Tuesday, August 11, 2009

Isu Arak di Selangor - Sebagaimana Pub & Rumah Urut

Saya menyokong PAS Selangor amnya dan Hasan Ali khasnya dalam usaha membanteras penjualan arak di kawasan majoriti Islam di Shah Alam.

Mungkin untuk mengharamkan penjualan arak di Selangor menjadi satu perkara yang agak obvious memandangkan pertembungan budaya masyarakat berbilang kaum di Selangor. Namun apabila hanya Bandaraya Shah Alam di ambil kira, majoritinya adalah penduduk Islam yakni 90% populasinya.

Dengan faktor ini, saya amat menyokong sebarang usaha untuk mencegah aktiviti yang menjurus kepada maksiat di Shah Alam termasuklah penjualan arak di kedai serbaneka, disko dan pub, pusat hiburan karaoke yang ditutup lewat, kedai nombor ramalan dan rumah urut bertatah refleksologi.

Berkenaan pusat hiburan karaoke, memadailah jika hanya beroperasi selewat-lewatnya jam 12 malam sahaja. Berkenaan penjualan arak, pusat disko, pusat pub, kedai ekor dan rumah urut, adalah menjadi tanggungjawab bagi semua pihak yang sayangkan agama Islam untuk melupuskan aktiviti maksiat dari bumi Shah Alam. Tutup disko, pub, kedai ekor dan rumah urut di seluruh Shah Alam, Bandaraya Islam selain Kota Bharu. Bayangkan betapa berkatnya Shah Alam tanpa anasir kemaksiatan.

Sekiranya ada di antara warga Islam Shah Alam mahupun bukan Islam yang mahukan hiburan, mahukan arak, mahu urutan dari amoi siam pinoy, maju berjudi ekor, dipersilakan ke daerah lain yang terdekat seperti Petaling Jaya ataupun Klang. Warga Shah Alam yang begitu berbangga mentafsir Shah Alam sebagai Bandaraya Melayu Islam seharusnya mengambil peluang dan inisiatif untuk membersihkan Shah Alam dari sebarang lubuk maksiat.

Bayangkan betapa hebatnya kepesatan Bandaraya Shah Alam, sebuah bandaraya yang tidak dicemari oleh aktiviti yang merosakkan ummah. Berilah sokongan anda untuk kita bina sebuah Bandaraya Islam sepertimana Kota Bharu. Kita boleh lakukanya di atas platform Pakatan Rakyat. Ambil lah peluang ini selagi Pakatan Rakyat masih berkuasa di Selangor.

PAS dan Hasan Ali boleh main peranan yang lebih besar. Teruskan usaha Hasan Ali. MB Khalid sila beri laluan!

7 comments:

Toi'Toi' said...

Bagus memang bagus

ISA said...

Salam Edyes,

Bro... dalam kawasan shah alam mana ada kedai nombor ekoq, pub kat hotel ada la, pusat karaoke pun aku tak nampak, kecuali karaoke kat uptown, itu pun puak umno/pekida yang punya.

Edyes said...

aku dah baca blog hang ISA,

Tak tau aku apa motif MB Selangor tolak mentah-mentah usul Hasan Ali.

Patutnya sekurang2nya pertimbangkan pengharaman arak di peringkat Shah Alam.

mamat drebar said...

secara rasional dan penuh tanggungjawab sbg ummat Islam, aku menyokong tindakan PAS Selangor diketuai oleh Pak Hassan Ali tapi blog al-bakistani, MSK, dr hamirdin,dr ab wahab arbain dll masih lagi memperlekehkan usaha murni ini. Haru betul puak Islam Liberal nih.

melor45 said...

Geng-geng UMNO kata Pak Lid ni dulu kaki botoi macam zaid ibrahim juga sebab tu hatinya tersentuh bila arak dan maksiat dicerca dan dihina dia pakar ekonomi dia tahu hasil aktiviti inilah yang menyumbang sebahgian besar pendapatan N.Selangor yang sekarang menjadi target Najib dan geng-gengnya .Semalam ada seorang ustaz bagi tahu maksud akronim H1N1 H untuk hishamuddin dan N untuk najib.Dua-dua cucu dari darah daging genting berhad pusat segala maksiat dimalaysia ni.Maip mana adakuasa begitu juga PDRM dientiti Genting. Satu Wilayah Autonomi sebenarnya tetapi rakyat Malaysia tak sedar UMNO lah Pengkianat sebenarnya.Penguatkuasaan ikut kehendak tuan punya premis.

ghostWRITER said...

mana dia suara Islam yang berani buat tentangan dan jihad menentang ISA 1 oGOS lepas? Kenapa tak tentang habis-habisan penjualan arak ni? bukan takat jual, kilang arak kat tepi federal highway tew robohkan jerla kalu dan extrem sgt Islamnya PASLERNIH...kenapa tnggu lagi? Tunggu fatwa dari NIKKIE AJIS dulu?

Anonymous said...

Hebatnya SHAH ALAM tu hasil perancangan UMNO juga ya.... jangan lupa... hehehe

PAS dapat dah bersih, itu pun tak tau jaga.

Zul