Friday, April 25, 2014

Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Laporan Umum
25 April 2014

Terdesak dan Panik Kehilangan Jawatan, Taktik Kotor Mula Menjadi Senjata Kempen

Empayar yang cuba dibina sejak sekian lama kini menemui jalan buntu apabila sokongan yang hadir pada Pemilihan PKR 2014 tidak seperti yang diharapkan. Elitis yang menguasai jawatan-jawatan utama parti kini berdepan penyingkiran dan bakal diganti demi masa depan bersama.


Lantas kedudukan terdesak empayar ini telah memaksa butang panik ditekan 48 jam menjelang sepak mula pemilihan parti apabila muncul akaun media sosial palsu bagi tujuan penyamaran dan taktik keji. Modus operandi ini pernah digunakan dalam pemilihan 2010 dan tidak mustahil ia dilaksanakan semula oleh kumpulan yang sama.

Diasak hebat dari segenap sudut hingga empayar mula berpecah dan ditinggalkan oleh muka lama dan baru, maka permainan kotor menjadi pilihan untuk dimulakan. Sebuah akaun twitter di atas nama @MasaDepanBsama telah dicipta bagi tujuan propaganda jahat, dengan sengaja menuduh Azmin Ali terlibat dalam satu skandal seks. Tohmahan tersebut seolah-olah hadir dari kem Datuk Saifuddin, YB Izzah dan YB Rafizi, yang juga membentuk pasukan utuh dengan tagline 'Masa Depan Bersama'.


Ini suatu fitnah yang disusun. Penafian telah segera diumumkan sendiri oleh YB Izzah dan Rafizi. Malah taktik kotor ini dikutuk oleh seluruh ahli dan pendokong parti. Diharapkan juga semua pihak khususnya media berperanan melaporkan perkara sebenar dengan jelas dan tanpa prejudis.


Tidak menolak kemungkinan, Pemilihan 2014 mula dicemar selepas wang ringgit dan 'makan hotel' tidak mampu membeli jiwa ahli-ahli parti keadilan yang layak mengundi. Barangkali mereka lupa bahawa parti ini jauh lebih baik dari parti rasuah Umno dan yang sewaktu dengannya.

Bagi kumpulan yang berdepan 'empayar' ini, tahniah diucapkan kerana mengamalkan pertembungan secara sihat. Yakin dan percaya bahawa kita tidak perlu 'modal' dan taktik kotor sebegini untuk bersaing dalam pemilihan keadilan, kerana kita jauh lebih baik dari gerombolan yang amalkan politik kelucahan.


Sekian

Edy Noor Reduan
Pemerhati Tidak Rasmi
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Untuk makluman penjelasan lanjut dan perkembangan kempen terkini, sila ke laman sosial berikut -  https://www.facebook.com/pages/Saif4TP/694137790627599

2 comments:

Anonymous said...

hahahahahahahahaha....psyop semua ni...taktik merayu ehsan jer....

Anonymous said...

Hangpa pilih Azmin seropa macam pilih umno sebab benihnya sama.