Tuesday, June 17, 2008

Azmin: Dua parti akan keluar BN

Oleh Malaysiakini,

Ketika dua komponen BN menafikan akan melompat kepada Pakatan Rakyat, pemimpin PKR masih yakin ahli-ahli parlimen BN akan meninggalkan parti mereka "sebelum tarikh akhir 16 September."

Naib presiden PKR Mohamad Azmin Ali dilaporkan berkata perundingan antara partinya dengan wakil-wakil rakyat BN "berjalan lancar", termasuk dalam kalangan Umno.

"Ada kemungkinan besar, dan perbincangan itu masih berjalan, bukan hanya dengan MCA tetapi juga dengan Umno dan parti-parti komponen BN," katanya, lapor agensi berita AFP.

edyes wrote:

Rakyat sekarang sudah pening, lagi banyak penafian dilakukan oleh parti komponen, lagi berita mengenai perpindahan parti disebut-sebut oleh pihak pembangkang.

Terbaru adalah dari mulut naib presiden PKR sendiri iaitu Azmin Ali setelah Dato Seri Anwar Ibrahim menyatakan perkara yang sama sebelum ini.

Berdentam dentum sehari dua ini, tatkala ribut juga melanda dalam seminggu dua ini bermula dengan kenaikkan harga minyak. Diikuti 'roadshow' demonstrasi seluruh negara, kenapa harus demo ?. Dalam pada itu, Tun Mahathir juga tidak ketinggalan untuk 'champion' dalam hal minyak selaku penasihat Petronas dan diperhalusi oleh kickdefella dengan fakta. Diselangi oleh perebutan menuntut kupon 625 seperti tiada hari esok. Disusuli juga dengan laungan DSAI untuk menawan putrajaya di setiap pidatonya, dilibas pula oleh penafian demi penafian para pendokong BN. Tanpa kita sedar, Wilayah Pembangunan Iskandar semakin hampir ke tangan Sang Pura.

Inilah Malaysiaku oh tanah airku. Nantikan gelombang tsunami kedua yang pastinya menggoncang nusantara membawa harapan baru untuk Malaysia.

Kalau saudara ada masa, luangkan dalam 10minit untuk menyaksikan videoklip ini.... pasti menyentuh.... klik sini

1 comment:

Anonymous said...

Pelbagai spekulasi dan rumur dari hari ke hari TETAPI yang sengsara rakyat yang menanggung harga barangan yang makin lama makin naik
Siapa Yang pantau?

"Penyu menangis siapa yang tahu"