Thursday, October 14, 2010

Antara Rahimi dan Bekas Banduan...



"Latheefa sendiri harus tahu bahawa saya adalah bekas banduan dan tidak mempunyai pelajaran yang tinggi. Saya merasakan Latheefa seharusnya sebagai seorang peguam, tidak harus melakukan perbuatan sebegini kepada saya kerana walaupun saya mempunyai rekod buruk atas kesilapan saya dahulu, saya tetap seorang rakyat Malaysia."

Dakwa Rasid, setelah dikawal rapi selama 24 jam, serta beberapa insiden buruk di Quality Hotel, dia terpaksa akur kepada apa jua permintaan mereka.

"Selama hampir tiga tahun saya menanggung perasaan takut dan rasa tidak tenteram kerana memikirkan akuan bersumpah tersebut. Saya sangat berasa tertekan dengan keadaan ini dan terpaksa menerima kaunseling. Selepas beberapa sesi kaunseling, saya semakin tenteram dan cuba meyakinkan diri saya untuk memperbetulkan kesilapan tersebut.-mkini

Persepsi ini telah mula dijual setelah cukup masaknya setelah dua tahun disimpan sebagai senjata, dan produk persepsi ini datang bersama satu lagi pakej yang dibawakan khas untuk anda semua - pengakuan Rasid si bekas banduan.

Saya ingin mengajak pembaca semua berfikir, siapakah sebenarnya yang memaksa dan siapakah sebenarnya yang dipaksa?

Saya difahamkan, Rahimi bebas untuk pergi ke mana-mana. Zulkifli Ibrahim dan Din Binjai a.k.a sharpshooter hanya menjadi teman seandainya sesuatu yang buruk menimpa Rahimi kerana pengakuan bersumpahnya melibatkan nama DS Najib serta Rosmah. Sudah pasti ada ancaman dari skuad khas UTK yang bersetia menjaga kepentingan Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Saya memetik kandungan blog sharpshooter yang mengatakan;

Untuk makluman semua, Rahimi dijaga dengan baik, beliau di benarkan berjumpa dengan sesiapa sahaja, menelefon siapa sahaja bahkan beliau pernah memperkenalkan kepada ibu dan bapa beliau bahawa 'inilah 2 orang abang (sharpshooter dan Zulkifli Ibrahim) yang jaga keselamatan beliau sepanjang di sini'

Malah pernah pada satu malam, Rahimi berkata dia nak tengok Euro final 2008? Kami bawa Rahimi ke Sri Pentas TV3 dalam ribuan manusia.

Sharpshooter melihat dengan mata dan kepala sendiri pengakuan Rahimi yang divideokan tanpa paksaan dan dengan kerelaannya sendiri. Latifah Koyah sebagai peguam bertanya beberapa soalan kepada Rahimi dan beliau menjawab tanpa skrip yang diberi dalam erti kata lain, Rahimi sendiri yang menceritakan dengan kerelaannya.

Apa yang berlaku ke atas Rahimi mempunyai skrip yang sama dengan apa yang berlaku ke atas Rasid. Bekas banduan yang mengenali Anwar sejak mereka berada di penjara dan kemudiannya diambil oleh bekas timbalan perdana menteri itu sebagai pembantu am di kediaman dan kemudiannya di pejabatnya, tidak punya sebab untuk dipaksa, apatah lagi untuk dikurung. Rasid adalah orang yang dikutip oleh Anwar, di manakah aras keperimanusiaan yang ada pada Rasid apabila membuat tuduhan yang meletakkan Anwar Ibrahim sebagai ahli politik gestapo, sedangkan Anwar adalah pembela nasibnya dan nasib rakyat.

Sekarang cuba tuan-puan pembaca budiman fikir sejenak-dua, apakah benar Rahimi dan Rasid ini dipaksa oleh orang-orang Anwar (yang sebenarnya bergadai nyawa melindungi mereka), atau Rahimi dan Rasid ini telah dipaksa untuk membuat laporan polis bahawa mereka telah dipaksa?

Tidak mustahil mereka juga dipaksa oleh pihak-pihak yang berkepentingan untuk memudahkan proses menghumban Anwar ke Sungai Buluh dengan jualan-jualan persepsi bahawa mereka telah dipaksa melakukan pengakuan bersumpah!

Berfikirlah secara dua hala - Rahimi dan Rasid juga mungkin dipaksa untuk menukar akuan bersumpah masing-masing sepertimana yang berlaku ke atas Bala. Sukma dan Dr Munawir juga pernah dipaksa untuk mengaku diliwat dalam kecelaruan fitnah 1998, apalah besarnya dugaan apabila dipaksa untuk menukar akuan bersumpah pada fitnah 2008 !


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

1 comment:

Anonymous said...

memang kami tak percaya langsung dgn rahimi dan rashid.Kumpulan DSAI bukan ada kuasa ,polis tak ikut cakap kumpulan DSAI pun,jadi kenapa mereka takut....itupun selepas 2 tahun..selitkanlah dalam doa semoga Allah melaknat pendusta2 dan keturunan mereka itu,amin.