Sunday, October 23, 2011

Hidup Melayu Hidup Islam ?? Memang Wajar Himpunan Ini Diabaikan !!







Salam to all,

Lihat dulu gambar-gambar di atas, dan anda akan faham kenapa perhimpunan ini gagal...

Hidup melayu hidup Islam ? susahlah kalau melayu dulu baru Islam... Apakah ungkapan itu bermaksud lahir sebagai melayu dulu kemudian diislamkan??

Nampaknya kehadiran hanya sekitar 3 ribu orang sahaja, memerlukan lagi 997 ribu orang untuk mencukupi sejuta. Jumlah 3 ribu itupun mujur sangat dengan bantuan bas-bas percuma untuk mengimport orang-orang kampung datang ke perhimpunan penuh hipokrit ini. 

Hidup melayu, hidup Islam? Edyes berani jamin, kalau mati melayu pun, Islam tetap hidup hingga ke akhir zaman!!

oklah, malas nak cerita banyak-banyak pasal himpunan hipokrit nie... dari awal Edyes dah kata, himpunan tersebut tidak memberi manfaat kepada Islam terutamanya bab akidah, malah memudharatkan kerana terdapat unsur fitnah yang bertebaran di sebalik himpunan itu...

Baca semula artikel tulisan Edyes di sini

3 comments:

PenganutPAS said...

Perhimpunan pelihara akidah memang gagal menarik peserta yang ramai . Kalau pihak kristian yang ketawakan kegagalan tu takpa lah . Ni tidak orang islam sendiri yang ketawakan .

Kenapa orang islam sendiri mengutuk . kerana politik adalah segala-gala bagi mereka .lebih penting dari kesucian agama . lebih penting dari MENZAHIRKAN KEAZAMAN UNTUK MEMELIHARA AKIDAH.

Tidak seperti perhimpunan BERSIH yang merujuk kepada kitab suci Buku Jingga pimpinan Ambiga , seorang peguam Hindu yang memberi khidmat guaman percuma kes menukar agama . Campur lelaki perempuan dihalalkan malah mendapat pahala pula mengikut pandangan ajaran sesat Islam PAS.

Natijah dari pengaruh liberalisasi agama yang secara halus meresap kedalam politik malaysia. Umat Islam sendiri telah gagal untuk membezakan perkara yang membawa kepada kebaikan untuk agama yang dijunjungnya , dengan perkara yang boleh menyebabkan pihak lain menguasai agama mereka sendiri.

Lihatlah apa yang terjadi kepada Hasan Ali. Seorang exco agama di Selangor yang pandangannya tidak ada nilai berbanding dengan Elizebeth Wong seorang mubaligh Kristian. Suara kristian lebih kuat dari suara Islam di Selangor sehingga memerlukan teguran dari pihak istana.

Anonymous said...

Kah Kah Kah.. provokasi tak menjadi.

Anonymous said...

Kalian yg mengendalikan laman ini dan yg membacanya patut perincikan wahana penilaian kewajaran hadir atau tidaknya seseorg ke himpunan itu. Kalian masih guna neraca bangsa dalam mengukur Islam. Islam lah yg patut didaulatkan. UMNO yg ngaku Islam kerana melayu mereka itu menolak Islam drp ditegakkan dlm pengurusan rakyat.Idok ke malu kpd org bukan Islam. Fitnah/kutuk pulak pd Islam apa cerita ni!!

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan