Saturday, January 17, 2009

Kereta Kebal Bantu FRU Di Kuala Terengganu ?


Gambar Hiasan


Bukan satu tetapi DUA KERETA KEBAL telah ditempatkan di pusat pengiraan undi.


Saya mengharap kepada sumber bergambar tetapi setakat ini belum ada lagi gambar dipaparkan. Walau bagaimanapun, kalau benarlah berita ini, maka secara sinis dapat saya tarifkan bahawa Kuala Terengganu seakan-akan menjadi Genting Gaza di Palestin.

Kerajaan BN menggunakan segala kekuatan termasuklah kekuatan kereta kebalnya untuk pilihanraya kali ini. Apakah kereta kebal itu bertujuan untuk mengawal keselamatan?

Sila refer blog
Abg Bakaq

untuk perkembangan P36 Kuala Terengganu, sila ke laman di bawah;

NotoUMNO
Haris Ibrahim
Mafrel

3 comments:

Anonymous said...

Bukan kereta kebal la. Kereta perisai je

Edyes said...

Kereta perisai?

mungkin kawan2 kita yang ada kat sana sedikit terkejut dengan persediaan pihak polis dan FRU.

APC pun diorang nampak macam kereta kebal. tapi, perlu ke APC di PRK KT? atau APC ini lebih diperlukan di GAZA?

Imran Azmi said...

FRU nak buat apa dengan kereta kebal?

Perlu teliti perbezaan antara:
APC (Armored Personnel Carries)- Ini barang kali mungkin.
LAV (Light Armoured Vehicles) ini pun mungkin.
IFV(infantry fighting vehicle)- Ini kereta perisai pembawa infantri. Contohnya Adnan, Condor milik tentera darat.
MBT (Main Battle Tank) - ini baru dipanggil kereta kebal. Kereta kebal di Malaysia ni ada satu jenis je. Itu pun MBT PT-91 M milik tentera darat.
CVR(T) (Combat Vehicle Reconnaissance (Tracked))- ini kereta kebal ringan seperti Scorpion. Ini pun milik tentera darat.

Laporan yang baik namun perlu penelitian.