Friday, April 11, 2008

Reformist Dari Sabah : Kekalutan...

Kekalutan

Mereka nampak tapi tidak boleh melihat…
Mereka tahu tapi tidak boleh berfikir…
Mereka kagum tapi tidak boleh memuji…
Mereka sayang tapi tidak boleh mengasihi…
Mereka adalah mereka yang tahu tapi tidak ambil peduli…
Mereka mengunci hati..
Mereka membungkam perasaan..
Mereka sulami dengan keegoaan..
Mereka turuti perasaan…

Lantas…
Berkubur satu perjuangan mereka…
Bersama harta dan cita-cita mereka…
Bersama kita tenggelam dengan mereka…
Bersama kita merasa keperitan natijah dari mereka…
Agar tiada siapa beroleh keuntungan samada kita dan mereka…

Namun…
Dicelah kerumitan domba fikiran…
Lahir pejuang penuh keinsafan…
Memberi makna kepada hidup ini…
Perjuangan tulus disulami keindahan nas-nas yg murni…
Seraya.. Aku berkata…

“Bangunlah dan bangkitlah, akan ku bela perjuangan mu, akan ku pastikan cita-cita mu, akan ku perhalusi senjata mu, kerana aku tahu, perjuangan mu dari nas-nas yang murni, nas-nas yang tiada tolok bandingnya, nas mu Al Quran dan Hadis, namun cuma aku yang mengerti perjuangan mu, mengerti tuntutan perjuangan mu, harapanku agar mereka juga mengerti”

“Ayuh!!!! Bangun Datuk Seri, Rakyat sudah bersama mu…”

Wassalam..

edyes wrote:

saya amat meminati nukilan reformist sabah ini, walaupun beliau cuma penulis biasa...

No comments: