

terima kasih SAMM!
imej risalah ini diperolehi dari http://semutmalaysia.blogspot.com/2011/11/risalah-penjelasan-isu-cincin-imelda.html terima kasih .

1 comment:

Anonymous said...

nyonya mansor....nyonya mansor