Masihkah anda ingat lagi dengan nama Janna Syariza Mohd Zaki ? Nama yang sebelum ini meletop kerana menyimpan salah satu bahan bukti terhadap kes mahkamah yang sedang berlangsung di Jalan Duta.
Janna Syariza ialah tunangannya Saiful Bukhari Azlan, dan bahan bukti yang pernah disimpannya ialah seluar dalam tunangnya yang berjenama Levis berwarna biru tua. Ironinya seluar dalam tersebut, merupakan seluar dalam yang digunapakai oleh Saiful Bukhari sejurus sebelum dara duburnya dirobek.
Mengapa bahan bukti tersebut berada dalam mesin basuh di rumah Janna tidak di rumah Saiful bukanlah perkara yang ingin dipersoalkan. Status pertunangan antara Saiful dan Janna juga tidak akan diperkatakan di sini samada masih lagi dijalin atau sudah gugur talak tayapawaunya.
Terdapat juga khabar angin bahawa hubungan tunang ini telah terputus dek kerana Saiful tidak mahu bertanggungjawab di atas kandungan yang terhasil sebelum ikatan perkahwinan, dan terdapat juga khabar angin yang bertiup kencang menyatakan Saiful mahukan kandungan tersebut digugurkan dan akhirnya menyebabkan hubungan tunang itu terputus di tengah jalan. Namun khabar angin tetap berstatus khabar angin selagi ia tidak dibuktikan sahih. Politik persepsi begitu kejam untuk diharungi walaupun khabar angin tidak mungkin dijadikan asas bukti atau saksi. Maka saya menganggap hubungan tunang di antara Janna dan Saiful masih terjalin.
Jika saudara pembaca semua masih ingat, kata-kata Janna bahawa dia akan berdiri teguh di belakang tunangnya dan bersama-sama mengharungi segala kemungkinan dan dugaan yang akan mendatang. Itulah tekadnya seorang tunang menanti kebenaran menyebelahi sang tunang. Begitu hebatnya cinta seorang pengamal media terhadap seorang coffee boy, yang sebelum ini gagal menghabiskan pengajiannya walaupun mendapat biasiswa dari pejabat Timbalan Perdana Menteri.
Apakah agaknya perasaan Janna bila mengetahui tunangan kesayangan berlaku curang? Masihkah utuh keteguhan Janna di belakang tunangnya apabila kebenaran yang dicari, dicurahkan dengan kepahitan sebuah perselingkuhan?
Hari ini, perjalanan perbicaraan kes Anwar sekali lagi menimbulkan gempar. Tidak cukup dengan kegemparan yang disahut ketawa guling-guling apabila mangsa mendakwa dua hari berturut-turut tidak membasuh dubur dan tidak berak semata-mata untuk menjaga bahan bukti yang bersifat cecair. Tidak cukup dengan kegemparan sespontan ayat can I fcuk you today? Tidak cukup dengan kegemparan seorang mangsa liwat bergender lelaki 20an tidak berdaya menolak asakkan warga emas yang umurnya mencecah 60an. Kegemparan kali ini berlaku di luar mahkamah, iaitu hubungan romantis di antara seorang mangsa liwat dengan si penyambung nyawa iaitu timbalan pendakwa rayanya sendiri - Farah Azlina.
Berikut adalah kata-kata yang pernah diluahkan oleh Janna dalam blognya yang kini hanya telah ditutup untuk tatapan umum;
“Saya juga sedar akan perjuangan yang menanti kami di hadapan. Insya-Allah kami akan menghadapinya bersama walaupun ia memakan masa yang lama. Kebenaran akan terbukti jua….,”
Maka kebenaran yang dicari oleh Janna telah terbukti jua apabila Saiful digosip-hangat sedang menjalinkan hubungan romantis dengan seorang timbalan pendakwa raya. Gosip atau khabar angin adalah tidak manis untuk dibicarakan secara terbuka kerana ia akan menggerakkan penyebaran fitnah, namun jika 'madunya' si Janna Syariza yang bernama Farah Azlina telah digugurkan serta merta dari pasukan pendakwa raya, maka saya melihat tuduhan Raja Petra adalah berasas. Mengapa begitu terburu-buru menggugurkan seorang timbalan pendakwa raya, dan dengan pantas menafikan peranan seorang timbalan pendakwa raya dalam sebuah kes yang berprofile tinggi?
Farah Azlina telah gugur di medan mahkamah bagi mengelakkan kredebiliti pasukan pendakwa raya tercalar, dan ia juga bertujuan untuk menyelamatkan perjalanan kes yang semakin songsang pada bacaan umum. Apakah persepsi yang bakal timbul sekiranya seorang mangsa liwat didapati meliwat timbalan pendakwa rayanya sendiri? Oleh demikian, sebelum episod tidak mustahil ini menjadi kenyataan, adalah lebih baik Farah Azlina digugurkan dan Saiful pula dinasihatkan supaya tidak lagi menambah beban kepada sebuah pasukan yang mempunyai misi besar - Menyumbat Anwar Ibrahim kembali ke Sungai Buluh.
Rakyat melihat perjalanan kes ini, rakyat membaca selok-belok dan segala cornering yang berlaku di dalam dan di luar perbicaraan mahkamah yang melibatkan seorang ketua pembangkang. Sedikit demi sedikit cacat-cela di pihak pendakwaan telah terbit membentuk kebenaran di pihak yang didakwa.
Mahukah rakyat percaya kepada seorang kasanova yang melempar tuduhan menjadi mangsa liwat kepada seorang pemimpin pejuang rakyat bernama Anwar Ibrahim? Mahukah rakyat percaya kepada seorang pro-aspirasi yang gagal dalam pembelajaran universiti? Mahukah rakyat percaya terhadap seorang pengotor yang sanggup tidak membasuh duburnya untuk tempoh dua hari demi sebuah bukti?
Keperibadian Saiful tidak mahu tidak, menjadi pertaruhan besar dalam mendepani pandangan rakyat dan juga pasukan peguambela Anwar kerana susuk pejuang ratyat ini bukanlah mudah untuk ditewaskan selagi mendapat sokongan rakyat kebanyakkan. Menyumbat Anwar ke penjara tanpa asas yang kukuh bakal menyebabkan kebangkitan rakyat yang diterjemah di jalan raya pada tahun 98 kembali berulang. Oleh itu juga, keperibadian Saiful direka-cipta apabila penampilan terbaru menunjukkan Saiful mempunyai 'lebam sujud' di dahinya. Sedangkan sembahyang berbelas tahun belum tentu ada tanda di dahi.
Kekalahan dari sudut keperibadian akan menyebabkan Saiful kalah lebih awal dalam bicara awam walaupun akhirnya Anwar Ibrahim dijatuhi hukuman penjara. Memenangi kes mahkamah dengan jualan persepsi yang tidak laku akan menyebabkan kebangkitan, malah kebangkitan kali ini tidak dapat dijangka hebatnya. Inilah yang mahu dielakkan oleh pihak pengatur konspirasi, namun sehebat mana pun perancangan mereka nescaya perancangan Allah itu Maha hebat.
Berbalik kepada soal Janna Syariza yang tidak diketahui apakah nasib yang menimpa dirinya ketika ini, jika ditakdirkan Janna membaca artikel blog ini, ingin saya nasihatkan kepada Janna betapa Allah masih menyayangi diri Janna apabila memberikan hidayah serta petunjuk yang jelas akan wajah-wajah sebenar Saiful Bukhari disebalik dahi legamnya.
Maaf jika kebenaran itu amat pahit untuk ditelan oleh yang empunya badan, kehidupan harus diteruskan dan harapan agar ia membangkit keinsafan lantas satu keberanian untuk mendedahkan sesuatu adalah dituntut. Sebagai tunang atau bekas tunang kepada Saiful, Janna pastinya mempunyai sesuatu untuk didedahkan demi sebuah kebenaran terpendam. Semoga Janna berjaya mengadaptasi apa jua kebenaran yang telah terserlah.
Kepada rakyat yang mengikuti perbicaraan Fitnah Liwat II dengan tabah dan sabar, Anda juga berhak menghakimi perbicaraan yang penuh songsang lagi meragukan. Berjanjilah jika keadilan itu dinafikan oleh penghakiman yang berat sebelah, yang menyebabkan Anwar meringkuk dalam penjara, ayuh kembali ke jalanraya!! Anda semua terpanggil untuk sekali lagi mengharungi air gatal water cannon oleh pasukan bomba berbelantan. Disinilah manisnya berjuang, demi masa depan ugama, anak bangsa dan tanah air.
Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Mahathir), kini saya bersedia di atas medan mana pun, mencari keadilan untuk pejuang keadilan !! Ayuh kita kembali ke jalanan, demi sebuah keadilan yang dinafikan!!
RE-FOR-MA-SI
TAKBIR ! ALLAH HUAKHBAR !!
EDYES - 27 JULY 2010 - 22.52pm
10 comments:
Gua mana ada affair dengan Farah tu Janna ooiiii... percayalah.. cakap gua ni...
Itu semua fitnah jer... diorang dengki dengan gua... sebab gua bakal jadi jutawan... percayalah...
Lu tengok dahi lebam gua ni... bukan sebab hantuk kepala kat dinding setiap hari.. tapi sebab gua bangun malam buat solat sunat... cuma solat jumaat jer,,, gua tak pergi...
dengan semua bukti tu.. takan lu masih tak percaya dengan gua... sedangkan hakim pun akan percaya dengan gua... lu tunggu.... keputusan mahkamah nanti...
bro isa sanggup bersumpah mahalalalal??? cakap sj takdak guna sekarang... hahah Ezam pun berani sumpah... kahkahkah
salam,
komentar yang bernas untuk direnungi bukan saja pemeran konspirasi ini.
lebih menarik adalah sapaan turun ke jalanan - secara fizikal atau spiritualnya - kini tidak lagi sekedar cerita rakan seperjuangan, tetapi sudah menjadi suatu harapan. ramai yang terpenjara seperti tuan dahulu. tetapi ramai juga yang sudah sudah bebas seperti tuan 10 tahun kemudian. syabas.
ape kaitan si farah ni dgn penemuan sperm anwar kat dubur saiful yg telah disahkan oleh pakar kimia? bagaimana isu skandal saiful vs farah menidakkan kehadiran sperm ini? kenapakah coffee boy ini dipilih mengikut anwar sehingga keluar negara sedangkan mamat ni hanya coffee boy dia shj? sedap sgt kah kopi yg dibuat atau lobang jubor coffee boy ini menjadi idaman anwar kah?
blog ni gagal menyingkap isu asas ni..
salam cik anon,
saya rasa pemikiran anda yang sebenarnya gagal menilai antara kebenaran, penipuan dan kepalsuan.
kalau DSAI tidak menerima Saiful sebagai pembantu peribadi, sudah tentu "konspirasi" ini tidak menjadi.
Telah dijelaskan bahawa, DSAI melihat Saiful sebagai anak muda yang mempunyai potensi. Saiful datang ke pejabat dan mohon menjadi sukarelawan utk bersama Anwar dan Pakatan Rakyat. Anwar juga perlukan seorang aperantis untuk meneruskan legasi perjuangan.
Jika saya menjadi Anwar, mungkin saya juga akan menerima Saiful dan menjadikannya seorang anak didik. TETAPI, malangnya DSAI gagal menafsir perangkap yang menjayakan "konspirasi liwat 2". Anwar Ibrahim juga tidak terlepas dari membuat kesilapan, itu kena faham.
saya mohon cik anon supaya lebih cerdik untuk menilai, walaupun DSAI tersalah nilai siapa sebenarnya saiful.
JUSTICE FOR ANWAR...
LETS END THIS CORRUPTION & ARROGANCE OF POWER!
perempuan ini yang paksa saya bang.Saya tak mampu menolaknya,cam DSAI juga, dia cakap can you fuck me,takut saya.terus saya pergi bilik air,pakai kondom.
takbir!!!!
"Jika tahun 1998 dulu saya tidak berkesempatan bersama pejuang jalanan (kerana ketika itu di bawah pengaruh Tun Mahathir)"
what does it means?
anon 6.06,
tahun 1998, edyes masih belum menyebelahi Anwar Ibrahim.
mungkin kerana ketika itu edyes taksub terhadap Tun Mahathir dan masih tak nampak kebenaran. Faktor lain ialah, edyes merupakan orang kanan terhadap seorang datuk yg rapat kepada Najib, Hishamuddin dan beberapa pemimpin UMNO lain.
Tahun 2005, adalah tahun perubahan. Ketika regim paklah semakin tidak boleh dipercayai, ketika itulah edyes mula bertatih menyongsang arus, menyokong pembangkang dan berdakwah di forum2 politik.
edyes tidak sempat ke jalanan 1998, tapi pasti bersama pejuang reformasi pasca revolusi 308 ke jalanan, Andainya pemimpin kita kembali ke Sg Buluh.
Post a Comment