Wednesday, April 7, 2010

UMNO - MCA Bertelagah Lagi !

Usaha Barisan Nasional untuk merampas Selangor dari Pakatan Rakyat dengan agenda konvensyennya di Shah Alam, hari ini menerima tamparan apabila 15 perwakilan MCA Kapar bertindak meninggalkan majlis itu.
Ketua MCA Kapar, Datuk Song Kee Chai yang dihubungi melalui telefon berkata antara punca tidak puas hati mereka ialah kerana MCA dianak-tirikan pada konvensyen berkenaan. Antaranya, hanya lagu BN dan Umno dinyanyikan sedangkan lagu parti komponen lain tidak diendahkan. 
 “Konvesyen itu dianjurkan oleh BN, jadi menyanyikan laguUmno tidak mencerminkan semangat BN dan juga 1Malaysia,” kata Song lagi.
Selain itu, katanya, hanya tetamu dan pemimpin utama dari Umno yang dijemput duduk di pentas utama. Mereka termasuk Datuk Mohd Zin, Datuk Seri Noh Omar, Shafei Abdullah dan seorang lagi.

 Melepaslah undi kaum cina untuk BN dalam PRK Hulu Selangor pada tanggal 25 April ini. UMNO dan BN sama hapraknya !

2 comments:

Anonymous said...

Dato Song Kee Chan not only speak his mind but also MCA's mind.

Anonymous said...

tindakan berani daripada leader MCA.. cantekkkkkkkkk gado la korang woi