Monday, August 17, 2009

Ishtiharkan Darurat Kesihatan!!

Kerajaan Malaysia sepatutnya mengambil kira statistik jangkaan dari WHO yang mengatakan 20% daripada jumlah rakyat negara ini bakal dijangkiti H1N1 sebagai satu kritiria untuk mengishtiharkan darurat kesihatan. Dengan kata lain, seorang dari setiap 5 orang dijangkiti H1N1. Jadi, kebarangkalian ahli keluarga kita dijangkiti adalah tinggi.

Penularan wabak H1N1 di Malaysia adalah bertahap luar biasa dan cara untuk menangani masalah ini perlulah juga luar biasa dan radikal. 2000 kes dalam masa seminggu merupakan satu rekod. Menurut WHO, setiap satu kes yang dilaporkan bermakna terdapat 20 lagi kes yang tidak terlapor. Dengan 64 kematian dan 4000+ kes H1N1, apakah langkah Kerajaan Malaysia selain daripada mendenda sipolan yang tidak memakai topeng dengan wang ringgit?

Darurat kesihatan adalah perlu untuk mengekang wabak ini daripada merebak dengan lebih dasyat. Lebih baik langkah darurat ini diambil dengan lebih awal sebelum keadaan menjadi langsung tidak terkawal.

Kriteria apa lagi yang diperlukan Kerajaan Malaysia sebelum memutuskan istihar darurat? Adakah menunggu kematian anak kepada pemimpin penting di Malaysia sebelum langkah ini diambil?

Sediakan payung sebelum hujan, tapi bila hujan dah lebat dan baju seluar semua dah kuyup, apakah payung itu masih diperlukan??

7 comments:

ISA said...

Bro...,

Langkah keselamatan untuk menyekat pelancung masuk Malaysia pada awal penularan wabak dahulu pun Menteri Pelancongan Ng Yen Yen kata akan menjejaskan ind. pelancongan.

Ini lu nak suruh istihar darurat??? Apa yang penting kepada UmnGok dan kerajaan UBN ni ialah RM... bro...RM...!!!

Rakyat nak mampus ke apa? Diorang tak peduli. Salah satu cara dan langkah efektif diorang ialah buat duit dengan mendenda individu yang tidak memakai topeng muka.

Banggang punya Menteri yang bagi idea sebodoh itu (Denda). Apa percentage jaminan keselamatan dengan memakai topeng muka?

Aku dah tanya Doktor dan diorang pun tak pasti, sebabnya virus ini bersifat microscopic (terlalu halus bertebaran melalui udara).

Pakai topeng muka sekadar langkah keselamatan sahaja, tapi tiada jaminan yang anda tidak akan berjangkit.

Jadi pakailah topeng muka, selebihnya Allah yang menentukan. Tetapi kalau dah tahap sampai nak denda dan saman tu dah melampau.

Masyarakat dalam keadaan panik, kerajaan pula mengambil kesempatan nak buat duit.

Anonymous said...

abis tu ko suruh org seme duduk rumah la yaa....

ahhh typical pembangkang......

Salim

bakmaipungkoq said...

Pemimpin Msia stail dia mmg mcm itu. Standard percakapan mereka " keadaan adalah serius tetapi masih lg terkawal", "keadaan tidak membimbangkan" dan pelbagai lagi. Dalam keadaan macam ini pun festival, sambutan, pelbagai function pun dibenar berjalan juga.

Nak suruh rakyat mampus bramai2 ke. Malulah sikit kat negara spt burma, vietnam, indonesia, thailand yg kematian rakyat mereka tidak seteruk rakyat kita.

Pesakit dh nazak baru, baru nak ambil sample. Keputusan sampai, pesakit dh mati dulu.

Agaknya KPI Menteri kesihatan berasaskan lagi ramai rakyat mati, lagi tinggi kpi beliau.

Anonymous said...

SALIM KALIM..

KO CAKAP TAKTIK PEMBANGKANG DOK RUMAH?

ABIS TU YANG KELUAR DEMO ANTI ISA TU UMNO LAH YERK?

Art Pokon said...

Salam Edyes,

Sepatutnya apabila mendapat berita penularan wabak ini, kita sepatutnya sudah ada langkah-langkah yang berkesan untuk mengawal daripada menjadi lebih buruk ini tidak, semuanya diam seribu bahasa. Tidak ada langkah-langkah yang berkesan seperti menubuhkan satu pasukan disetiap negeri untuk setiap negeri. Pihak hospital pun dah semacam dalam darurat.

Rakyat kita tidak diberi penerangan secara mendalam dan kebanyakan tidak tahu dan terdedah kepada virus ini.

Kerajaan semacam menyembunyikan sesuatu dari rakyat agar tidak panik

Tengoklah negara jiran kita, rasanya tidak seburuk kita

Edyes said...

salam brader kubang pasu,

23 Julai baru nie, saya ke Sabah bercuti bersama family (gambarnya tak sempat pun upload lagi). TIADA LANGSUNG sebarang bentuk pengawalan/pencegahan di peringkat airport LCCT dan Terminal2 di Sabah!

sedangkan, pada waktu ini Australia merupakan sebuah negara yang diserang teruk H1N1 DAN di Kota Kinabalu sangat2 dipenuhi oleh pelancung Aussie! (faktornya: G.Kinabalu dan Kundasang War Memorial).

Seperti tiada apa yang dibimbangkan di airport pada waktu itu. masa tu, belum ada lagi kematian di Malaysia tatkala Thailand dah 44 kematian. Hari ini, berapa kematian di Thailand? berbanding 64 kematian di Malaysia!

Dr. Geela said...

Alasan puak gerombolan untuk 'beli' vaksin. Bila ramai yang dah jadi korban lebih banyaklah
'peruntukan' untuk beli vaksin mereka akan dapat.
KAH KAH KAH.