Wednesday, December 23, 2020

Hanya Zaman Anwar Ibrahim Menteri Kewangan - Rakyat Nikmati Dividen ASB + Bonus Tertinggi

 


Dividen ASB tahun 2020: 
4.25% + ehsan 0.75%

Paling rendah dalam sejarah bagi 3 tahun berturut-turut. 

2017: 8.25%
2018: 7.00%
2019: 5.50%
2020: 5.00%

Sebab itu bila kita harus sepakat untuk mengangkat Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kita yang seterusnya!


ASB 4.25 SEN SEUNIT SAHAJA - TERIMA KASIH PN

 


Alhamdulillah, akhirnya pengagihan pendapatan ASB telah diumumkan sebentar tadi dengan jumlah pengagihan hanya sebanyak 4.25% seunit. Manakala tiada bonus yang diberi melainkan 'ehsan' sebanyak 0.75 sen seunit untuk 30 ribu unit yang pertama.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari ini mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 4.25 sen seunit dan EHSAN 75 sen seunit (untuk 30 ribu unit pertama)g bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember tahun ini.
Bertabahlah tuan-tuan.


5 Sebab UTAMA Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Jadi PM ke-8 Pada Mei 2020

 [Throwback]  5 Sebab UTAMA Mengapa Datuk Seri Anwar Ibrahim Perlu Jadi PM ke-8 Pada Mei 2020


Oleh: Edy Noor Reduan

1. Rancangan Malaysia Ke-12

Persiapan untuk Rancangan Malaysia ke-12 yang akan menjadi panduan pembangunan negara untuk tempoh 2021 hingga 2025, dijangka akan dibentang pada September 2020.

2. APEC Malaysia 2020
Dunia pastinya sangat teruja untuk hadir ke Persidangan APEC 2020 disambut oleh ‘brand new’ PM, yang mempunyai hubungan luar yang cemerlang di mata dunia.

3. Pembentangan Bajet 2021
Harus beri ruang kepada Anwar Ibrahim untuk memacu negara mengikut acuannya selaku pemegang rekod Menteri Kewangan Terbaik Asia suatu ketika dulu.

4. Kestabilan politik dan seterusnya menstabilkan ekonomi negara
Pelabur luar khususnya negara kaya dari Arab, Turkey dan Eropah menanti detik DSAI menjadi PM untuk menyuntik pelaburan berskala besar, atas nama DSAI yang mereka yakini.

5. Agenda Reformasi Total
Reformasi yang tuntas merupakan agenda penting yang tidak boleh ditangguhkan. Reformasi sistem, polisi dasar, ekonomi dan sosial, tanahair ini perlu penjajaran di banyak sektor.

“Lebih cepat DSAI menjadi PM8, maka lebih lekaslah nasib rakyat dibela dengan polisi ekonomi beliau yang mendahulukan rakyat. Anwar Ibrahim begitu obses untuk membantu marhein di bawah, membasmi kemiskinan, inilah naratif wajib dalam setiap ucapan beliau”

Sunday, December 20, 2020

Hanya 2 Penggal Untuk Jadi MB di Negeri Sembilan




Kerajaan Negeri Sembilan Akan Bentang Usul Jawatan MB Untuk Hanya Untuk 2 Penggal

Menurut balasan Twitter Dato'Seri MB, tindakan membawa usul menghadkan tempoh perkhidmatan Menteri Besar untuk hanya 2 penggal adalah bersandarkan dari Manifesto Pakatan Harapan Negeri Sembilan ketika PRU-14 yang lalu.

Syabas diucapkan khususnya kepada Dato'Seri Aminuddin Harun dan Kerajaan Negeri di atas komitmen untuk melaksanakan janji manifesto yang akhirnya menjadi antara faktor kemenangan PH di Negeri Sembilan.

Ia juga bermakna Kerajaan Negeri menghargai sokongan yang diberi oleh rakyat dalam pilihanraya lalu dan usul yang bakal dibentang itu membuktikan manifesto tersebut dikotakan.


Tempoh dua penggal adalah ideal dan memadai bagi seorang pemimpin membawa pembangunan dan kemajuan kepada mana-mana negeri. Memegang suatu jawatan untuk tempoh yang terlalu lama akan menjurus kecenderungan kepada kepincangan dan ketirisan dalam pentadbiran. 

Justeru itu langkah Kerajaan PH Negeri Sembilan adalah wajar dan berpatutan. Tahniah


Saturday, December 19, 2020

[VIDEO] Ritual Perkahwinan Illi Najwa Saddique dan Kapten Hoki India

 


Dipaparkan adalah sebuah klip video dari upacara 'pernikahan' seorang gadis melayu bernama Illi Najwa Saddique dan pasangannya Ketua Pasukan Hoki India, Manpreet Singh.

Dilaporkan dalam banyak media bahawa Najwa Saddique adalah anak buah kepada seorang menteri di Malaysia. 

Majalah The Tribune pula mendedahkan, Najwa Saddique sebelum ini bekerja di sebuah universiti swasta di Malaysia kini akan menetap di India dan turut dikurniakan nama baharu Navpreet Kaur.






Anak Buah Menteri Tukar Agama Untuk Berkahwin Dengan Kapten Hoki Pasukan India?

Apa dah jadi dengan negara kita ini sehinggakan ada kes murtad yang disenyapkan? Ini persoalan yang harus dijawab.

Difahamkan dari pelbagai laporan di media sosial, anak saudara perempuan kepada salah seorang menteri kabinet telah melangsungkan perkahwinan dengan kapten hoki pasukan negara India. 

Dari foto yang dipaparkan, majlis perkahwinan tersebut dijalankan mengikut ritual bukan Islam iaitu agama SIKH dan tiada pengakuan masuk islam dari pihak pengantin lelaki.

Di manakah suara pemimpin melayu islam yang lain? Di mana suara parti Islam Pas yang kini telah menjadi sebahagian dari Kerajaan dalam soal pertukaran agama atau murtad ini?

Apakah kerana kes seperti ini berprofil tinggi yang melibatkan anak buah menteri dan juga pemain hoki negara India, maka 'perpaduan' mereka dibenarkan?

Kita menggesa supaya Menteri Perpaduan,  Halimah Saddique memberi penjelasan sewajarnya apakah benar ada kaitan dengan Illi Najwa Saddique seperti yang didakwa oleh banyak media.

Apa kata menteri agama? Apakah sudah jatuh murtad? Soal murtad bukanlah perkara yang kecil, ini sangat serius dan boleh menyebabkan implikasi di mana pihak-pihak lain juga boleh mengambil 'precedent case' untuk menukar agama menjadi murtad.

Semoga Allah selamatkan negara kita ini. Aaminnn

Tonton Klip Video ritual perkahwinan di sini: [VIDEO] Ritual Perkahwinan Illi Najwa Saddique dan Kapten Hoki India

Friday, December 18, 2020

Pertemuan Akhir Sebelum Tun M Letak Jawatan



Tun M letak jawatan sahaja, kabinet PH tergugur secara automatik dan kerajaan PH tumbang..

Nak kata dah ada orang umum keluar PH masa tu, takde lagi yg keluar pada pagi tu..

Sebabnya dari waktu subuh 24 feb 2020 hinggalah pada waktu Tun M umum letak jawatan tu, takde siapa pun yg umum keluar PH lagi.

Mereka umum keluar PH HANYA apabila Tun M umum letak jawatan, keadaan itu semacam sudah dirancang..

"Tun umum letak jawatan saja, kami terus umum keluar PH"

Masa pagi 24 feb tu, Tun dah tak datang pejabat, call sudah tak berangkat..

Pergi ke rumah Tun M pun, sudah tidak mahu berjumpa, jika Kak Wan tidak berkeras naik sendiri ke atas jumpa Tun M masa tu, mmg pakai melangut kat bawah je lah DSAI, Mat Sabu dan Lim Guan Eng..

Bila Kak Wan dah jumpa, ada pulak syarat..

Tak boleh naik serentak 4 orang tu, kena jumpa sorang²..

Padahal semalamnya Muhyidin, Azmin dan lain² MP yg terlibat dalam komplot Sheraton boleh terus jumpa serentak, tiada bersyarat² pulak..

Malah, pada petang selepas Kak Wan, DSAI, Mat Sabu dan LGE berjumpa Tun M dengan bersyarat sedemikian, petangnya Muhyidin , Azmin dan MP² lain bebas je berjumpa dengan Tun M..

Tang mana yg korang tak faham ni?

Perancangan untuk ganti kerajaan PH dengan satu kerajaan baru di mana rancangan awalnya Tun M akan tetap jadi PM adalah rancangan Tun M sendiri.. sebab berkeras taknak bagi Anwar jadi PM.. Tapi akhirnya sendiri yang tercyduk..

Selepas puluhan tahun, pembangkang diberi peluang menjadi kerajaan, kita angkat individu yg akhirnya menjatuhkan kerajaan yg kita usahakan sekian lama..

Lepas dia khianat, kita nak angkat dia semula?

PS: walaupun C&P dan tiada penulis asal, tetapi apa yang ditulis ini sangat masuk akal..

Lim Guan Eng dan Abang Mat Terlupa Apa Yang Berlaku Dalam Pentadbiran 22 tahun dan 22 Bulan Tun Mahathir?


Masihkah anda ingat bagaimana kerajaan PH gagal melaksanakan pelbagai janji manifesto PRU14 yang lalu? LGE sendiri yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir yang menolak usaha melaksanakan manifesto yang dijanji.

Ini adalah satu bentuk sabotaj yang dilakukan secara halus. PH telah dirosakkan oleh mereka yang gilakan kuasa. Apabila terdedah reputasi PH sebagai sebuah kerajaan yang gagal melaksanakan agenda Reformasi, maka adalah lebih mudah untuk mereka mengolah persetujuan umum supaya PH dibenci oleh rakyat.

Hari ini kita dapat melihat usaha demi usaha untuk meletakkan Tun Mahathir mengetuai barisan pembangkang dan tidak menolak kemungkinan sekali lagi diangkat sebagai calon PM sekiranya PRU15 berlaku dalam masa terdekat. Adakah rakyat boleh terima semua ini atau PH (PH Plus) akan terus dibenci?


Adakah mereka sudah lupa bagaimana Tun Mahathir meruntuhkan Kerajaan PH pada bulan Februari yang lalu? Perletakan jawatan Perdana Menteri telah menyebabkan Kerajaan PH yang terbina dari kemenangan PRU-14 musnah tanpa sempat dipertahankan. Ianya seperti telah dirancang dengan sangat rapi demi menyekat kemaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang telah tiba masanya untuk diangkat sebagai Perdana Menteri.

Inilah daulah terpendam bagi mereka yang menidakkan agenda Reformasi. Sedangkan keluarga mereka jelas bergelumang dengan kekayaan berbilion ringgit, hasrat membenarkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi PM harus mereka gagalkan kerana mereka ini anti kepada pembaharuan sistem (Reformasi).


Apakah LGE atau Abang Mat masih tidak sedar bahawa mereka telah diperalatkan untuk perpecahan PH? Sedarlah bahawa PH telah disabotaj sejak dari awal kemenangan PRU-14 sehinggalah ke hari ini apabila bibit perpecahan itu mula terlihat.

Janganlah diulangi kesilapan yang lama. Tolak Grandpa Coalition!

Thursday, December 17, 2020

𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 "𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍" 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑

𝐊𝐄𝐀𝐃𝐈𝐋𝐀𝐍 "𝐓𝐇𝐄 𝐆𝐑𝐀𝐍𝐃 𝐂𝐎𝐀𝐋𝐈𝐓𝐈𝐎𝐍" 𝐒𝐄𝐁𝐄𝐍𝐀𝐑

Oleh: Danish Hairudin

Muktahir ini satu persepsi baru iaitu "The Grand Coalition" atau gabungan antara parti secara total sedang dimainkan oleh pemain-pemain politik daripada Perikatan Nasional mahupun dalam kalangan Pakatan Harapan. Apa yang pasti ialah persepsi ini tidak dimainkan dalam kalangan ahli politik PKR. Ulasan saya lebih tertumpu kepada cadangan "Grand Coalition" antara parti pembangkang yang pada mulanya di lontarkan oleh Parti Warisan dan disambut oleh Individu yang tidak berparti iaitu Tun Dr Mahathir. 

Hari ini tanggal 17 Disember, kenyataan bersama pemimpin AMANAH dan DAP tanpa pemimpin PKR secara tersirat cuba menyambut lontaran persepsi "Grand Coalition" oleh Ketua Parti yang telah tewas dalam PRN Sabah. Mereka ini semua seperti tidak keruan dalam melihat kerangka yang lebih besar yang telah dibawa oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat itu sendiri.

Segelintir pihak cuba menunding jari kepada DSAI atas kegagalan pembangkang menolak belanjawan 2021 baru-baru ini. Pihak-pihak ini sebenarnya cuba mencari alasan untuk "menghalalkan" percintaan mereka bersama pasangan yang terlanjut usia yang telah terbukti gagal dalam memimpin keluarga dan berlaku curang sehingga runtuhnya sebuah keluarga yang direstui oleh rakyat pada PRU umum yang lalu. 

Hari ini mereka masih bermain cinta dan sudah mula memberi reaksi yang lebih terbuka dengan niat cuba menyingkirkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Parti Keadilan Rakyat sebagai ahli keluarga yang telah bersama lebih 20 tahun. Pendapat saya, ini adalah satu tindakan untuk menekan DSAI dan PKR itu sendiri untuk bersama dengan seorang yang telah mengkhianati keluarga sendiri.

KEADILAN satu-satunya parti berbilang kaum di Malaysia yang membawa aspirasi setiap kaum di Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain yang telah terjamin dalam Perlembagaan Persekutuan. KEADILAN telah membuktikan representasi mereka di Dewan Rakyat adalah sebuah parti yang diterima secara menyuluruh oleh setiap kaum di Malaysia. Tiada satu parti politik di Malaysia yang dapat menyatukan pelbagai kaum dalam sebuah parti dan mempunyai bilangan Ahli Parlimen yang ramai di dewan Rakyat melainkan KEADILAN.

KEADILAN juga satu-satunya parti yang mempunyai 222 buah organisasi cabang yang lengkap di setiap 222 konstitusi parlimen dan ahli yang lebih daripada 1 juta orang. Jangan kamu bongkak dan sombong untuk menekan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan parti keramat PKR ini, KEADILAN adalah "The Real Grand Coalition" yang telah dibuktikan berjaya diterima setiap lapisan masyarakat. Parti yang membela setiap hak kaum yang ada di bumi Malaysia tanpa menidakkan hak kaum lain dan hak keistimewaan bumiputera yang termaktub dalam perlembagaan persekutuan.

Belum pernah dan tidak akan ada parti politik selain Parti Keadilan Rakyat yang berjaya membawa aspirasi setiap rakyat Malaysia. Parti-parti lain perlu sedar, KEADILAN bukan parti setahun jagung yang perlu mengharapkan ehsan individu yang tidak berparti dan mengaharapkan pemimpin parti yang telah tewas dalam PRN Sabah baru-baru ini. 

Dengan segala kekuatan yang telah ada dan pengalaman yang penuh onak duri, saya yakin dan percaya KEADILAN yang dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh bergerak sendiri sebagai satu "The Grand Coalition" yang sebenar. Menggarapkan segala kekuatan di peringkat akar umbi dan pemimpin parti yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan kaum sudah pasti tiada tempat untuk rakan-rakan sendri menikam sekali lagi.

KEADILAN PARTI MASA DEPAN RAKYAT MALAYSIA!

DANISH HAIRUDIN

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?

Grand Coalition - Siapakah Yang Beruntung?
Oleh: Raja Gelap


Bagaimana jika aku katakan pembentukan Grand Coalition (GC) ini umpama berikan kerusi secara percuma kepada 'parti-parti comel' ini?

Pejuang dan Muda adalah parti yang kecil. Sebab itu aku gelarkan comel. Tetapi bukan sebarang comel. Ini comel yang kejam. Sama macam watak 'Chucky' dalam filem. Namun itu bukanlah halangan untuk bentuk kerjasama.

