Kenyataan Media
24 September 2014
Tindakan Kejam DBKL Undang Respon Negetif Pengguna Media Sosial
Telah tersebar secara meluas di laman sosial, sebuah klip footage berdurasi hampir 3 minit yang menunjukkan bagaimana kejamnya pendekatan penguasa DBKL ketika menjalankan tugas. Klip tersebut memperlihatkan penguasa DBKL merampas barang peniaga untuk tujuan disita hingga menimbulkan pergelutan antara penguasa dan orang awam.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) memandang serius cara yang sangat tidak beretika pihak DBKL menangani peniaga kecilan yang juga merupakan rakyat tempatan. Apakah DBKL tidak mempunyai perasaan dan hati perut?
Harus diingat, rakyat Malaysia ketika ini menghadapi kemelut kewangan yang parah. Fakta menunjukkan nisbah hutang isi rumah telah mencecah 854 bilion bersamaan 86.8% Keluaran dalam Negara Kasar (KDNK). Hampir 80% rakyat Malaysia tidak mampu menyimpan (saving) di atas kesempitan hidup dengan kenaikan harga barang/perkhidmatan yang tidak terkawal.
Justeru, berniaga secara kecil-kecilan menjadi trend rakyat Malaysia untuk menampung keperluan bulanan selain kerja tetap. Dalam masa sama, peluang untuk mendapat ruang perniagaan telah dimonopoli oleh golongan tertentu termasuklah warga asing. Ini yang berlaku dalam negara dan ia tidak dapat dikawal.
Sebagai contoh, wujud pasar kemboja, pasar vietnam di merata ceruk. Pusat perniagaan Chow Kit pula telah dikuasai warga asing manakala pusat perniagaan barang tiruan terbesar negara iaitu Petaling Street telah diiktiraf sejak sekian lama. Malah, Petaling Street dibangunkan dengan bumbung dan pintu gerbang yang menelan perbelanjaan besar serta mendapat layanan istimewa dari penguasa.
Mengapa wujud perbezaan layanan seperti ini? Apakah kerana rakyat tempatan yang baru hendak mulakan perniagaan tidak mampu membayar 'wang perlindungan' maka perniagaan halal mereka diberkas?
Persoalan ini turut diluahkan oleh ramai pengguna laman sosial yang telah menonton klip tersebut. Orang ramai berpendapat DBKL tidak berani mengambil tindakan terhadap warga asing yang berniaga di merata tempat tetapi bertindak kasar dengan warga tempatan. Ini bukan kes pertama DBKL bertindak buas dan tidak berperi kemanusiaan, banyak lagi gerai rakyat tempatan diroboh penguasa DBKL telah dilaporkan.
SAMM memberi amaran kepada DBKL supaya tidak menguji kesabaran rakyat. Janganlah bertindak seperti zionis terhadap rakyat sendiri, malah zionis Israel tidak pernah menindas rakyatnya sendiri.
SAMM juga mencadangkan supaya diwujudkan mekanisma pengeluaran permit 'on the spot' kepada peniaga tempatan, dengan syarat-syarat tertentu seperti tahap kebersihan jualan (jika berbentuk hidangan) dan persekitaran.
Pokoknya, soal peniaga kecilan ini wajar diselesaikan cara yang berhemah dan tiada keperluan untuk bertindak kasar khususnya terhadap warga tempatan.
"Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan"
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
7 comments:
Pirraaaah SAMM!...cakap je banyak tapi habuk pun tarak!! Tak pe..asalkan orang melayu umno memerintah...bukan cina!! PRU 14 undilah mereka lagi!! Hidup melayu!!!
Bodolaa ano 5.08. Sapa yg nk tolong melayu yg tekan balik melayu? Dbkl hanya berani pd peniaga kecil je.. dan oleh kerana ramai anggota p.kuasa melayu jd mereka ingat senang nk tekan melayu balik. Bkn isu kaum tp aku tgk org bngsa lain x dikacaunya.. time operasi boleh la ... nnt di doa kan mangsa2.. matilah org yg pedajal semua penjaja ni..kami cr rezeki halal. Bkn mencuri. Bukan jual dadah pun..
Kalau holorq ongkos bisa dibereskan pak. Itu slogan DBKL kalau tak silap.
Hahaha...DBKL.. 1). Dubur Bontot Koi Libas
2). Duit Bagi Kalo nk Lepas
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Kaya. Sesiapa yang menganiaya saudaranya sendiri, tunggulah bala dan laknat Allah SWT kepadanya. Semua makhluk nak hidup, bukannya ko sorang je nak hidup. Ko dah tentunya ade gaji bulan, peniaga ape lagi yang nak diharapkan? Nak tunggu rezeki datang menggolek? Sial punya DBKL. Tauke rumah urut tak pulak nak ajak bertinju. Penakut sial, babi!!!!!
Anonymous Anonymous said...
Pirraaaah SAMM!...cakap je banyak tapi habuk pun tarak!! Tak pe..asalkan orang melayu umno memerintah...bukan cina!! PRU 14 undilah mereka lagi!! Hidup melayu!!!
September 24, 2014 at 5:08 PM
Ini kenyataan bangang dari mulut ultra melayu.. Bodoh punya statement.. Yang tgh rampas akak melayu nya kedai itu Cina? MP KL Cina DAP?
Anon 24 September 2014 at 5.08 pm..adalah anak kambing lahir drp buntut umporno..tu yg bahlol tahap anjing je tu?
biasalah DBKL- Asswipe byk kat dlm tu?
peniaga kecik aje yg dibalun...yg besaq-besaq ada ke dia kacau? biasalah tu adat resam dunia..undang-undang pilih bulu...tunggu 1malaya jadi padang jarak padang tekukur je yg bagus...KITA TUNGGU..agak-agak jadi cam SODOM & GOMORAH LA KOT?
Post a Comment