gambar hiasan
KAMPAR: Enam sahabat maut, termasuk lima rentung apabila kereta yang mereka naiki terbakar selepas terbabas dan merempuh pokok di Kilometer 30.1 Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, awal pagi tadi.
Dalam kejadian jam 2 pagi itu lima rentung dan mati di tempat kejadian, manakala seorang lagi meninggal dunia di hospital.
Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Abdul Aziz Salleh berkata, lima mangsa itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah dan mengalami kebakaran 80 peratus di badan.
Semua mayat dihantar ke Hospital Kampar untuk bedah siasat. Abdul Aziz berkata kejadian berlaku apabila kereta yang dipandu Lim dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kampar dikatakan terbabas ke laluan bertentangan lalu merempuh sebatang pokok di kanan jalan dan terbakar.
Akibat kemalangan itu, kereta Honda City berkenaan musnah terbakar dan pasukan Bomba dan Penyelamat dari sini dikejarkan ke tempat kejadian untuk membantu memadamkan kebakaran dan mengeluarkan kesemua mangsa. - BERNAMA
Saya tak pandai nak bicara perihal qada dan qadar, tetapi saya fikir sekiranya kereta mangsa tersebut tidak terbakar, mungkin mangsa masih boleh diselamatkan.
Saya juga bukanlah cerdik pandai dalam bidang automotif, saya cuma tahu serba sedikit tentang minyak yang mempunyai formula oktana 95% dan pentana 5% (pentana adalah bahan yang menjana pembakaran) yang dikenali sebagai minyak RON95. Manakala untuk RON97, terdapat hanya 3% pentana dan selebihnya adalah oktana. Keperluan oktana dan pentana ini adalah bergantung kepada keperluan enjin dan jika ia tidak sesuai, akan menyebabkan ketukan (knocking).
Terdapat banyak testimoni yang memberi reaksi negetif terhadap kepenggunaan RON95. Sila tanya lebai google untuk mendapatkan feedback dari pengguna dan anda akan setuju dengan saya.
Apa yang menjadi persoalan di sini ialah, adakah kebanyakkan perlanggaran terbakar yang berlaku pada tahun ini disebabkan oleh penggunaan RON95?
Terdapat fakta yang mengatakan negara eropah menggunakan RON95 sebagai minyak premium nasional. Tetapi kita harus juga mengambil kira faktor iklim garisan khatulistiwa sepanjang tahun di negara ini dengan kepanasan puratanya 32darjah celcius berbanding negara eropah yang panasnya yang tidak pun mencecah 20darjah celcius. Jadi, minyak RON95 yang mempunyai 5 peratus bahan bakar adalah sesuai untuk negara atas angin berbanding negara berasap seperti Malaysia.
Saya cuma hairan mengapa sejak akhir-akhir ini, banyak kemalangan terbakar berlaku. Masihkah anda ingat kejadian yang menimpa arwah Acik Spin ? Juga masih kita ingat sebuah Proton Pesona terbakar di hadapan sebuah balai polis pada minggu lalu?
Sudah banyak entri yang berkaitan keburukkan RON95 telah saya paparkan dalam blog ini. Antaranya ialah ;
Sudah banyak entri yang berkaitan keburukkan RON95 telah saya paparkan dalam blog ini. Antaranya ialah ;
Terus terang saya katakan, saya tidak lagi mengisi RON95 sejak sekian lama di atas banyak faktor-faktor negetif yang sendiri dilalui dan terutamanya di atas faktor keselamatan. Berjimat 5 ringgit untuk setiap isian 20 liter untuk mengisi RON97 membuatkan saya rasa lebih selamat dan berbaloi.
EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
12 comments:
benda ni memang tak de penjelasan yg neutral..tapi saya pernah isi minyak di caltex, makcik yg jaga pam tu kata dia memang tak bagi anak2 dia isi 95..dia kata tak bagus dan bahaya..secara peribadi dengan maklumat2 di internet yg saya pernah baca, dari mula2 lagi saya dah amik keputusan tak guna 95..wallahualam
Factors which promote detonation
1.High compression ratios.
2.Low octane number fuel.
3.Long flame path from point of ignition.
4.An over-advanced ignition setting may move the cylinder peak pressure to occur at TDC thereby causing higher than normal maximum pressures to occur.
5.A slightly rich (10%) air-fuel mixture raises the combustion temperature and, correspondingly, pressure; thereby increasing the detonation tendency.
6.An inadequately cooled combustion chamber possibly due to faulty cooling systems, slipping water pump, stuck thermostat etc.
7.Excess carburization of combustion chamber and piston crown.
copy paste dr notes subjek Engine Design yg sy belajaq..detonation tu knocking..
tp hari tu Prof sy ckp,dia org Bangladesh,RON95 masih ok la,sbb murah..xtau lak sy smp leh effect kereta terbakar..huhu
uikksss..
masalahnya.. nak berjimat pun dah tak boleh sebab nilai duit dah macam takde!
masa beli honda city awal tahun ni antara kelebihan yg ditawarkan ialah pemanduan yg senyap. lepas beli pakai RON95. 4 bulan pakai, enjin mengerang bila nak speed. honda city senang perasan sebab enjin i-vtec. masa study kat luar dulu kami pernah sewa van yg ada suis 'overdrive' utk tambah power masa memecut. cumanya fungsi i-vtec adalah 'overdrive' secara automatik berperingkat. so, setiap kali apabila sistem ni aktif, bunyi bising akan timbul. nasib baik ada promosi shell v-power RON97. bila tukar je, enjin terus ok. skrg ni rasa lebih tenang masa memandu, enjin pun tak penat macam dulu. bila penat rasanya enjin akan lebih cepat rosak atau mungkin juga senang terbakar. kalau ini berlaku maka lagi banyak kena bayar.
kepada yg beli kereta baru, aku sarankan korang try sebulan utk buat perbandingan. pada aku RON95 adalah idea paling lahabau untuk menjual minyak bersubsidi yg berkualiti rendah
Ada kemungkinankah RON 95 lebih mudah meruap yang apabila terkena elemen panas menyebabkan kebakaran? Pihak CAP yang selalunya mempertahankan keselamatan pengguna wajar memperhalusi perkara ini.
Memang selalu sangatlah kebakaran yang menyebabkan kebakaran. Dulu jarang sangat kita dapat berita sedemikian. Tidak mustahil suatu hari nanti trak minyak petrol RON 95 boleh meletup dan mengakibatkan kemalangan jiwa yang lebih ramai jika penelitian semula penggunaan minyak RON 95 tidak diperhalusi.
Adakah penggunaan petrol RON 95 benar-benar selamat di Eropah, rasanya banyak kes kenderaan terbakar di sana, antaranya kebakaran di dalam terowong penghubung UK dan Perancis. Malah jika diteliti, ada kisah-kisah kebakaran kenderaan cuma tidak dapat disahkan sama ada penggunaan petrol ini di dalam kenderaan mereka.
jangan pakai RON95!!!membe aku salah seorang penyelidik yang terlibat dalam memastikan RON95 ok ke x dimalaysia.keputusannya mmg negetif tp nak kurang harga punya pasal kerajaan pun belasah je.kerajaan 1M la katakan.
Yong nak tanya soalan cepumas. Adekah RON95 Petronas berbeza dari RON95 HBP, Shell, Caltex dan lain-lain?
Setahu Yong benda2 yang buruk ni ade synergism - maksudnya dalam bentuk sendiri ia ok je, tapi bila campur dengan benda lain Wow! boleh meletop atau ape2 musibah lain. Katalah campur Sulfur dan Oksigen. Sapa boleh jawab tolong jawab.
Saya Zharfan. Saya terpaksa tak setuju kalau mengutuk RON 95 sebab tiada alasan tekinkal yang munasabah.
Kebanyakkan gambar hanya tunjuk kereta Jepun sahaja terbakar. Bukan Mercedes ke BMW ke? Sebab di Jepun, Petol digunakan ialah RON 97 dan RON 99. Tujuan Jepun buat RON tinggi supaya kenderaan import sukar dijual di Jepun.
Saya pernah berkata, kalau kereta tu boleh guna RON 95 atau RON 92 pakailah. Macam BMW saya ada tulis RON 91-98. Just refer to owners manual.
Kalau RON jadi isu, seluruh persatuan jurutera sedunia dipanggil untuk membincangkan hal sebegini. Bagi saya, RON bukanlah punca kebakaran sebaliknya wiring dan maintenance kereta tu puncanya.
Kena Ingat. Kereta recond Jepun memang tak sesuai RON 95 kecuali Kereta Jepun tu assemble di Siam atau Indonesia.
My important message. JUST REFER TO OWNERS MANUAL sahaja.
Bagi masyarakat jurutera, petrol yang berkualiti ialah petrol low sulphur tak kiralah RON berapa pun. di USA, RON 87,88,89,90,91 dan 92 dijual pasaran mereka. RON is varied by country and region.
Saya Zharfan.
Kepada edyesdotcom.
Saya harap saudara tidak menyiarkan artikel sebegini lagi kerana saudara akan diketawakan oleh masyarakat Sains dan Jurutera.
Saya sebagai pelajar dalam bidang kejuruteraan, saya terpaksa bersuara supaya saudara tak diketawakan dan dimalukan.
zharfan hanya bercakap dari sudut kejuruteraan,Tapi dari sudut kimia analisis,kita bolerh bersetuju dgn eyesdotcom.
susah cakap banyak,penyelidik kerajaan kena senyap.tapi memang benar kebakaran banyak di sumbangkan oleh ron 95.
stakat nie aku rase dah ade bebrapa kes kebakaran enjin melibatkan supercar.eg : ferrari , lamboghini..
takkan dieorg nie gune RON95 gak..haishhhhh.
RON97 mmg lagi bagus dari RON95 , tapi klu orang dah tak mampu kene la ikut kemampuan.lain la klu bleh wat line train terus sampai depan umah...
blog bodoh camni nak tulis tapi takde pengetahuan
Post a Comment