Wednesday, June 4, 2008

20 Jun : Ceramah Anwar Di Stadium Shah Alam

Sumber Malaysiakini

Satu ceramah perdana akan diadakan sempena sambutan 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Selangor, pada 20 Jun depan.

Menurut kenyataan Sekretariat Pakatan Rakyat Selangor, sambutan tersebut akan berlangsung di Stadium Shah Alam.

Antara tetamu kehormat yang akan hadir ialah Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim; Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, pemimpin DAP, Lim Kit Siang dan beberapa menteri besar kerajaan kerajaan Pakatan Rakyat.

Menurutnya, gerai jualan dan pameran turut diadakan di sekitar stadium manakala ceramah perdana 100 Hari Pakatan Rakyat akan diadakan pada sebelah malamnya.

Program ini disokong dan mendapat kerjasama dari kerajaan negeri Selangor, tambahnya.

Manakala pada hari berikutnya, ceramah perdana akan diadakan serentak di 22 kawasan Parlimen di Selangor.

Dalam pilihanraya umum 8 Mac lalu, barisan pembangkang - DAP, PAS dan PKR - berjaya menubuhkan kerajaan di Selangor selepas memenangi 36 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Barisan pembangkang juga berjaya memenangi 17 daripada 22 kerusi Parlimen di Selangor.

Selain Selangor, barisan pembangkang juga berjaya merampas Kedah, Pulau Pinang, Perak dan PAS kekal di Kelantan.

Selepas penubuhan kerajaan negeri, pemimpin DAP, PAS dan PKR, telah sepakat untuk merujuk kepada negeri-negeri yang dikuasai pembangkang sebagai kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

edyes wrote:

Pastikan kehadiran anda !

Datang lebih awal supaya dapat masuk stadium, jangkaan lebih 100k !!

No comments: