Tuesday, April 8, 2014

KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI

KENYATAAN MEDIA | 8 APRIL 2014


KATA DUA BUAT PEMERINTAH: TANGGUH GST ATAU HADAPI PROTES GERGASI 1 MEI

SAMM telah membuat ketetapan menubuhkan Sekretariat GST dengan objetif menjalin kerjasama dengan agensi-agensi perlaksanaan GST tapi agensi-agensi kerajaan gagal untuk menjawab surat permohonan kami. Namun dengan inisiatif sendiri SAMM mengadakan pertemuan dengan pelbagai pihak untuk melihat sejauh mana keperluan perlaksanaan GST.

Setelah beberapa siri bengkel kajian mengenai GST dijalankan dan di atas perbincangan panjang, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) tanpa berselindung tidak menolak perlaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST) dalam memastikan kelangsungan ekonomi dan pembangunan negara. Namun SAMM juga sebulat suara bersetuju bahawa ketika ini Malaysia belum bersedia di atas banyak faktor, antaranya;

·         Ketirisan melampau dalam pentadbiran Negara yang menyebabkan pembaziran harus diatasi terlebih dahulu. Laporan audit setiap tahun menjadi rujukan pelbagai kepincangan yang merugikan negara selain pendedahan pelbagai skandal rasuah yang berakhir tanpa tindakan tegas.

·         Perlaksanaan GST yang tergesa-gesa tanpa menyediakan asas yang kukuh terhadap aspek pendapatan rakyat yang masih lagi tidak meningkat atau berpendapatan tinggi hanya akan menambahkan bebanan dalam kehidupan seharian rakyat Malaysia dikala ketidaktentuan harga barang dan kos sara hidup yang semakin meningkat tahun demi tahun.

Lebih dikhuatiri, jika cukai barangan dan perkhidmatan GST ini dimulakan dengan 6% pada tahun 2015, SAMM menjangkakan pada tahun 2016 kadar GST akan melonjak pada kadar 8%. Justeru, SAMM percaya dengan kos sara hidup yang melonjak selepas PRU13 lalu

Perkembangan terkini juga menunjukkan dewan rakyat telah melulus perlaksanaan GST dengan sokongan semua ahli parlimen Barisan Nasional, ternyata wakil rakyat yang menyokong GST ini adalah di atas kepentingan tertentu, bukan atas kepentingan rakyat. Ini sekaligus tidak memberikan rakyat pilihan lain, selain memilih jalanraya untuk meluahkan protes bantahan setelah dewan rakyat tidak membantu.

Maka sebagai kumpulan anak muda yang pertahankan rakyat, SAMM memberi kata dua kepada kerajaan Malaysia supaya segera umum penangguhan perlaksanaan GST, atau bakal berdepan lautan rakyat dalam satu demonstrasi gergasi pada 1 Mei 2014.

Sesungguhnya kesabaran rakyat kini amat nipis sekali, rasa hormat terhadap pemerintah sudah tiada lagi memandangkan rakyat tidak pernah dihormati malah hak demokrasinya ditipu demi regim mengekalkan kuasa. Kali ini, wang poket pula ingin dicuri sehabisnya, pasti perlawanan akan berbeza.

Sekian.

Mohd Faizal AB Rahman

Penyelaras Kebangsaan

Sekretariat GST SAMM

1 comment:

Alias Dasuki said...

Saya syorkan agar PAKATAN membuat ketetapan untuk menghapuskan GST sebagai manifesto pentingnya di PRU 14 nanti.GST bukan saja akan menyusahkan Melayu, tapi juga akan membantutkan kemajuan Melayu dan membankrapkan mereka lebih-lebih orang kampong. Orang Melayu yg telah sedia tertekan dengan kos sara hidup yg kian melompat akan terus terbeban dengan GST. Harapan mereka untuk mengecap kesenangan melalui pendidikan anak-anak yg menampakkan harapan diasrama-asrama akan berdepan dengan GST beberapa peringkat apabila anak mereka merengek tambahan belanja. GST dihadapi ayah terhadap tambang bas pergi balik dari kampong kebandar dan buat mengirim dana yg ditagih anak. Anak pula terpaksa menanggung GST buat tambang bas pergi balik dari asrama kepekan dan mungkin juga terhadap perkhidmatan berkait dengan menerima kiriman tersebut. Ayah dan anak terbeban dengan beberapa lapisan GST. Orang-orang Melayu juga dihantui oleh masalah harta pusaka yang tidak dipindah-milik bergenerasi. Walau pun soal pengagihan diantara waris menjadi punca masalah, saya kira masalah mengeluarkan belanja untuk membereskan tukar nama merupakan perkara yg besar. GST sebaliknya akan memburukkan keadaan. Bayaran GST 6% akan menekan banyak harta Melayu terpaksa dijual. Pelupusan harta secara demikian akan mem bankrapkan orang Melayu. Wang jualan tidak akan menyelesaikan masalah waris yg menjual harta tersebut kerana wang akan habis dengan pantas lanjutan tiada lagi harta tempat bertapak. Dibandar pula, kami yang baru hendak berjinak-jinak dengan bermain saham dibursa dalam usaha meraih pendapatan sampingan dalam usaha mengelak riba akan terpaksa menutup tirai kerana tiada kemungkinan kami boleh untung setelah dikenakan GST 12% buat belian dan jualan. Kami pun menghadapi masa depan yang gelap kerana wang kami tidak akan menjana pendapatan selain dari hibah yang sekelumit yang mampu dibayar oleh institusi kewangan yang kononnya bercirikan Islam. Disamping itu, orang Kampong Baru pun akan kempunan untuk menjadi orang kaya baru kerana sejumlah besar dari laba yang dijanjikan melalui Pembangunan Kg Baru yang dijaja oleh Kerajaan BN itu telah secara senyap-senyap diperuntukkan untuk disalurkan balik kpd Kerajaan melalui GST buat menyelamatkan keborosan mereka selama ini.