Monday, May 19, 2008

Dr Mahathir keluar UMNO !!

Dr Mahathir keluar Umno

May 19, 08 12:53pm

oleh malaysiakini

Mantan perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar dari Umno berkuatkuasa serta merta dan menggesa ahli-ahli Umno yang lain supaya turut berbuat demikian.

Dr Mahathir adalah perdana menteri Malaysia keempat dan memegang jawatan tersebut selama 22 dari tahun 1981 hingga 2003.

Ini menjadi beliau perdana menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat serta pemimpin yang paling lama berkuasa di Asia.

edyes wrote:

Ini sudah menyamai Tunku Abdul Rahman Putra.

UMNO telah terkena stroke sewaktu PRU tempohari, kini satu lagi stroke yang bakal menyebabkan lumpuhnya sebuah parti yang ampuh.

UMNO tidak lagi akan mendapat sokongan dari TDM, yakni antara pemimpin yang paling berpengaruh di dalam UMNO.

Keluarnya Mahathir dari UMNO adalah sesuatu yang tidak pernah dijangka, kerna mengikut hemat saya, TDM adalah ahli UMNO sepanjang hayat dan tidak mungkin meninggalkan UMNO kerana sayangnya Tun pada parti.

Inilah penghabisan, atau sandiwara semasa semata-mata....

No comments: