Monday, April 22, 2013

Video Penjelasan DSAI - Ternyata Pemuda PAS P.Pinang Langgar Arahan Pimpinan PAS Pusat





Rasanya ucapan dari Datuk Seri Anwar Ibrahim cukup menjelaskan situasi sebenar yang berlaku pada pagi hari pencalonan, sebagaimana Pemuda PAS P.Pinang telah melanggar arahan pucuk kepimpinan PAS.

Saya  telah menulis pada malam 20 April 2013, pengamatan saya tentang N21 Sg Acheh. Walaupun saya bias, tetapi tidak salah saya melaporkan apa yang sebenarnya berlaku...

Peristiwa 20 April: Di Sebalik Pencalonan N21 Sg Acheh
Assalamualaikum WBT,
Hari ini tanggal 20 April 2013, adalah hari penting dan banyak peristiwa yang berlaku di seluruh negara. Sg Acheh tidak terlepas untuk menjadi satu lembaran sejarah dalam pertembungan pilihanraya umum ke 13. Kesempatan ini dipaparkan untuk tatapan umum, apa yang berlaku ketika penamaan calon di dewan Jawi, N.Tebal.
Sepengetahuan umum, che’GuBard telah diamanahkan mewakili PKR untuk DUN N21 Sg Acheh walaupun timbul pertindihan. Telah diputuskan oleh Majlis Presiden yang diwakili oleh Dr Wan Azizah, TG Haji Hadi dan Lim Kit Siang dalam perbincangan terakhir bahawa PKR dipilih mewakili PR di Sg Acheh. Mustafa Ali juga telah bagi jaminan 1 lawan 1 susulan daripada perbincangan tersebut.
Ternyata che’GuBard adalah satu-satunya calon PR yang direstu untuk N21 Sg Acheh. Namun akhirnya Pemuda PAS P.Pinang langgar arahan pusat untuk turut bertanding. Ini langsung tidak dijangka kerna memikirkan masalah pertindihan telah pun selesai.
Harus semua imbas kembali, ketika banyak kerusi pada PRU lalu yang tidak berani ditandingi oleh PAS (termasuklah Sg Acheh), PKR tawar diri untuk lawan Umno pada 2008 bagi tidak membenarkan Umno menang percuma… Kini bila dapat sedikit kekuatan, habis kawan sendiri pun dilanggar!
Malah pagi ini cheGuBard dengan sengaja dihalang masuk oleh rantaian unit amal dan pemuda PAS. Beliau juga cuba dipukul dan anak isterinya ditolak oleh pemuda pas di depan pusat penamaan dalam usaha tekanan dan halangan untuk che’GuBard hantar borang pencalonan. Ramai saksi yang melihat kejadian ini. Mungkin kalau ia dilakukan oleh Umno, kita tidak beri peluang dan akan bergasak… Namun bila dilakukan oleh rakan sendiri, suasana keliru menyelubungi.
Ketika che’GuBard berada di dalam dewan pencalonan, timbul berita mengatakan chegubard bertanding sebagai calon bebas, dan juga kononnya che’GuBard tarik diri. Ini rentetan serangan psywar yang dilancarkan sejak awal yang mempersoal IC chegubard dan asal usul che’GuBard. Ini taktik kotor untuk memburukkan reputasi che’GuBard, cuba memperlihatkan kedudukan che’GuBard tidak tetap pendirian sedangkan ia tidak berlaku sedemikian. Ini juga bukan caranya…
Kawasan Sungai Acheh dalam Parlimen N.Tebal bukan asing bagi che’GuBard. Rumah kedua che’GuBard di N.Tebal, ia merupakan kampung mertua che’GuBard. Jaringan keluarga besar isteri banyak mengakibatkan che’GuBard terlibat dalam banyak aktiviti parti dan masyarakat di N.Tebal sejak awal lagi khususnya Sg. Acheh. Bapa mertua merupakan pengasas Parti Keadilan Nasional N.Tebal. Melalui perbagai aktiviti che’GuBard punya ramai juga kenalan di sini. Pada tahun 2002 pernah sehingga ditahan polis di Sungai Acheh kerana menjalankan aktiviti parti.
Dalam pertembungan 3 penjuru yang turut melibatkan 2 komponen Pakatan Rakyat, Chegubard memilih politik polisi sebagai pendekatan untuk menangi hati pengundi. Pembentangan polisi arah tuju Sg Acheh menjadi keutamaan che’GuBard. Justeru, satu wacana debat juga telah disusun dan semua calon N21 Sg Acheh telah dijemput secara rasmi untuk debat yang dijadualkan 28 April, 9 malam di JDM Permatang Tok Mahat.
InshaAllah, sokongan besar akan diberi kepada che’GuBard yang menjadi calon pilihan. che’GuBard adalah pakej terbaik untuk Sg Acheh dan P.Pinang. Apa yang ditawarkan oleh che’GuBard adalah terbaik untuk memastikan perubahan di P.Pinang khususnya di Sg Acheh.
Harus diingat, antara sebab utama kejatuhan empayar Uthmaniah ialah hilangnya perasaan kasih sayang sesama muslim dek godaan pangkat, harta dan dunia. Kepada penyokong, janganlah diperangi sahabat di sebelah sana, kita santuni mereka dengan penuh hikmah. InshaAllah ada ganjaran menanti pejuang kebenaran.
Kita merancang, Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang.
Sekian pengamatan saya 20 April 2013…
Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Solidariti Anak Muda Malaysia



