Sunday, October 20, 2013

Sembelih Korban di Sekolah

Maaflah mungkin ulasan aku ini ramai yg mungkin kurang senang. Aku kurang setuju ibadat korban (sembelih korban) dilakukan dalam perkarangan sekolah... Kita umat islam faham, tapi penganut agama lain bukan semuanya faham lebih2 lagi melibatkan kawasan sekolah, ia agak sensitif (bukan sekadar soal agama semata).

Aku juga dah dengar perbualan Saravan dgn guru besar skolah tu, memang Saravan membuat teguran dengan cara yang sangat provokativ dan boleh menimbulkan racial/religion tension! Sepatutnya dia lebih cool sbb dia ada point, x perlu provoke pun. Dari perbualan tu kita boleh agak ia akan burukkan keadaan jika di'viral', dan kini sudahpun viral. Kesannya, kebencian melampau!

Dalam masa sama, aku setuju dengan banyak pendapat betapa TOLERANSI itu penting sebagaimana kita bertoleransi dalam ritual agama lain, contohnya perarakan cina mati, india mati, thaipusam, pecah kelapa dan pelbagai ritual lain lagi yang berlangsung di tempat awam.

Kalau setiap slot ini boleh saling bertoleransi, patutnya isu sembelih korban juga tidak menjadi satu perkara yang besar. Cuma kena lihat balik, check n balance, kewajaran ibadat ini dilakukan di sekolah - apakah perlu dinotiskan supaya ibubapa non-muslim ini lebih faham? open verdict.

Tapi, persoalan kenapa 'agama islam dapat peruntukkan' tidak seperti agama lain, kenapa islam boleh agama lain x boleh, cukuplah kalau dijawab - kerana islam agama rasmi negara ini. Mereka yang non-muslim wajar fahami konsep adil. Adil bukan semestinya bermaksud sama-rata.

Kita sebagai umat islam juga perlu faham bagaimana melaksanakan keadilan yang dituntut. Janganlah kerana ini negara rasminya Islam, maka kita boleh buat sesuka hati tanpa ambil kira sensitiviti. 

Janganlah pulak kita bandingkan 'kalau negara lain x bagi ruang untuk kebebasan agama khususnya kpd umat Islam', atau 'kalau di negara india jgn harap Islam dapat buat ibadat itu dan ini'... Kalau kita pun nak sekat sebagaimana negara luar tu, kita pun sama spt mereka sdgkan agama kita tak ajar macam tu pun.

Aku bukanlah pandai sgt bab agama, tapi aku yakin kalau orang islam tunjukkan contoh yang baik khususnya sebagai pemerintah yang adil, Islam akan lebih dihormati dan disenangi, itu lebih penting. Aku yakin Allah pelihara keadilan dan segala yang pincang dalam perlaksanaan itu adalah ujianNya.

Sekadar pendapat, 
Edyes

8 comments:

manjitra009 said...

Isu Saravanan ini merupakan suatu yang dengaja dicipta, atau lebih tepat dilakonkan entah atas tujuan apa aku tak tau. Cuba anda dengar perbualan tersebut dan kaji daripada beberapa sudut. Pemanggil buat panggilan dari luar negara (kononnya) ; kenapa dari awal lagi dah bagitau dia dari luar negara ? Kenapa ada foto pemanggil ? Kenapa suara amat jelas ?

Anonymous said...

Usah dipersoalkan oleh saravanan itu , dia tidak faham kenapa kita buat korban,yang kita patut tanya adakah semua orang melayu khasnya (Samada mereka Islam atau tidak ) telah diberi faham kana oleh tok-tok ulama yang makan gaji kenapa dan bila dan dimana korban itu sepatutnya dilakukan. Sama lah juga dengan issue pengunaan Kalimah Allah , adakah sudah diberi fahamkan oleh para alim ulama kerajaan tentang kekuatan aqidah orang melayu Islam khasnya disamping penjelasan syumulnya Islam kepada semua makhluk dimuka bumi Allah ini.

Anonymous said...

klu macam tu pendapat saravanan, saya syorkan perarakan Thaipusam n pecah kelapa juga x boleh di benarkan di tempat awam.Jadi die kena paham berkenaan toleransi agama tanpa mengambil kira fahaman politik...

Anonymous said...

Agama membolehkan, tapi kesian kat budak2 sekolah. Ada murid yang menangis tak henti2 sebab kucing hilang, arnab meninggal, ayam dilanggar lori. Inikan pulak melihat darah mengalir keluar dengan banyak, ditambah lagi dengan dengusan lembu/kerbau atau embekan kambing yang hampir2 nak mati. Budak2 mudah jadi trauma. Kalau bebudak dah balik rumah tu tak apa lah sangat.

Anonymous said...

Kalau tak faham hal ehwal agama islam lebih baik jangan beri pendapat.hal ehwal islam bukan ikut pandangan kita.tp dari quran dan hadis

Anonymous said...

Kalau tak faham hal ehwal agama islam lebih baik jangan beri pendapat.hal ehwal islam bukan ikut pandangan kita.tp dari quran dan hadis............setuju tu....

Anonymous said...

edyesdotcom.blogspot.com TAKE NOTE :Kalau tak faham hal ehwal agama islam lebih baik jangan beri pendapat.hal ehwal islam bukan ikut pandangan kita.tp dari quran dan hadis............setuju tu....

Anonymous said...

Maaf ya, oleh kerana saudara nampaknya amat ariff dalam perspektif agama dan sunnah, sila berikan ayat ayat spesifik dalam Quran yang membolehkan Sekolah dijadikan tempat penyembelihan. Spesifik ya....jangan tokok Tambah...