Monday, January 3, 2011

Sial Punya Kerajaan dan Kementerian Yang Berkaitan !!!

Berikut adalah kata-kata sahabat saya di dalam laman sosial Facebooknya;
betul sial PUNYA KERAJAAN DAN KEMENTERIAN YG BERKAITAN!!! aku pegi kedai nak beli minyak masak utk pekerja aku, pekedai cakap TAKDERRR..!!!! pastu aku pegi kedai yg jauh sikit dari rumah aku pun dia cakap TAKDERRRR..!!!! DAH SEMINGGU..!!! dulu GULA..!!! kemudian TEPUNG..!!! pastu BERAS..!!! pastu SAYUR..!!! pastu balik pulak GULA..!!! sekarang MINYAK MASAK!!! woi PUNDEK punye menteri..!!! klw ko naik kan minyak petrol ngan diesel, semua harga barang KEPERLUAN ASAS JUGA NAIK, BANGKAIIII..!!! LANCAUUU kau org lah RAKYAT DIDAHULUKAN..!!! ptuiiiii!!! KERAJAAN pundek..!!!

kita rakyat semakin perit!!! kita susah nak carik makan!! barua2 menteri ni, semua nya free..!!! gaji tinggi..!!! elaun tarnsport sana sini..!!! bil elektrik bil air kerajaan bayau...!!! lancau kerajaan bayau..!!! duit rakyat yg dorang sakau..!!! pegi suruh menteri pegi kdai runcit beli barang2 yg aku sebut tu..!!! mesti barua tu cakap murah..!!! harga minyak kene selaras dgn pasaran dunia tapi gaji rakyat taknak pulak diselaraskan dgn gaji rakyat dalam dunia..!!! kompom sial..!!!

Saya  salin dan tampal dalam blog ini tanpa mengalihkan walau satu aksara pun untuk sama-sama kita renungkan, apakah puncanya sahabat saya ini meluahkan tekanan yang dihadapinya akibat daripada 'kebijaksanaan' kerajaan yang ada pada hari ini.

Alasan yang diberikan oleh kerajaan iaitu kerana cuti yang lama sangat-sangat tidak munahsabah. Mana mungkin kapitalis menghentikan perniagaan semata-mata untuk memberi pelepasan cuti kepada pekerja-pekerjanya? Rakyat telah masak dengan telatah kerajaan terutamanya dalam isu kekurangan minyak masak! 

Ketiadaan stok minyak dalam pasaran akan memaksa kenaikkan harga barang terlebih dahulu sebelum stok yang sepatutnya dijual harga lama akan dikeluarkan bagi mengambil keuntungan atas angin. Selebihnya, keuntungan untuk cukong-cukong yang sekian lama bersedia dengan menanti angpau dari rakyat marhein.

Harga-harga barang keperluan yang meningkat ini menjadi rantaian kepada naiknya semua jenis harga barang dan sektor perkhidmatan juga akan mengambil kesempatan untuk menaikkan segala kadar bayaran. Rakyat sesungguhnya tidak mampu lagi menahan bebanan daripada ringgit yang diperolehi berbanding harga barang yang meningkat. 

Hari ini, apa yang dapat diperolehi dari nilai RM10 ? Dapatkah permulaan persekolahan anak-anak diteruskan dengan RM100 ? Berapakah belanja sekolah anak dan kadar sewa van yang menghantar anak ke sekolah? Apakah yang akan berlaku sekiranya tiap-tiap bulan, kadar perbelanjaan sebuah keluarga melebihi jumlah pendapatan?

Ingatlah wahai kerajaan, kami rakyat tidak akan selamanya berdiam diri dan ingatlah, kami telah masak dengan perihal minyak masak !!


EDYES @ edyesdotcom


4 comments:

  1. makcik pakcik felda kata apa..
    "ada aku kesah? janji ketuanan melayu terbela!"

    adehhh!!

    ReplyDelete
  2. kerajaan apa kisah? yg dorang kisah, mcmmana nak layan 'adik' kecil dorang.... ptuihhhh

    ReplyDelete
  3. Nampaknya kaum kapitalis/peniaga yang perintah Malaysia

    ReplyDelete
  4. Dasar otak pembangkang,..semuanya salahkan Govt/UMNO,.

    Nak tya sket,.ko ade gi kedai penyokong pembangkang ke?

    Selalunya depa la yg sorok barang,.

    berak merata-rata tpi tuduh org

    pthuuiiii

    ReplyDelete