Lihatlah apa yang terjadi. Adakah anda rasa ini kerja puak 'Erdogan'? Atau cetusan hati anda lebih kurang dengan hati saya dengan mengatakan ini adalah kerja puak UMNO yang ingin menghancurkan, memecahbelahkan, mengelirukan dan melaga-lagakan Pas dan Pakatan Rakyat.
UMNO akan cuba buat 'comeback' di bawah pemerintahan Najib Razak setelah beberapa kali dimalukan dalam PRK. Tidak terfikirkah anda semua bahawa Najib akan cuba sedaya upaya untuk dilihat dalam lipatan sejarah sebagai seorang wira UMNO yang berjaya mengembalikan kegemilangan parti itu setelah jatuh tersungkur di bawah Pak Lah. Untuk mencapai hasrat tersebut, Najib akan berbuat apa sahaja termasuklah apa yang berlaku pada hari ini, Pas digambarkan terhegeh-hegeh meminang UMNO untuk Unity Governtment.
Setakat ini, UMNO dilihat sebagai sebuah parti yang jahat. Namun sekiranya UG menjadi kenyataan, Pas akan dilihat sebagai sebuah parti yang LEBIH jahat kerana membelakangkan akurjanji bersama Pakatan Rakyat. Meninggalkan janji adalah perkara yang keji dalam Islam. Jadi dengan alasan ini, UMNO dengan kepakaran propagandanya merempuh Pas dan Pakatan Rakyat dengan seribu macam helah sepertimana yang berlaku hari ini, kita bertelagah!
Kita mahu memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan menolak Umno, Itu adalah perkara pokok dalam mengekalkan keharmonian Pakatan Rakyat. Umno sedar perkara itu, dan mereka mahu mencetuskan kekeliruan bagi menimbulkan keraguan mengenai halatuju PAS.
Oleh demikian, secara baik sekali lagi saya menyeru kepada Pakatan Rakyat supaya menggempur UMNO dan BN habis-habisan termasuklah dalam menangani isu UG dengan cara paling bijak iaitu memalukan UMNO dengan kata "menolak" dari kepimpinan tertinggi semua komponen Pakatan Rakyat.
Kita bertelagah kerana UG? Kita berbalah kerana UMNO? Sangat tidak berbaloi...
1 comment:
Salam Edyes,
Saya turut menolak teori-UG.
Post a Comment