Merujuk kepada tajuk entri sebelum ini iaitu Mayat Kugan Bangkit Pukul 2,
Berikut adalah gambar gerombolan FRU di sekitar balai polis Pantai di Jalan Pantai Baharu ;
Saya takut2 berani jer tangkap gambar depan2 camnie. Tapi bagi menyampaikan yang terbaik untuk semua, ketakutan tinggal belakang.
Berita terkini dari Mkini;
Perarakkan Kugan Bukan Politik
Sokongan orang ramai terhadap nasib mendiang A Kugan - dijangka berarak dari Petaling Jaya ke Puchong - bukan perhimpunan politik seperti tanggapan polis, kata sebuah NGO.
Jawatankuasa Pemantau Polis dan Hak Asasi Manusia (JPPHAM) menyifatkan amaran polis untuk bertindak terhadap mereka yang terlibat dalam perarakan tersebut petang ini sebagai "satu lagi bentuk salah guna kuasa" pihak berwajib itu untuk cuba menakutkan orang ramai.
Penyelaras NGO itu S Jayathas menambah, jika polis awal-awal lagi bertindak profesional, perarakan tersebut tidak akan berlaku.
Kugan didakwa mengalami penderaan sewaktu dalam tahanan polis di lokap balai polis Taipan, Subang pada 22 Jan bagi siasatan kes curi kereta mewah.
Perarakan lebih 20 kilometer yang dijadual mulai 2 petang dari Pusat Perubatan Universiti Malaya ke rumah keluarga mendiang di Batu 14 Jalan Puchong.
4 comments:
INFORMATIF!
Bukan politik? Simpati? Uwekk Uwekk Uwekkkkkkkkk (Muntah hijau aku)
haiyaaaa...edyes apek walaupun bukan pro PKR..wo tapi ini mcm punya kes wooo apek memang tatk setuju maaa..dalam siasatan yangan seksa olang ini mcm maaaa...manyak tatak baik.."mati tukujut"..busuk punya olang...zaman nabi dulu wooo tawanan pelangpun dilayan sangat baik sampai meleka masuk islam itu mau pakai cala islam maaa..dalam ini hal aaa..Apek TATAK SETUJU LANGSUNG MAAA...
Ini bukan soal pro-mana-mana-parti...
ini soal kehidupan seseorang yang ditarik serta-merta dengan satu penipuan jahat !
sesiapa pun dalam dunia ini yang punya hati perut takkan setuju dengan cara sial polis nie...
Post a Comment