Monday, May 5, 2008

Kenyataan TG Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang 4 Mei

Antara Keratan Kenyataan TG Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang Pada 4hb Mei.

PAS yakin bahawa martabat, keutuhan dan jatidiri bangsa Melayu hanya dapat diselamatkan melalui Islam. Hanya apabila orang-orang Melayu kembali dan berpegang teguh kepada Islam, maka ketika itu barulah bangsa ini dapat memperolehi keselamatan di dunia dan juga di akhirat. Sebarang usaha samada sengaja ataupun itdak untuk meninggal atau meminggirkan Islam akan mengakibatkan bangsa ini tidak selamat di dunia, apalagi di akhirat.

Masalah umat Melayu selama ini berpunca dari tindakan kita meninggalkan kewajiban meletakkan Islam dilandas yang sebenar. Malah kedudukkan Islam sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan pun tidak kita hargai.

PAS merasakan masalah umat Melayu berpunca dari sikap Umno yang telah meneruskan pembelengguan terhadap Islam yang diamalakan oleh penjajah British. Umno menerima kuasa dengan menambahkan lagi ikatan-ikatan yang sebenarnya telah menyekat taraf dan kedudukan Islam dan mengelirukan bangsa Melayu.

Tindakan ini telah merosakkan pemikiran orang Melayu sehingga menjadikan mereka seolah bertuhankan Umno. Malah orang Melayu sehingga beranggapan yang Umno lah segala-galanya, yang memberikan rezeki dan memajukan mereka.

Umno lah yang sesungguhnya telah menghakis beberapa ciri-ciri tamaddun Islam yang sedia terbentuk dalam masyarakat Melayu sebelum ini. Di antaranya ciri ilmu, dimana Umno lah yang bertanggungjawab menghapuskan penggunaan dan penagajaran tulisan Jawi di sekolah-sekolah, mengawal pengajian agama di masjid-masijd termasuklah khutbah-khutbah Jumaat, semata-mata untuk kepentingan politik mereka yang telah mengakibatkan kefahaman agama orang Meayu semakin longgar dan lemah.

Bagi PAS sekiranya agenda pemuafakatan dan penyatuan umat Melayu mahu dilangsungkan, maka ianya mestilah mengambil kira dan menceduk dari model yang telah dibentuk dengan jayanya oleh junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.

Rasulullah s.a.w telah berjaya menyatukan kabilah-kabliah Arab di zamannya dengan Islam dan bukannya melalui nasionalisam atau semangat kebangsaan Arab. PAS percaya orang Melayu akan dapat diangkat martabat mereka kiranya mereka serius menjadikan Islam sebagai pegangan , dasar dan matlamat hidup."

edyes wrote:

Permuafakatan UMNO dan PAS yang pernah terjalin suatu masa dulu memberi banyak pengajaran kepada PAS. Rumasan saya di sini ialah, pesanan yang selalu kita dengar dalam ceramah motivasi - "Kita harus belajar dari kesilapan".

Permohonan permuafakatan ini merujuk kepada penawaran UMNO supaya bermuafakat dengan PAS demi kepentingan melayu khususnya sewaktu Pakatan Rakyat membentuk kerajaan negeri Perak pada Mac lalu. Menerima atau menolak, itulah pilihan yang ada dan pastinya PAS tidak akan terperosok ke dalam lubang yang sama untuk kali kedua. Cukuplah sekali.

Apabila PAS menolak, maka akan dicanangkan bahwa PAS tidak menerima agenda penyatuan melayu dan pas tidak mementingkan agenda melayu. Ya benar, kerana PAS mementingkan agenda Islam dalam memartabatkan melayu.

Bagaikan anjing yang tersepit, apabila dilepaskan menggigit orang yang membebaskanya.

No comments: