Wednesday, May 14, 2008

Rayuan Hindraf 5 ditolak

Mahkamah Persekutuan Kuala Lumpur hari ini menolak rayuan lima pemimpin Barisan Bertindak Hak Hindu (Hindraf) supaya dibebaskan daripada tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Lima pemimpin Hindraf itu - M Manohan, P Uthayakumar, V Ganabatirau, R Kengadharan dan K Vasantha Kumar - ditahan pada 13 Disember lalu bawah ISA selepas terbabit menganjurkan perhimpunan 25 November lalu serta membuat kenyataan yang berunsur hasutan terhadap kerajaan.

Seorang daripada mereka, Manoharan bertanding atas tiket DAP dan memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Alam Shah di Selangor, dalam pilihanraya umum lalu.
Beliau telah mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat di Kem Tahanan Kamunting pada 8 Mei lalu.

Beliau menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.
Manakala Uthayakumar pula mengidap kencing dan masalah jantung.

edyes wrote:

Di manakah perikemanusiaan? wahai kerajaan, tolonglah beri sedikit ruang biarpun dengan bersyarat.

Mereka tidak melakukan apa2 jenayah malah mereka cuma menjadi wakil kaum India memohon belas ehsan dan memperjuangkan nasib kaumnya.

Setelah MIC tidak melunaskan tanggungjawab dengan baik, mereka umpama tiada pilihan melainkan demonstrasi. Semua mengakui bahwa minoriti ini mempunyai taraf kehidupan di jauh di bawar 'par'.

Ibu kepada Uthayakumar juga telah berjumpa dengan DS Wan Azizah bagi menyerahkan memorandum meminta anaknya dilepaskan. Video klipnya di sini

No comments: