Monday, September 7, 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 ?

Tulisan Umum
7 September 2015

Di Mana Logiknya PAS dalam Pakatan Rakyat 2.0 ?

Secara peribadi, saya amat menyokong desakkan Gerakan Harapan Baru (GHB) atau kini dikenali sebagai Parti Amanah Negara (AMANAH) yang mencadangkan supaya komposisi baru Pakatan Rakyat 2.0 tidak disertai oleh parti PAS.

Sampai bilakah harapan rakyat terus dikhianati hanya kerana kerakusan segelintir yang bergelar ulama diberi peluang dan amanat yang akhirnya disia-siakan? Sedangkan pilihanraya umum ke-13 telah mengajar kita erti sebuah pengkhianatan. Apakah kita ingin mengulangi kesilapan yang sama dalam PRU akan datang?

PRU-13 dianggap sebuah peperangan paling sengit merebut demokrasi menyelamatkan negara walaupun di padang yang tidak rata, di antara kuasa dunia terhadap kuasa rakyat. Ketika di suatu pihak penuh dengan kelengkapan insfrastruktur peperangan termasuk hak penyiaran 100%, dan ketika di sebuah pihak lagi bertungkus-lumus bergolok gadai bermodalkan harapan rakyat untuk perubahan. Masihkah kalian lupa bagaimana peperangan ini dimenangkan kepada penyandangnya?

Paling yang kita tidak patut lupa, bagaimana Presideng parti itu sanggup menuduh calon Pakatan Rakyat lain sebagai penjual pil kuda, penyembah karl marx dan pendokong ajaran komunisma, tuduhan bak howitzer yang menembak tanpa sasaran yang mengena. Tuduhan tanpa sebarang bukti ini dilakukan secara terbuka beberapa hari selepas tempoh kempen berjalan hanya kerana ingin menutup kesilapan mengeluarkan watikah yang menyebabkan pertembungan 3 penjuru di beberapa kerusi penting.

Secara langsung dan tidak langsung, tindakkan gopoh Presideng parti ini mengundang krisis kepercayaan terhadap Pakatan Rakyat, pada ketika 'keyakinan dan kepercayaan' itu berada pada tahap keperluan paling optimum sekali. Susuk yang membuat tuduhan tanpa bukti ini bukan ketua cawangan atau yang dipertua kawasan, tetapi presiden parti. Maka sudah pasti ia mempunyai kesan nasional yang menjejaskan keyakinan orang ramai terhadap Pakatan Rakyat.

Bayangkan, sedang persiapan perang berada pada saat paling kritikal, tiba-tiba salah seorang general mengarahkan pengeboman dibeberapa lokasi 'kem askar sendiri' yang akhirnya melibatkan kasualti agak parah. Siapa boleh beri jaminan perkara yang sama tidak akan berulang? Anwar Ibrahim?

Sudah terlalu banyak sebab sebuah parti ini tidak lagi layak untuk diberi peluang lagi untuk bersama. Watak yang dibawa oleh PAS sangat mengecewakan dan amat berlainan sekali hingga tergamak mengakui kemenangan BN (Najib) adalah di atas demokrasi yang adil. Saya pernah mendesak suatu ketika dulu, jika PAS tidak mahu keluar Pakatan Rakyat, maka PKR dan DAP lah yang harus keluar Pakatan Rakyat meninggalkan PAS. Akhirnya PAS boleh tanding di semua kerusi kerana selama ini memang mereka sering akui semua kerusi asalnya mereka yang tanding.

Tidak perlu saya cerita mengenai tuntutan hudud yang akhirnya membawa kepada kehancuran, sedangkan agama mencerca kita membiarkan kekufuran melanda, tetapi jalan kehancuran ini dipilih dari selambak pilihan yang ada. Tidak perlu saya cerita mengenai bah kuning, yang sehingga hari ini masih ada yang tidur dalam khemah.

Tidak perlu saya cerita mengenai hilangnya sifat zuhud selepas tidak sampai sepenggal memegang kuasa, Vellfire, Range Rover, Cheyenne, dengan nombor plat super star. Bila ditanya mengapa pilih kemewahan demikian, mereka jual nama nabi, katanya nabi dulu pilih kuda terbaik untuk berjuang. Masalahnya, mereka ini taraf nabi kah?

Ketika rakyat berkira-kira membeli lauk, duit tak cukup sampai hujung bulan, mereka pula dilihat bermewah-mewahan. Jika mahu bermewah dan meninggalkan sifat zuhud dalam perjuangan, boleh saja dengan syarat buang sahaja nama islam, maka tidak zuhud pun orang tidak berkata apa.

