Tuesday, October 4, 2011

Amaran Najwan Mengenai 'Musang Berbulu Ayam' Sebelum Anwar Diperangkap !!




Najwan Halimi yang menjadi saksi misteri bagi kem saksi pembelaan Anwar Ibrahim pernah menulis dalam blognya dua minggu sebelum Anwar Ibrahim dituduh melakukan liwat terhadap Saiful.

Dalam entry "Awas, ada musang berbulu ayam (siri 3)" bertarikh 13 Jun 2008, Najwan menulis;
Saya pernah menulis tentang 'seekor musang' dalam beberapa entri terdahulu yang kini semakin selesa bertapak di Pejabat Anwar Ibrahim selepas mempergunakan kedudukan seorang kakitangan kanan di pejabat tersebut.

Khabarnya, 'musang' tersebut kini sudah mulai merencana agenda peribadinya (yang sudah saya jangka sejak tiga bulan lalu ketika terserempak dengannya dalam satu program kempen pilihanraya Anwar Ibrahim) untuk menguasai jadual dan pergerakan harian Anwar. Menurut sumber dalaman Pejabat Anwar Ibrahim, kakitangan asal yang selama ini berkhidmat menyelia jadual Anwar sudah pun meletakkan jawatan untuk menumpukan perhatian dalam pengurusan perniagaan keluarganya. 

'Sang musang' dikhabarkan kini memulakan langkah untuk mensabotaj beberapa program yang melibatkan Anwar Ibrahim Club (AIC) serta berusaha untuk mencemar nama baik salah seorang kakitangan kanan yang baru berkhidmat di Pejabat Anwar Ibrahim.

Saya turut menerima respon daripada beberapa orang teman sekuliah berhubung dengan rancangan terbaru 'musang' ini yang dahulunya merupakan bekas oportunis politik di kampus. Lantaran kesibukan bermain politik ala UMNO, 'musang' ini kandas dalam pengajian dan disingkir oleh pentadbiran universiti.

Ketika menjelaskan kedudukan sebenar beliau di blog ini beberapa bulan lalu, 'sang musang' menegaskan bahawa beliau akan memulakan kelas latihan penerbangan dalam bulan ini dan sekadar membantu Pejabat Anwar Ibrahim untuk kempen Pilihanraya Umum ke-12 (walhal, hakikatnya beliau antara yang cukup giat berkempen untuk Barisan Nasional secara maya pada waktu itu!). Pun demikian, sehingga kini beliau masih membayangi pergerakan Anwar dengan menonjolkan dirinya secara melampau.

Ini membuktikan Najwan Halimi adalah saksi yang kredibel dan bukan saksi 'friendster' sepertimana yang dilabel oleh sesetengah pihak yang menyangka Najwan mereka-reka cerita mengenai Saiful Bukhari.

Latar belakang 'musang' ini juga harus dikenalpasti sebaik sahaja Najwan Halimi mendedahkan perihal kebarangkalian perangkap terhadap Anwar Ibrahim.. Tetapi malangnya pendedahan Najwan mengenai perangkap dari seekor 'musang berbulu ayam' telah tidak diendahkan oleh Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan juga orang-orang di sekeliling Anwar. 

AMK sebagai penggerak anak muda(?) seharusnya lebih peka terhadap sebarang gerakan untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim walaupun dari dalam kem luar dan kem sendiri memandangkan Anwar ketika itu dilihat sebagai susuk yang paling digeruni termasuklah menjadi nadi gerakan untuk menumbangkan Umno melalui usul undi tidak percaya terhadap kepimpinan Barisan Nasional.

Najwan Halimi yang hadir sebagai saksi pembelaan hari ini menjawab semua persoalan mengenai Saiful dengan tenang dan dapat meyakinkan semua yang mengikuti perbicaraan Anwar betapa Saiful adalah musang berbulu ayam. 

Sesungguhnya fitnah terhadap Anwar Ibrahim ini bukan sahaja merosakkan pemikiran malah membuatkan rakyat semakin jemu dengan politik lucah yang dilagukan oleh mereka yang terdesak.


EDYES @ edyesdotcom

8 comments:

bunbinban said...

Salah sape?. Anwar sendiri bro. Gua bkn anti dan bkn juga pengagum Anwar tapi hakikatnya, Anwar terlalu ego utk mendengar nasihat org lain. Ini kenyataan. Mungkin Anwar akan ter'kena' lagi kali ini oleh si Najwan?. Tidak mustahil kerana wang, maruah tidak berharga bro. Adakah Najwan seorg penyokong PR?. Kita tidak tau dan tidak pasti. Indentiti dia sudah terdedah dan tidak mustahil agen2 Najib akan berusaha utk 'deal'. Rahimi apa kabar?

Anonymous said...

yg pasti ler kan... dedua (saiful dan najwa) mamat JAMBU der.... perghhhhhhhh

PenganutPAS said...

kalau dah kaki liwat korang warning berapa bakul pun tak jalan punya .

Orang suka liwat ni berfikir dengan kepala bawah . Otak dah tak leh guna lagi dah . Sembang jer boleh lah

Anonymous said...

penganut PAS,

pe statement bangsat yg ko buat tu..?

lau da pecacai umno, parti barus british, mmg typical la komen mcm tu..

berhujah isu bessar la kawan...isu nye sekarang, aku nak pastikan aku main peranan buang umno ngan Bn dr putrajaya....termasuk penjilat mcm ko...

Anonymous said...

nampak sgt Anwar tu hebat...lebih 10 tahun , hentam, jail kan die....tp semangat die tetap kuat..

mane2 die pegi, xde sape bole sangkal lg kehebatan beliau..

insyaALLAH, Anwar bakal jadi PM malaysia....

Yong said...

Yong pun tak kagum kat Anwar Ibrahim. Kat AMK lagi Yong tak kagum, sama macam tak kagumnya Yong dengan pemuda PAS. Pemuda umporno pulak? Alahai....tidak masuk pertimbangan pun.

Actually Yong amat bimbang dengan trend politik bebudak sekarang. Masing2 asyik kejar glamour jer.

Tapi Yong kagum dengan Chegubard dan Edyes. Kalau jalan mereka lurus, InsyaAllah mereka akan pergi jauh! Haha Yong dah baca aura mereka berdua.

Apapun Anwar Ibrahim jauh lebih credible sebagai PM berbanding dengan sesiapapun dalam umporno sekarang.

PenganutPAS said...

sebab saiful suka publisiti
sebab saiful jemput hamid albar
sebab saiful ada friendster
sebab saiful bergambar dengan menteri
sebab saiful penyokong BN
sebab saiful benci anwar
maka anwar pun liwatlah saiful

akhirnya air mani anwar berada didalam dubur saiful , seorang pembancuh teh yang berkelulusan Uniten.

Hanya Bekas pemimpin pelajar di Uniten sahaja yang boleh bekerja sebagai pembancuh teh di serata dunia.

Hebat konspirasi ini ......

bunbinban said...

gua sokong lu yong. gua bkn pengagum chegu bard tapi gua rasa dia antara anak muda yg berani menentang arus samada dgn kerajaan maupun dlm parti sendiri. Dia ikon anak muda yg maukan perubahan total. Bukan ikon baju batik perut buncit atau yg hanya maukan publisiti murahan. Gua tak kenal edye tapi gua respek dia dan sharpshooter dan beberapa lagi reformis yg dari dulu masih kekal tabah mengharung dugaan. gua tabik lu bro