Thursday, November 4, 2010

Muhasabah Diri...

Saya sedih dan terasa hati dengan kekalahan ini. Tetapi demi Allah, ia tidak sedikitpun membuatkan saya berundur walau setapak untuk menghadapi kekuatan Barisan Nasional pada masa akan datang.

Hari ini, kita sekali lagi ditunjukkan betapa kuatnya Barisan Nasional di atas faktor menaburkan wang ringgit untuk insan-insan terdesak yang membenarkan jiwanya dibeli.

Harapan saya agar kekalahan kedua-dua pilihanraya ini akan membuatkan PAS, Keadilan dan DAP bekerja lebih keras untuk memenangi hati pengundi. Semua MP dan ADUN mempunyai tanggungjawab yang besar untuk menunjuk-beza betapa Pakatan Rakyat itu lebih berpihak kepada rakyat !

Hari ini kita sekali lagi ditunjukkan betapa kerajaan Barisan Nasional itu sangat hebat dalam aspek mengambil kesempatan di atas rata-ratanya sebuah kesempitan.

Saya tekad, untuk memastikan bumi ini merdeka dari gerombolan yang mengagihkan segala kekayaan negara ini hanya sesama mereka - membiarkan anak bangsa merempat di bumi sendiri. Sesungguhnya gerombolan UMNO ini jauh lebih kejam dari Pol Pot dan segala macam diktator, apabila membunuh rakyat secara halus dan perlahan-lahan.

Perkuatkan istiqomah! perhebatkan dakwah! Panji Pakatan Rakyat akan terus berkibar bersama kekuatan sebenar yang pasti bangkit setelah tewas di galas dan tersepit di Batu Sapi!

Masih ada sinar yang cerah untuk Pakatan Rakyat ! Demi rakyat!! Demi rakyat!! Kita perjuangkan Rakyat ! Kita perkasakan Rakyat !!


EDYES @ edyesdotcom - LAWAN TETAP LAWAN !!!

8 comments:

Art Pokon said...

Salam Edyes..

Saya raspect awak punya pegangan....setiap wang yang ditabur bermakna setiap anak bangsa kita akan hancur...wang adalah amat penting tetapi bukan segalanya...

Hanya Melayu sahaja yang menghalalkan rasuah tetapi bukan Islam.....

merbok said...

bro, adakah kekalahan ni ada kena mengena dgn komen pasal 'org klate gedebe' haritu?? hehehe (jgn ambik hati)

jgn putus asa bro insyaAllah kita akan saksikan sekali lagi tsunami politik rakyat menolak BN dlm PRU13 nanti.

apa-apapun kita semua kena mula bekerja dari sekarang.

agas said...

salam bro,
gua sokong 100% pandangan lu..bn banyak menabur janji..mgkin pengundi nak yg tu..kita tengok aje adakah tertunai janji2 bn..perlawanan yg sebenarnya pru13..

tp satu yg gua risau bro..
pemimpin2 pr kena betul2 bekerja..jgn asyik nak ke oversea aje..lu paham maksud gua kan..

steady bro..kita langgar aje mana yg tak betul..tak kira umno atau pr..

Unknown said...

yup..
kne muhasbah dri masin2..
kalah hari ini jdkn ia sbgai pencetus semangat utk menang!
takbir!

ISA said...

Bro,

Semua pemimpin PR kena muhasabah diri bro...

Padan muka dengan kekalahan ni, gua seronok. At lease... diorang sedar diri sikit apa tanggungjawap diorang pada rakyat.

Bukannya jadi pemimpin syok sendiri. Lepas ni gua nak langgar semua kerajaan selangor pulak, dari MB sampai semua EXCO..., sebab perangai banyak yang macam umno.

Pemantau said...

Salam tuan,

mohon link blog saya di sini

http://pemantau-thirdforces.blogspot.com/

tkasih.

Edyes said...

terima kasih kepada semua yang melontar komen, dan juga yang sempat singgah di blog edyesdotcom.

setiap tahun, sy tidak dapat elak bulan 11 dan 12, yakni bulan paling sibuk dalam segala bulan. Harap bersabar kepada mereka yang menantikan analisis prk dan juga artikel2 baru dari edyes.

dua minggu ini juga saya sepatutnya 2 kali lebih sibuk kerana terpanggil untuk membantu Chegubard memenangi jawatan ketua AMK. tetapi agak malang kerana untuk bantu CB pun, saya berhempas pulas mencari masa dan kelapangan. harap CB mendapat kedudukan yg lebih baik selepas ini agar sy lebih tenang untuk mengeluarkan artikel2 bersifat isu nasional.

kepada kpasu guy, insyaAllah dalam PRU13 kelak, tiada lagi jiwa yg boleh dibeli dengan syarat - PR melalui kerajaan negeri dan YB2nya menunjukkan teladan yang terbaik.

merbok, komen gedebe klate tu kita jadikan kenangan.. hahaha

agas, definisi YB dalam PR ialah Yang Berkhidmat. Jadi YB itu adalah orang yang memberi khidmat kepada rakyat.

kepada mie kickdefella, insyaAllah kekalahan N9 akan ditebus dalam Final Piala Malaysia edisi akan datang.. hehe

kepada bro ISA, saya susun 10jari sebab langsung tak jenguk saudara yg dalam kesulitan.

kepada pemantau, nanti sy akan link kan blog anda di rangkuman berita edyesdocom.

Dr Rita Coolidge said...

perlu muhasabah diri..
jangan salahkan bintang di langit..
berpijak la dibumi nyata..
dah 3thn...3thn!!! pakatan rakyat tidak ada logo bersama..
susah sgt kah buat logo..?
BN pakai dacing..PR pakai la logo simple mcm kereta..mata..sampan..
disini terlihat tiada kesepakatan diantara PAS-PKR-DAP..