Kenyataan Media
19 Oktober 2015
Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Penderitaan Rakyat?
Menganjurkan perhimpunan secara besar-besaran samada di dalam stadium mahupun di atas jalanraya dengan tujuan dan tuntutan tertentu adalah fenomena biasa. Namun bagi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), himpunan yang dianjurkan wajar memberi kelebihan dan signifikasi yang positif kepada umum khususnya rakyat marhein.
Himpunan membantah GST, himpunan bantah kenaikan harga tol dan himpunan protes harga petrol naik adalah contoh himpunan yang bertujuan meringankan beban rakyat. Manakala himpunan membantah ISA, membantah penipuan pilihanraya pula adalah contoh himpunan yang menuntut hak demokrasi. Semua himpunan yang mempunyai tujuan ini adalah demi rakyat dan wajar dibanggakan.
Baru-baru ini kita dapat saksikan satu himpunan besar yang memenuhi sebuah stadium dengan tujuan menunjuk kekuatan. Dikhabarkan ratusan bas disewa untuk membawa penyokong hadir ke lokasi himpunan. SAMM ingin bertanya apakah tujuan himpunan dianjurkan selain daripada menunjuk kekuatan? Perlukah himpunan begini dianjur ketika rakyat dan kerajaan negeri Kelantan dilihat terjerumus pelbagai permasalahan?
SAMM agak terkejut dengan kenyataan YB Husam Musa beberapa hari sebelum himpunan berlangsung. Beliau membangkitkan banyak persoalan termasuklah soal jumlah tunggakan potongan pelbagai jenis pinjaman guru-guru Yayasan Islam Kelantan (YIK) mencecah RM 14.6 juta hingga September 2015. YIK ialah agensi agama kerajaan negeri Kelantan yang diamanahkan untuk menjalankan aktiviti pendidikan Islam dan pengajian bahasa Arab di Kelantan.
Antara permasalahan yang dibangkitkan oleh YB Husam termasuk gaji guru telah dipotong oleh YIK untuk caruman guru-guru berkenaan tetapi YIK tidak menjelaskan caruman itu kepada agensi sepatutnya malah bayaran caruman kepada Koperasi Maik umpamanya, telah terhenti sejak Jun 2014. Tunggakan juga berlaku kepada Biro Angkasa, Bank Islam, Tabung Haji, KWSP - semua sekali 21 jenis potongan caruman yang tertunggak.
Kerajaan negeri Kelantan yang selama ini dicanang sebagai sebuah kerajaan Islam haruslah bersikap amanah dalam mentadbir sebuah negeri. Pemotongan gaji yang telah dilakukan oleh YIK tetapi tidak dibayar kepada agensi yang dicarum adalah satu perbuatan yang tidak jujur malah ia menyusahkan banyak pihak.
Dalam masa yang sama menurut Husam, pembaziran turut berlaku apabila banyak lawatan luar negara yang melibatkan exco kerajaan negeri termasuklah lawatan ke Indonesia, Russia dan Afrika Selatan. Malah dilaporkan Exco kerajaan negeri telah membuat sumbangan yang besar dalam himpunan terdahulu di Pasir Putih dengan belanja mencecah ratusan ribu ringgit.
Hari ini SAMM pula ingin bertanya, berapakah jumlah perbelanjaan untuk perhimpunan Fastaqim? Tidakkah himpunan ini menelan belanja jutaan ringgit?
SAMM memandang serius akan pembaziran ini kerana ia cukup kontradik dengan apa yang berlaku dan secara langsung melibatkan nasib rakyat khususnya di negeri Kelantan. Dimaklumkan juga bahawa mangsa bah kuning hampir setahun yang lalu masih tinggal dalam khemah dan rumah sementara yang sangat daif. Kini musim tengkujuh kembali, hujan lebat akan mula berterusan. Apakah nasib mereka ketika kalian semua berhimpun dan berpesta ular?
SAMM juga sedang merangka untuk membuat lawatan ke lokasi saki-baki mangsa banjir di Kelantan. Selain menyampaikan sedikit bantuan, SAMM juga ingin memantau keadaan sekeliling dan persediaan menghadapi musim banjir yang baru.
Akhir sekali, SAMM ingin nasihatkan berhimpun memerah keringat kehadiran orang ramai itu biarlah demi sesuatu yang bermanfaat. Jika sekadar ingin menunjuk kekuatan, ambil lah iktibar dari himpunan hijau yang juga hasilnya memenuhi Stadium Darul Aman di Kedah, nampak seolah-olah kuat dan ramai tetapi akhirnya kerajaan Pas Kedah tumbang dalam PRU-13.
Sekian,
Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
9 comments:
Ini hanya himpunan nak tunjuk PAS lagi kuat dpd Amanah..soal kebajikan rakyat tolak ketepi..
FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN
Tak tahu apa masalah mereka, ada juga bunyi-bunyi sumbang mengatakan PAS dah tak ada kerja lain, asyik berhimpun sahaja. Lebih baik tumpu kerja untuk menang pilihanraya, atau bantu mangsa banjir, lebih berfaedah kata mereka.
Pertama, kami PAS adalah sebuah gerakan 'Islam'. Islam pula agama yang sarat dengan perhimpunan. Setiap hari di peringkat kelompok komuniti, disarankan berkumpul 5 kali sehari di masjid pada waktu solat. Seminggu sekali di peringkat mukim atau kampung, diwajibkan ke masjid pada solat Jumaat. Setahun sekali di peringkat antarabangsa, menjadi rukun Islam umat Islam berkumpul di Tanah Haram Mekah.
Maka jangan hairan kalau PAS sangat sinonim dengan perhimpunan, kerana roh Islam sangat kiat di dalam jemaah PAS.
Kedua, perhimpunan dari seluruh Malaysia akan memperkuatkan silaturrahim sesama ahli. Inilah masa kebanyakan ahli yang bergiat di peringkat cawangan atau kawasan berkenalan dengan saudara jemaah dari tempat lain. Dari pertemuan, jabat salam, bertanya khabar dan bermesraan akan membuahkan persaudaraan.
Persaudaraan adalah elemen ultra penting dalam sebuah organisasi apatah lagi dalam sebuah gerakan Islam. Kerana itulah baginda Nabi memulakan penubuhan negara Madinah dengan persaudaraan Aus-Khazraj Muhajirin-Ansar.
Ketiga, perhimpunan akan membentuk sebuah kesatuan fikrah antara pucuk pimpinan hingga ke peringkat yang paling rendah. Ini berlaku dengan ucapan-ucapan pimpinan. Mereka akan menjelaskan segala macam isu dan kekusutan yang timbul dek mainan media dan musuh. Maklumat yang tepat dan first hand akan diterima semua sebagai bekal membentengi anasir buruk yang cuba menembus.
Maka hilanglah segala prasangka buruk. Keraguan bertukar keyakinan dan kebencian bertukar kasih sayang. Baginda SAW juga sering mengumpulkan para sahabat untuk berpidato sekiranya timbul sebarang isu di kalangan mereka. Ini sunnah yang tak wajar gerakan Islam pinggirkan
Keempat, perhimpunan akan membangkitkan semangat ahli untuk terus berjuang. PAS tidak menyediakan gaji. PAS tidak menjanjikan jawatan. Nak datang perhimpunan pun dengan duit belanja sendiri. Sampai di Stadium nanti ada pula tabung derma yang menanti. Tetapi dengan berhimpunnya orang-orang yang memiliki iman di hati, iman-iman itu akan bertaut lalu berbuahlah sebuah kemanisan iman. Kemanisan ini akan membuat ibadat jadi lazat, dakwah jadi indah dan jihad jadi kegemaran orang beriman.
Keempat, perhimpunan akan membangkitkan semangat ahli untuk terus berjuang. PAS tidak menyediakan gaji. PAS tidak menjanjikan jawatan. Nak datang perhimpunan pun dengan duit belanja sendiri. Sampai di Stadium nanti ada pula tabung derma yang menanti. Tetapi dengan berhimpunnya orang-orang yang memiliki iman di hati, iman-iman itu akan bertaut lalu berbuahlah sebuah kemanisan iman. Kemanisan ini akan membuat ibadat jadi lazat, dakwah jadi indah dan jihad jadi kegemaran orang beriman.
Lebih-lebih lagi seandainya kita dapat mendengar laporan prestasi Islam tempat-tempat lain. Apabila ada yang melaporkan peningkatan Islam di Sabah Sarawak, keyakinan tambah kerusi Johor, jaminan tawan kerusi Melaka, keahlian bertambah begitu pesat, memang meremang bulu roma. Kami di tempat lain tambah semangat semakin ghairah untuk berlumba-luma meningkatkan prestasi atas dasar Fastabiqul Khairat.
Kelima, kehadiran kami khususnya di negeri Serambi Mekah untuk memberi semangat kepada orang Kelantan. Dewasa ini mula kedengaran riuh rendah media mengapikan kenyataan segelintir bekas pimpinan PAS menyerang pentadbiran Kelantan. Sebagaimana riuhnya perosak dalaman PAS hingga jatuhnya kerajaan Kedah, kini seolah mahu Kelantan pula jatuh.
60,000 kami mungkin tidak mampu mengganti seorang Tok Guru Nik Aziz, namun kami berusaha untuk menyatakan kami seluruh Malaysia sentiasa bersama kerajaan Islam Kelantan. Mereka yang cuba berniat buruk terhadap Kelantan bukan berhadapan dengan pimpinan PAS Kelantan sahaja, tapi dengan seluruh jentera PAS di Malaysia!
Keenam, kami berhimpun tidak bermakna kami tinggal segala kerja lain. Dalam masa yang sama, kami di pengkalan masing-masing meneruskan agenda politik, tarbiah dan dakwah. Contohnya di Terengganu, beberapa hari lepas saya baru sahaja selesai menguruskan retreat NGO-NGO Terengganu. Waktu yang sama Penerangan Negeri turut menganjur majlis Penerangan isu-isu semasa buat jentera PAS. Mesyuarat dan Usrah berjalan seperti biasa. Culaan dan daftar pemilih sentiasa berjalan. Ziarah dan mendekati masyarakat di lapangan sentiasa berlaku. Semalam baru sahaja wakil kita menziarahi balu bekas YB yang ditembak mati.
Itu hanya sebahagian yang saya tahu. Setiap cawangan, kawasan dan negeri ada peranannya, apatah lagi di peringkat pusat. Kalau saya nyatakan setiap gerakerja PAS, nescaya hanglah segala telefon pintar sebelum habis scroll semuanya.
Cukuplah beberapa jawapan ini dari saya untuk menjawab riuh rendah pengkritik. Siapa mahu tambah lagi, dipersilakan di ruangan komen. Siapa yang masih tidak berpuashati, sukacitanya anda dijemput untuk hadir melihat dan merasai sendiri apa yang kami selama ini 'rasa'!
(Alang Ibn Shukrimun)
Apakah himpunan 'Show Force' Bersih 4.0 yang di dominasi cina DAP mampu ringankan penderitaan rakyat?"
hati kalau dh xsuka..PAS buat ape pun xbetul..yg keluarkan statement pulak pengarah propaganda....jgn smpai jd fitnah sudahlah....
Kehadiran dicatat melimpah ruah baru2 ni bila mat sabu buat ceramah penerangan di salah sebuah kedai kopi..
Kehadiran dicatat melimpah ruah baru2 ni bila mat sabu buat ceramah penerangan di salah sebuah kedai kopi..
jangan mula sombong yer sapa2 pun.. tlg jaga kepentingan rakyat... ingat tujuan asal parti politik ditubuhkan.. utk bantu rakyat.. bg yg mewakili Islam.. tunjuk akhlak Islam biar org bukan Islam nampak Islam utk semua.
Ala...SAMM..cakap je kau dan pemimpin mulut murai chegubark tu dengki maut dengan PAS!!! PAS mana ada guna duit rakyat macam BN!!
...kau tu chegubard dah tk relevant lansung...dah lah kena gantung dgn PKR...dengan Azmin pun masih tak habis2 dengki.....nilah perangai melayu ..hasad dengki!! (bukan perangai Islam.ye)..sejak dari zaman kejatuhan Melaka hingga sekarang...penghasut dan kaki dengki tegar macam chegubard ni lah yg merosakkan bangsa melayu.....bangsa lain ketawa terbahak- dengan perangai gila publisiti chegubard ni!!
Post a Comment