Saya tidak terkejut bilamana DS Anwar bersuara dari penjara mencadangkan Pakatan Rakyat 2.0 disertai oleh PAS. Ini kerana saya sudah selidik bahwa parti oppurtunis ini akan bergesel semula dengan PAS apabila musim pilihanraya menghampiri. Bergesel untuk mendapatkan konsensus supaya tidak berlaku pertembungan tiga penjuru menentang parti pemerintah. Hasrat supaya PAS berada dalam PR 2.0 ini bukan dari Anwar semata, tetapi ianya jelas dari luar penjara.

Hanya perjuangan membebaskan rakyat dari kesengsaraan dan penindasan adalah wadah terbaik untuk diangkat bersama. Sasaran paling tepat ialah perubahan sistem dan polisi tanahair.

Apakah hanya kerana mereka mengaku berjuang atas nama islam, dan nama partinya pun islam, maka kita harus biarkan diri kita dicandu dan terus mempercayai mereka? Wahai teman, pengalaman banyak mengajar kita, betapa dalam politik rakus mempertahankan kuasa ini apa saja boleh dijual.

Ingin sahaja saya imbas semula pengalaman dalam PRU-13 lalu untuk dijadikan pedoman demi PRU akan datang, melihat bagaimana Mat Sabu yang juga Timbalan Presiden PAS ketika itu dikalahkan oleh sabotaj dalaman. Begitu juga dengan Dr Dzulkifli Ahmad dan beberapa lagi heavy weight PAS yang sengaja dibiarkan kalah demi kepentingan tertentu yang saya faham - menyekat golongan progressif PAS.

Bayangkan, sesama jemaah dalam PAS yang ketika itu berperang dengan UMNO pun mereka boleh lakukan khianat. Inikan pula sesama Pakatan Rakyat. Saya percaya andai PAS berada dalam PR 2.0 dan walaupun setelah bersetuju konsep satu lawan satu, mereka tergamak memberitahu ahli mereka agar kalahkan semua calon AMANAH, calon PKR dan DAP dalam PRU akan datang, akhirnya presideng mereka menjadi ketua pembangkang dan termasuklah menjadi pembangkang juga di Kelantan dan Selangor.

Malah lebih parah jika PAS ditakdirkan memperolehi jumlah kerusi yang menjadi kuasa penentu sesebuah kerajaan, tidak mustahil kuasa tersebut akan dibenarkan menyebelahi regim penindas, kerana kita tahu betapa bencinya PAS terhadap DAP (hanya kerana prestasi DAP terhadap rakyat jauh lebih baik termasuklah soal penyediaan rumah mangsa banjir di Kelantan)

Masihkah kalian mahu 'mereka' berada dalam Pakatan Rakyat 2.0? Padahal penubuhan Pakatan Rakyat 2.0 itu adalah kerana kerakusan 'mereka' sendiri. Di mana logiknya?

Sekian

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger

2 comments:

Anonymous said...

Kitakena fikrah diri .kenapa pan takut pada PAS kan pembangkang melawan sebagai mengikut seraat Islam. Tapi pan benar untuk meyesih pas kerana dap. Sayang kepandayan pan tercabar sebab kekalahan dalam Kelurga sendiri. Pan ni tak sanggup beristakamah . tak dapat kuasa dalam pati lompat. Yang jadi mangsa atas pagar. Kita kena wala bukan nya pembangkang memerantah. Bukan senang nak melawan pati pemerantah .tengok maharaja yang telah mengaku .salah guna kuasa keatas RM. Masih tidak bolih diturunkan. Di gunakan semua kementerian. Dekat Malaysia ni orang Kelantan ajer sanggup mati. Dari itu pendapat kita pan kena beristakamah tak aper ler PAS sendirian. Pan & Dap and Pkr. Sambil tu pan kena bagi usrah kat dap tentang Islam . selesai masaalah.

IBU TIJA said...

Syukur alhamdulillah saya ucapkan kepada ALLAH karna atas kehendaknya melalui MBAH RAWA GUMPALA saya sekaran sudah bisa buka toko sendiri dan bahkan saya berencana ingin membangun hotel dan itu semua berkat bantuan MBAH RAWA GUMPALA,saya tidak pernah menyanka kalau saya sudah bisa sesukses ini,atas bantuan MBAH RAWA GUMPALA yang telah memberikan nomor selama 3x putaran dan alhamdulillah itu semuanya tembus bahkan beliau juga membantu saya dengan dana ghaib dan itu juga benar benar terbukti,MBAH RAWA GUMPALA juga menawarkan minyak penarik kepada saya dan katanya minyak ini bisa digunakan untuk berbagai jenis keperluan dan baru kali ini saya temukan paranormal yang bisa dipercaya,,bagi teman teman yang ingin dibantu untuk dikasi nomor yang benar benar terbukti tembus atau dana ghaib dan kepengen ingin membeli minyak penarik silahkan hubungi MBAH RAWA GUMPALA di 085316106111 ini benar benar terbukti nyata karna saya sendiri yang sudah membuktikannya. BUKA BLOG MBAH RAWA GUMPALA

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan