Berikut adalah kata-kata sahabat saya di dalam laman sosial Facebooknya;
Saya salin dan tampal dalam blog ini tanpa mengalihkan walau satu aksara pun untuk sama-sama kita renungkan, apakah puncanya sahabat saya ini meluahkan tekanan yang dihadapinya akibat daripada 'kebijaksanaan' kerajaan yang ada pada hari ini.
Alasan yang diberikan oleh kerajaan iaitu kerana cuti yang lama sangat-sangat tidak munahsabah. Mana mungkin kapitalis menghentikan perniagaan semata-mata untuk memberi pelepasan cuti kepada pekerja-pekerjanya? Rakyat telah masak dengan telatah kerajaan terutamanya dalam isu kekurangan minyak masak!
Ketiadaan stok minyak dalam pasaran akan memaksa kenaikkan harga barang terlebih dahulu sebelum stok yang sepatutnya dijual harga lama akan dikeluarkan bagi mengambil keuntungan atas angin. Selebihnya, keuntungan untuk cukong-cukong yang sekian lama bersedia dengan menanti angpau dari rakyat marhein.
Harga-harga barang keperluan yang meningkat ini menjadi rantaian kepada naiknya semua jenis harga barang dan sektor perkhidmatan juga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan segala kadar bayaran. Rakyat sesungguhnya tidak mampu lagi menahan bebanan daripada ringgit yang diperolehi berbanding harga barang yang meningkat.
Hari ini, apa yang dapat diperolehi dari nilai RM10 ? Dapatkah permulaan persekolahan anak-anak diteruskan dengan RM100 ? Berapakah belanja sekolah anak dan kadar sewa van yang menghantar anak ke sekolah? Apakah yang akan berlaku sekiranya tiap-tiap bulan, kadar perbelanjaan sebuah keluarga melebihi jumlah pendapatan?
Ingatlah wahai kerajaan, kami rakyat tidak akan selamanya berdiam diri dan ingatlah, kami telah masak dengan perihal minyak masak !!
EDYES @ edyesdotcom
4 comments:
makcik pakcik felda kata apa..
"ada aku kesah? janji ketuanan melayu terbela!"
adehhh!!
kerajaan apa kisah? yg dorang kisah, mcmmana nak layan 'adik' kecil dorang.... ptuihhhh
Nampaknya kaum kapitalis/peniaga yang perintah Malaysia
Dasar otak pembangkang,..semuanya salahkan Govt/UMNO,.
Nak tya sket,.ko ade gi kedai penyokong pembangkang ke?
Selalunya depa la yg sorok barang,.
berak merata-rata tpi tuduh org
pthuuiiii
Post a Comment