Yang jadi masalahnya ialah, parti-parti ini tak punya akar umbi pun. Mereka ini bagaikan kiambang. Zahirnya nampak berkembangan tetapi akar tak jejak di dasaran.

Sebab itu mereka mahu bentuk GC ini kerana mereka perlukan akar umbi PH untuk lakukan kerja bagi pihak mereka dalam PRU15 nanti.

Bayangkan kalau mereka masuk ke PRU15 tanpa PH. Siapa nak pasang poster dan bendera? Siapa nak uruskan semua keperluan untuk ceramah? Kempen PRU bukan kecil anak punya kerja!

Kenapa tak masuk PH sahaja?

Itu lagi satu masalah. Kalau mereka masuk PH, mereka terpaksa ikut ketetapan PH. Dan PH telah membuat ketetapan DS Anwar akan mengetuai PH.

Dan itulah yang paling mereka tidak mahu!

Nampak tak jahatnya permainan mereka? Mereka hendakkan kerusi. Mereka hendakkan tenaga kerja PH. Tetapi enggan ikut ketetapan PH. Bahkan mereka mahu jadi kepala!

Yang peliknya ada pula pemimpin PH yang setuju. Entah kenapa kontot sangat akalnya sehingga tak terfikir GC ini lebih banyak buruk dari baiknya.

Dengan GC, PH hanya akan dipergunakan. Senang cerita, PH akan jadi balaci mereka. Buat semua kerja, tetapi kerusi mereka yang dapat.

Itu belum diambil kira lagi sifat tamak ketika pembahagian kerusi nanti. Dah lupa bagaimana tamaknya Bersatu ketika PRU14 dahulu?

Waktu itu Amanah banyak mengalah sehingga ada ahli yang tak puas hati. Itu pengorbanan Amanah untuk jayakan PH. Tetapi takkan kali ini nak jadikan Amanah korban lagi?

Tengok pula bagaimana Bersatu pergunakan BN dan Pas dalam PN. Mereka tiada akar umbi tapi tanpa malu umum hendak tanding banyak kerusi.

Di Terengganu misalnya, kalau ikut kaedah PN, memang BN takkan dapat bertanding langsung walau satu kerusi pun dalam PRU15 nanti.

Jika PH terima pembentukan GC ini, maka nasib PH akan jadi sama seperti BN. Dipergunakan untuk kesenangan parti-parti yang comel ini.

Itu belum cerita kalau dah menang nanti mereka lompat dan ikut PN. Kita dah terkena dengan Bersatu. Takkan tak serik-serik lagi?

Tiada beza antara Pejuang/Muda dan Bersatu. Itu juga acuannya. Dari segi ego, busuk hati dan sifat tamak mereka, memang saling tak tumpah.

Sebab itu aku harap PH tak akan layan langsung GC ini. Sebab tubuhkan GC sama seperti beri kerusi secara percuma kepada parti-parti ini.

PH takkan rugi tanpa mereka. Sebaliknya mereka yang akan mati tanpa PH. Beritahu mereka secara jelas, jika betul mahu perjuangkan rakyat, masuk sahaja mana-mana parti dalam PH.

Atau paling tidak, bawa terus parti mereka masuk PH dan ikut konsensus yang telah dipersetujui. Tak perlu nak tubuh koalisi baru demi untuk jadi ketua.

Tapi baik tak payah. Ada banyak tapi tiada akar umbi pun tak ada guna. Tak percaya cuba tengok nanti. Dalam 4 orang MP Pejuang dan juga Syed Sadiq dari Muda, siapa antara mereka yang boleh menang tanpa bantuan PH?

Aku berani kata paling banyak pun dua kerusi.  Itupun kalau nasib baik. Silap-silap satu kerusi pun takkan dapat. Gigit jari sajalah.

Kalau PH nak ambil sangat parti kecil, baiklah ambil PSM. Kalau dengan PSM, serah kerusi percuma pun tak mengapa. Sebab PSM memang serius berkerja untuk rakyat.

Pejuang & Muda? Cuma perjuangan peribadi.

 
- R a j a G e l a p -