Yang Teramat Mulia Cik Puan Besar Selangor Datuk Amar Siti Aishah binti Dato Seri Abdul Rahman, bersama seorang ghostbuster terkenal iaitu uncle seekers.
Bukan niat untuk mengaibkan sesiapa, tetapi saya sendiri terasa aibnya bila melihat berita ini di blog sahabat 'budak kampong online' di sini.
Ada beberapa lagi keping gambar yang lebih memeranjatkan, tidaklah saya mahu paparkan di blog edyesdotcom.
Apakah uncle seekers mengambil kesempatan di sebalik kelemahan seorang wanita? Gambar-gambar yang saya maksudkan 'memeranjatkan' itu bukan dicuri dari laptop atau notebook uncle seekers, tetapi ianya dipetik dengan santai dari blog uncle seekers sendiri.
Pada hemat saya, tidak salah kiranya u.seekers menyunting seorang janda waima balu kepada bekas agong, tetapi apakah keperluannya memapar gambar kurang senonoh untuk tontonan umum, selain daripada mencari serta mencuri populariti seseorang yang pernah menjadi kerabat tertinggi dalam pemerintahan bukan eksekutif negara.
Saya juga kurang arif apakah statusnya perhubungan uncle seekers dengan bekas permaisuri agong ini. wallahualam...
Jika ditanya mengapa saya terasa aib dengan berita ini, ia umpama seseorang yang pernah disanjung tetapi dijumpai hari ini dalam keadaan yang agak memalukan... itu juga suatu aib...
4 comments:
Yang tak boleh disentuh hanya bekas isteri-isteri Nabi SAW.Satu pengajaran kepada orang-orang tua yang nak kahwin isteri muda.Bila dah balik keAlam Barzah,adalah kutu muda yang sapu atau janda muda tu cari yang lebih muda dari suami yang telah pergi tu.Ini lumrah alam.
ok, setuju...
cuma kesian...
jaga juga hati orang lain. jgn berbangga dgn apa yg kita ada kalau ianya meyakitkan hati orang lain. lebih baik buat secara beradab sesuai dgn martabat kita orang islam. tahu hala dan haramnya
sungguh memalukan... !!!!!!!!!!!!!
Post a Comment