Friday, December 10, 2010

Pecah Berita : Harga Tiket Semi-Final MALAYSIA Lwn VIETNAM Semurah RM 2 !!


BUKIT JALIL: Peminat pasukan kebangsaan akan mendapat faedah terbaik apabila tiket dijangkakan akan dijual semurah RM2 untuk tempat duduk biasa manakala RM5 untuk tempat duduk grandstand. 

Pengumuman baik yang akan dibuat sedikit masa lagi akan menyaksikan puluhan ribu peminat bolasepak dari seluruh pelusuk lembah kelang akan membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil bagi memberi sokongan padu yang tidak berbelah bahagi. 

Kejayaan pasukan kebangsaan meneruskan kemaraan pada kejohanan bola sepak terunggul di Asia Tenggara itu, amat bermakna dan kini peminat mengharapkan langkah skuad kebangsaan mampu lebih jauh, apabila berdepan juara bertahan, Vietnam pada perlawanan separuh akhir secara timbal balas pada 15 Disember(Rabu) dan 18 Disember di Vietnam.

Tiket akan mula dijual pada hari Selasa dan hari perlawanan di kaunter jualan Stadium Nasional Bukit Jalil bermula jam 10pagi. Harga-harga tiket yang di atas adalah bagi orang dewasa manakala untuk kanak-kanak bawah 12 tahun pula dibenarkan masuk percuma.

Ayuh datang beramai-ramai memenuhkan Stadium Nasional Bukit Jalil dengan harga tiket yang telah diberi 'diskaun' secukupnya. Penyokong pasukan negara disaran untuk mengenakan baju kuning (BERSIH). - BHamsiau


EDYES wrote:

Berita di atas adalah rekaan semata-mata bagi membuka minda - adakah keuntungan menjadi kepentingan dalam bolasepak negara?

Siapa di antara kita yang sanggup mengatakan kita layak ke Separuh Akhir dengan bantuan nasib, ketika Thailand mendahului Indonesia, bagaimanakah perasaana anda ketika menonton siaran langsung ketika itu? Pasti mengharapkan nasib dan keajaiban berlaku untuk pasukan negara layak buat edisi 2010 bagi meneruskan rentetan kecemerlangan pingat emas sukan SEA Laos tahun lalu.

Jadi, sekiranya pasukan kebangsaan tidak layak, mampukah mana-mana badan bertanggungjawab memperolehi sebarang untung, hasil dari penjualan tiket separuh akhir Rabu ini?

Apa salahnya FAM meraikan rakyat Malaysia, penyokong tegar pasukan kebangsaan yang tidak henti-henti memberikan sokongan dan harapan kepada pasukan demi pasukan yang diterbitkan FAM. Ini adalah saatnya yang terbaik untuk kita maju selangkah lagi kerana walaupun kita tidak mempunyai kesebelasan utama, kita telah berjaya ke pentas separuh akhir.

Raikanlah penyokong Malaysia, ini bukan soal keuntungan tetapi ibaratkanlah hanya mengambil kos pengurusan di malam perlawanan Malaysia menentang Vietnam. Sekiranya pasukan kita layak ke perlawanan Akhir, pasti ada satu lagi perlawanan yang melibatkan Stadium Nasional Bukit Jalil. Ketika itu, letaklah berapa harga tiketnya, kerana kali ini pasukan negara layak dengan kekuatan sendiri!

Perlawanan peringkat AFF Piala Suzuki ini melibatkan negara bersama maruahnya. Jika perlawanan akhir Negeri Sembilan menentang Kelantan dijual dengan harga RM30, kita akur kerana ia melibatkan kantung pasukan negeri dan melibatkan perniagaan serba profesional. Tetapi separuh akhir Piala Suzuki adalah di antara maruah dua negara, janganlah pula keuntungan itu dikejar-kejar kerana seperti yang dimaklumkan, kita layak ke separuh akhir di atas faktor nasib.

Justeru itu, FAM seharusnya wajar mempertimbangkan sebaiknya untuk meletakkan harga tiket seminima mungkin. Ini bukan masanya untuk menjaga prestige semata-mata sepertimana alasan ketika Piala Malaysia tempoh hari. Bukan kita minta untuk masuk secara percuma, cuma mohon dipertimbangkan untuk harga tiket paling minima.

Pastinya Stadium Nasional Bukit Jalil akan dipenuhi penyokong kebangsaan dengan tawaran terbaik dari FAM lantas ia mengembalikan kegemilangan suatu masa dulu di Stadium Merdeka. Dengan kehadiran penyokong yang ramai ini juga, diharap akan membolehkan lebih banyak deposit gol dari pasukan kebangsaan untuk dibawa ke Vietnam kelak.


EDYES @ edyesdotcom

1 comment:

Anonymous said...

aduyai.....x guna bro lu dok bg idea bernas mcm ni kat fam...fam tu bodo tahap gaban z...selagi pemerintah genting jd ketua...dan pecacai umNO jd pembantu2.