Tuesday, May 20, 2008

Tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan Parti


Hanya lima minit masa yang diperuntukkan untuk membincangkan soal Tun Dr Mahathir. Semua ahli parlimen yang hadir dalam perjumpaan tergempar paklah sebulat suara memberikan taat setia kepada Paklah dan kekal sebagai ahli UMNO.

Dalam perjumpaan selama 35 minit itu, perdana menteri telah memberi penerangan kepada mereka mengenai isu-isu semasa.

Ahli Parlimen Muar, Razali Ibrahim berkata tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan parti. Menurutnya, perkara itu dibincangkan secara umum selama kira-kira lima minit.

Ahli Parlimen Kalabakan, Datuk Ghafur Salleh juga mengesahkan bahawa isu mengenai tindakan Dr Mahathir keluar Umno dibincangkan selama lima minit. Katanya, kebanyakan ahli Parlimen Umno merasakan tindakan Dr Mahathir itu tidak akan menjejaskan parti.

Ghafur berkata, beliau juga memberi pandangan bahawa tindakan 'keluar masuk' parti adalah perkara biasa yang tidak perlu dirisaukan. Bagaimanapun, beliau berpendapat tindakan Dr Mahathir itu tidak sesuai dengan kedudukannya sebagai bekas pemimpin besar Umno.

Sementara itu, Ahli parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir dilaporkan tidak kelihatan menghadiri perjumpaan tersebut.

Sumber dipetik oleh Malaysiakini

No comments: