Wednesday, June 11, 2008

Demo : Ingat Janji kita 13 Jun !


Oleh Pemuda PAS Wilayah

Kepada sahabat2 yang begitu terasa dengan kenaikkan harga minyak ini, jangan duduk peluk tubuh sahaja.. ayuh kita buktikan. Tak guna kita mengeluh bersendirian.

Ini adalah masalah satu negara, angkara BN yang durjana..ayuh kita bersama-sama, buktikan bahawa tindakan kerajaan BN ini salah dan ditoloak oleh rakyat. Ayuh turun berdemo sebelum minyak naik lebih tinggi lagi.>

Jangan lupa janji kita 13 Jun 2008, selepas solat jumaat. Kita berarak dari Masjid Kg. Baru hingga ke Suria KLCC.

Sebagai tanda soladariti dan kemarahan rakyat pakailah baju MERAH!...kenapa mesti MERAH...ya..MERAH itu lambang keberanian dan semangat yang membara....ia juga adalah lambang untuk menunjukkan ketegasan dan keseriusan kita dalam membatah kenaikkan harga minyak ini...

INGAT! MERAH itu bukan milik Umno...jangan lelong warna merah itu pada UMNO...MERAH itu adalah milik rakyat...Umno patut tukar warna rasmi parti mereka kepada warna yang lebih kusam...mereka tak layak pakai merah kerana mereka hingga kini masih takut untuk suarakan ketidakpuashatian rakyat atas tindakkan pemimpin mereka.

Jadi, jangan lupa...13 jun adalah hari rakyat merampas perjuangan tulen dari Umno..kita bersatu bangkit dengan jiwa yang merdeka untuk menunjukkan pada mereka bahawa rakyat tidak takut pada kerajaan Umno-BN lagi.

Selain dari Demontrasi ini juga, hari ini PAS Wilayah akan hantar satu surat bantahan kenaikkan harga minyak kepada PM pada jam 11 pagi di Perjabat Perdana Menteri, Putrajaya.

Jam 2 petang pula, PAS Wilayah pula akan serah surat bantahan dan seruan agar pemimpin BN bertanggungjawab atas isu ini. Surat akan diserahkan pada sekretariat BN di PWTC. Bagi yang berminat, boleh berkumpul di Bus Stand depan The Mall jalan Putra.

Sebelum itu. Pemudawilayah juga telah lancar Kempen Kutipan tandatangan yang dirasmikan oleh Presiden 8 Jun lalu.

Dokumen memorandum boleh di download di sini. Bagi yang datang KL Jumaat ini, boleh datang terus ke pejabat YB. Titiwangsa di Kg. Baru bagi dapatkan salinan hardcopy secara percuma..

Diharapkan rakan-rakan dan seluruh rakyat dapat memberikan kerjasama dengan mengedar dan mengumpulkan tandatangan bagi menjayakan kempen ini khusus untuk mendesak Kerajaan Barisan Nasional tunduk pada tuntutan rakyat.

Bagi yang telah berjaya mengumpulkan senarai tandatangan, diharapkan dapat mengembalikan dokumen berkenaan kepada Sekretariat DPPWP sebelum 11 Julai 2008 (Jumaat) ke :

Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
18-3 Tingkat 2, Kompleks Udarama, Jalan 3/64A Off Jalan Ipoh,
50350 Kuala Lumpur
TelFax : (603) 40421559
Zulkarnain : 0193764089
Herman : 019-2168557
Blog : http://dppwp.wordpress.com
Email : pemudawilayah@gmail.com

Bagi mereka yang masih bersemangat meneruskan kempen bantahan...pemudawilayah juga menyediakan program Edaran risalah pada;

Tarikh : 14 Jun 2008 (Sabtu)
Masa : 5 petang
Tempat : Pasar Malam Jalan TAR (Bermula di Hadapan Masjid India hingga Ke Pertama Kompleks.

Dan seterusnya pada malam itu satu ceramah akan diatadakan seperti maklumat berikut;



edyes wrote:

Janji tetap dikota. Jangan kita mengeluh seorang diri.

Tidak kira apa bangsa, tidak kira apa agama, tidak kira apa fahaman politik, marilah kita sama-sama bangkit memberi kesedaran kepada pemerintah dungu bahawasanya ;

Kita rakyat Malaysia tidak harus menanggung beban daripada kebodohan para pemimpin dalam mengendalikan kerajaan ini !

No comments: