Di manakah logiknya apabila sebuah akuan bersumpah yang telah dibuat oleh Raja Petra Kamarudin suatu masa dahulu, rupa-rupanya hanya berdasarkan cerita orang lain?? Bukankah akuan bersumpah itu adalah pengakuan sendiri, bukan pengakuan bagi pihak orang lain... Fikir-fikirkanlah !!
Saya ulang lagi sekali, akuan bersumpah yang dibuat oleh RPK adalah sebenarnya berdasarkan cerita dari beberapa individu. Apakah sebenarnya akuan bersumpah itu boleh dikutip dari sampah? Boleh diwakil-wakil untuk bersumpah?
Setelah membuat akuan bersumpah pada awal 2009, hari ini RPK secara tiba-tiba mengatakan akuannya mengenai kehadiran Rosmah di tempat Altantuya dibunuh adalah mustahil! RPK sendiri bersumpah kemudian mentertawakan sumpahnya bila menyebut mustahil Rosmah panjat bukit pukul 12 tengah malam.
Saya bagi satu contoh mudah di bawah;
Pagi ini saya didatangi oleh seorang yang saya kenal tetapi tidak begitu rapat. Saya diberitahu oleh si pembawa berita ini bahawa beliau nampak Najib bersama Zainab masuk ke kamar hotel yang sama di sebuah hotel terkemuka di Port Dickson.
Saya pada mulanya agak kurang yakin dengan berita yang disampaikan dan untuk lebih yakin, saya hubungi Anwar untuk bertanya samada perawi itu boleh percaya atau tidak. Akhirnya Anwar memberi lampu hijau untuk langkah seterusnya iaitu membuat satu akuan bersumpah. Saya tidak tunggu lama untuk pergi ke pejabat peguam dan membuat satu akuan bersumpah berdasarkan cerita yang asya dengar pagi tadi.
Logik ke tak logik itu tidak lagi penting... yang penting ia hadir tepat pada masa yang diperlukan.
Adakah untuk menyelamatkan maruah BN di Sarawak, maka segala cerita yang tidak logik hadir tepat pada waktunya. Atau, ada sesuatu yang fishy berlaku di sebalik tindakan U-turn RPK?
Di bawah adalah laporan dari Malaysiakini yang saya petik keseluruhannya untuk bacaan para pengunjung, sebagai back-up sekiranya portal Malaysiakini lumpuh kembali dek serangan pihak terdesak.
RAJA PETRA BUAT U-TURN ?
"Saya tidak pernah menuduh Perdana Menteri atau isterinya terbabit dalam kes pembunuhan kes Altantuya Sharibuu."
Itu pengakuan pengendali lamanweb Malaysia Today Raja Petra Kamarudin dalam temubual eksklusif dengan Pengarang Kumpulan TV3, Ashraf Abdullah di Perth, Australia baru-baru ini.

Sebaliknya, Raja Petra mendakwa, beliau didesak dan dipengaruhi untuk berbuat demikian oleh beberapa individu yang tidak mahu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak mengambil-alih sebagai Perdana Menteri.Berikutan adalah transkrip temubual tersebut yang disiarkan dalam lamanweb TV3.
Raja Petra berkata, akuan bersumpah yang dibuat beliau pada 18 Jun 2008, hanyalah bersandarkan maklumat yang diperolehi daripada beberapa individu ini
Menurut Raja Petra, ramai orang termasuk polis, membuat tuduhan tanpa meneliti akuan bersumpahnya.
Dalam akuan bersumpah itu Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat daripada beberapa individu kononnya isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian ketika Altantuya dibunuh.
RAJA PETRA KAMARUDIN, PENGENDALI BLOG MALAYSIA TODAY
"Di dalam SD saya tadi saya telah bercerita bahawasanya orang ini telah beritahu dan biarlah orang ini yang datang dan bercerita. Dan pihak berkuasa perlu siasat dan panggillah orang ini. Itu yang saya tulis dalam SD. Saya sendiri tidak timbulkan apa-apa tuduhan. Saya tidak kata saya tahu yang isteri timbalan perdana menteri semasa itu ada di tempat kejadian. Saya tidak cakap. Saya tidak buat satu tuduhan seperti berikut. Yang saya kata ada orang yang bercerita tetapi bergantung kepada pihak berkuasalah untuk menyiasat perkara ini lebih lanjut lagi dan untuk orang-orang ini kedepan. Dan saya sebut nama-nama orang ini. Saya sebut semasa siasatan polis."
Raja Petra berkata, beliau menerima maklumat berkenaan, daripada beberapa individu yang mempunyai kaitan dengan beberapa tokoh politik, termasuk Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka ialah Nik Azmi Nik Daud, John Pang dan penulis blog Din Merican.
Menurut Raja Petra seorang pegawai perisik angkatan tentera dikenali sebagai Leftenan Kolonel Azmi Zainal Abidin juga memberi maklumat yang sama.
"Saya tidak terima lagi cerita itu. Sebab saya rasa mungkin mustahil kot. Takkanlah isteri Perdana Menteri nak pergi tempat itu kerana tempat itu kerana kawasan itu tempat hutan dan saya dok fikir dia nak panjat bukit, masuk hutan tengah tengah malam, pukul 12 malam, saya ingat mustahil kot."
Tambah Raja Petera, tujuan mereka ialah untuk memastikan Datuk Seri Najib tidak mengambil alih sebagai Perdana Menteri apabila Tun Abdullah Ahmad Badawi meletakkan jawatan.
Menurutnya dalam pertemuan dengan Nik Azmi, beliau bertanya kenapa beliau didesak untuk membuat akuan bersumpah itu.
"what do you hope to achieve? Dia kata pak lah akan letak jawatan, kalau kita tak block Najib, Najib akan menjadi Perdana Menteri, ganti Pak Lah"
Menurut Raja Petra, beliau kemudian meminta Din Merican untuk mendapatkan pengesahan Datuk Seri Anwar.
"Din Merican pun contact saya balik dia kata dia dah cakap dengan Anwar dan Anwar pun bagi green light. Dia kata ok, orang ini no problem, apa dia cakap kita boleh percaya. Anwar pun kenal baik dengan dia ini dan dia pun biasa jumpa Anwar…leftenan kolonel ini. Dan dia pun banyak bercerita kepada Anwar tentang isu ini…dia kata proceed. Saya pun proceed."
Beliau berkata, kesemua individu ini berjanji akan menjadi saksi sekiranya beliau di dakwa di mahkamah.
Bahagian kedua temubual ini dalam Buletin Utama esok.