7 comments:

GEBU said...

Sepatutnya PAS yang berteraskan Islam tidak seharusnya punya sikap yang begini...melanggar keputusan kepimpinan tertinggi.
Harap mereka yang sudah tersilap langkah dalam PAS tentang calun Sg. Acheh, perlu memohon kemaafan dan pastikan supaya kita menghayati matlamat perjuangan PR.
Tidak perlu kita jadi pemimpin dalam perjuangan kalau kita tidak punya keikhlasan dan kejujuran.
Syabas! kepada DSAI dan kepimpinan PR yang telah dapat menyelesaikan isu ini. You people deserve to lead Malaysia selepas PRU13.

MDS TECH SOLUTIONS said...

Walaupun aku ahli pas.. tapi aku malu pemuda pas buat lagu nih..

Anonymous said...

Salam, aku pun ahli PAS, aku tak setuju timdakan pemuda PAS P.Pinang. Aku seru semua ahli PAS beri sokongan padu kepada Che'Gu Bard seperti yg diarahkan oleh pucuk pimpinan.

zmy setiawangsa said...

AKU TAK MAHU SENTUH SOAL PERTINDIHAN CALON,,,, tapi nak berkongsi pandangan mengenai pakatan rakyat,,, kususnya pemimpin2 tertinggi PR,,, DAN CARA MEREKA MENYELESAI SATU2 PERMASAALHAN,, begitu beradab serta bijaksana ,,,,terserlah kemampuan pemimpin ini menghadapi permasaalahan yang menhantui penyokong2 PR,,,, ini lah para pemimpin yang harus kita ber teduh dibawah bayang mereka,,,, kepada penyokong PR,,,, saya amat yakin undi anda untuk PR,, tidak sia sia,,,, ini kalilah.

Anonymous said...

Pi la mabuk orang PKR Tak boleh pakai... Cawangan tak de...harap orang pas je... calon nak , kerja malas....Hidup Be End.

Anonymous said...

Dlm pemuda PAS p. Pinang anak beberapa org bisnes man yg cuba cari makan melalui jawatan yusni mat piah. Depa blanja byk duit dan harap2 sgt yusni jd calon. Last2 pimpinan bg tempat tu kt PKR.

Depa ni pun jaja bhw PKR curi kawasan PAS. Golongan musang bbulu ayam ni suka dok ronda pi kawasan2 seluruh P.Pinang tmpat pemuda2 PAS rajin lepak. Bg depa ni apa sj keputusan pimpinan tak penting, yg penting duit poket depa.

Bila sampai tahap ganggu anak isteri org ni, mmg layak tampaq dahi sj.

Malaysiabaru said...

Salam

two words

1. Geng Penang dah ikut style gengster Geng Ganu

2 Dah Jadi trend haram vabi pemuda PAS macam pemuda UMNO perangai sebab ketua pemuda pun kepala perpaduang .. UNIT AMAL bakal bertukar jadi MAFIA perkasa

Layak ker HADI jadi Presiden PAS lagi ... dulu pernah kata Paklah tak imamkan jenazah ibu sendiri ... AJARAN SESAT (PAS) mana yang ko belajar ni ... dengan AYOH PIN besut ker?

alluwalam bisawat