Kemenangan pertama telah memihak kepada BERSIH walaupun tarikh perhimpunan masih berbaki beberapa hari lagi.
Kerajaan yang didokong oleh UMNO selama ini tidak pernah mengiktiraf BERSIH sebagai sebuah gabungan bersama puluhan NGO bagi menuntut pilihanraya adil dan bersih. Tetapi DYMM SPB YDP Agong telah mengiktiraf seketariat BERSIH dengan perkenan sebuah pertemuan di Istana Negara pada tanggal 5 Julai 2011.
Kerajaan Barisan Nasional pasti terkejut dengan perkembangan positif dan kemaraan BERSIH siri 2.0 apabila pihak istana memberi laluan untuk perjumpaan seketariat BERSIH dan Agong. Jika BERSIH adalah haram, bagaimana YDP Agong berkenan untuk bertemu dengan seketariat BERSIH ? Adalah mustahil bagi pihak istana membuka pintu kepada sebuah kumpulan yang telah dituduh oleh kerajaan sebagai haram dan dikaitkan dengan agenda komunis, agenda merampas negara mahupun punya agenda 'molotov cocktail'.
Ini bermaksud dengan jelas sekali bahawasanya BERSIH 2.0 tidak wajar dikatakan sebuah gabungan haram. Bagi mana-mana pihak yang mengatakan BERSIH adalah haram, mana-mana pihak yang menangkap si pemilik baju kuning BERSIH, mana-mana pihak yang mengganggu-gugat kehadiran BERSIH pada tanggal 9 Julai 2011, maka pihak yang berbuat demikian boleh dianggap menderhaka ke atas DYMM SPB YDP Agong !!
Kerajaan KDN juga pasti dua kali terkejut apabila mendapati seketariat BERSIH secara serta merta bersetuju dengan tawaran Perdana Menteri untuk berhimpun di stadium. Ini sama sekali tidak dijangka oleh regim penguasa kerana pada perkiraan mereka, pihak seketariat BERSIH akan tetap berhimpun di jalanraya. Sedangkan walaupun titah diraja tiada menyebut apa jua halangan untuk perhimpunan di jalanraya, tetapi pendekatan yang di ambil oleh seketariat BERSIH dan Pakatan Rakyat adalah mesra kepada DYMM SPB YDP Agong. Kita yakin bahawa DYMM SPB YDP Agong tetap bersama rakyat.
Oleh demikian, kepada pejuang demokrasi, kita ada stadium untuk dilimpahkan. Demi demokrasi, demi DYMM SPB YDP Agong, kita punya stadium untuk sama-sama kita limpahkan. Walau di mana pun lokasi perhimpunan, apa yang lebih penting ialah 8 tuntutan pilihanraya adil dan bersih.
EDYES @ edyesdotcom
1 comment:
BAGUIHLAH HANG FIKIR POSITIF. HANGPA DAH MENANG ?
HE ! HE ! HE !
Post a Comment