Tuesday, December 31, 2013

#RPDM31D: Himpunan Paling Istimewa Dalam Sejarah (episod 1)

Tulisan Santai
31 Disember 2013

#RPDM31D: Himpunan Paling Istimewa Dalam Sejarah 
(episod satu daripada dua)

Saya telah menulis mengenai mengapa kita perlu bangkit melawan, respon daripada laporan Sinar Harian pada 3 minggu yang lalu. Di akhir tulisan tersebut, saya mengajak anak muda bangkit dan lawan. Bila nak lawan? 31 Disember adalam masanya. Lawan bukan bererti cipta kekecohan, lawan beerti mencipta sejarah, berhimpun dan berprotes secara aman di dalam kompartment Dataran Merdeka, sesuatu yang tidak pernah berlaku pada pasca reformasi 1998. 

Justeru sempena Gerakan 31 Disember ini berlangsung, saya tidak bercadang untuk menulis perkara yang sama, tetapi ingin saya ceritakan betapa istimewanya himpunan Protes Ambang Tahun Baru di Dataran Merdeka yang akan bermula jam 10 malam ini, berbanding himpunan lain sebelumnya. 

Saya pernah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam beberapa himpunan besar sebelum ini, termasuk Bersih 2, Bersih 3, Janji Demokrasi, HKR112 dan juga siri Black505. Namun tidak ada yang lebih baik dari apa yang saya lalui ketika mempromosikan #RPDM31D atau himpunan TURUN.

Ketika bersih 2 pada Julai 2011, himpunan ini dianjur oleh gagasan NGO Bersih. Ia dipromosikan dalam keadaan yang sangat tersusun, dengan cabaran yang sangat keras dari pihak polis. Ketika ini, Khalid Abu Bakar sebagai chef de Mission pasukan polis kerana IGP tidak sehat. 

Memang keras provokasinya, sesiapa yang memakai baju kuning akan ditangkap walaupun beberapa hari sebelum himpunan bermula. Sehingga pada hari kejadian, kotaraya Kuala Lumpur menjadi ghost town sejak pagi. Tiada kenderaan lalu lalang di Jalan TAR dan Jalan Raja Laut, anda boleh baring di situ jika mahu.

Sasaran himpunan ketika itu ialah berhimpun di Stadium Merdeka. Tetapi ia langsung tidak dibenarkan. Kawat berduri mengelilingi jalan masuk ke stadium merdeka. Lokasi yang menghimpun paling ramai ketika itu ialah di depan Dataran Maybank, di sini perlawanan Bersih 2 bermula. Pertempuran di depan puduraya berlaku, sehingga crowd besar terpecah dua. Akhirnya crowd ini bergabung semula di Jalan Silang, bergerak menuju ke KLCC dan berakhir di sana dengan satu kematian. Alfatehah buat saudara pejuang Arwah Baharuddin.

Kemudian tahun 2012, sekali lagi rakyat berhimpun dalam aksi Bersih 3.0. Kita berhimpun dengan harapan pilihanraya umum ke-13 dilaksanakan dengan bersih dan adil. Ada 8 tuntutan Bersih 3.0, antaranya ialah mendesak penggunaan dakwat kekal. Ya sudah tentu dakwat kekal yang kekal, bukan dakwat kekal yang tidak kekal.

Himpunan Bersih 3.0 menyasarkan Dataran Merdeka sebagai lokasi protes 'duduk dan bantah'. Pada waktu ini, terlihat kegentaran pemerintah apabila mengusulkan Stadium Merdeka sebagai alternatif tempat berhimpun, padahal kami sudah minta pada Bersih 2 yang lalu namun tidak dilayan. Ketika Dataran Merdeka jadi pilihan, mereka bagi pula stadium yang dulu dikeliling dengan kawat berduri. Kami katakan, sorry.

Himpunan bermula dengan aman, walaupun tidak tenang apabila ribuan telah memenuhi perkarangan Dataran Merdeka sejak pagi. 

Hebatnya himpunan ini, ramainya manusia, banyaknya rakyat. Sepanjang jalan Tun Perak, jalan TAR dan jalan Tun HS Lee, jalan Raja Laut dan Jalan Kuching dipenuhi lebih 200 ribu peserta demonstrasi. Kita dapat lihat bandaraya Kuala Lumpur berjaya dikuningkan pada tanggal 28 April 2013. Mereka ingin masuk ke Dataran Merdeka. Bagi mereka, dataran ini adalah milik rakyat dan ia perlu dimerdekakan.

Akhirnya, pada jam 3.13pm, telah meletus pertempuran dengan pihak FRU. Ketika itu seharusnya Dataran Merdeka dibenarkan masuk kerana ratusan ribu sedang bersesak di tengah beberapa batang jalan. Ramai yang cedera apabila ratusan canister pemedih mata jatuh dari langit. Rakyat bagaikan serangga yang disembur racun oleh pemerintah. Tidak cukup dengan itu, pihak polis umpama gangster memukul sesiapa sahaja yang berjaya dicekup. Mereka yang dipukul itu bukan pencuri, tetapi rakyat yang memegang hak berhimpun secara aman. Klip video dan gambar menjadi saksi bersejarah.

Himpunan berakhir dengan tangkapan yang besar pada jam 7 petang. Malah ada yang dipukul ketika azan berkumandang setelah berlindung di masjid. Samada ini tindakan ala-zionis atau tidak, anda nilaikan sendiri. Saya sempat melarikan diri tetapi ramai komrad SAMM diberkas, dipijak dan dibelasah, termasuklah che'GuBard sendiri. 

Pihak polis tidak mahu himpunan berlarutan di sebelah malam, kerana itu operasi tangkapan paling besar dan 'bergaya' berlangsung di hujung senja. Saya yakin himpunan pada sebelah malam akan beri kelebihan kepada demonstran manakala pihak berkuasa pula akan hilang separuh dari penglihatan umumnya (pandangan dari heli dan menara). 

Seterusnya, himpunan Janji Demokrasi atau turut dikenali sebagai Janji Bersih pada tanggal 30 Ogos 2012. Buat pertama kali himpunan berlangsung pada sebelah malam, ideanya ialah kita sambut ambang merdeka dengan protes rakyat meminta tuntutan bersih dilaksana. Janji Demokrasi hanya dipromosi dalam media sosial sahaja tetapi berjaya menghimpun lebih 20 ribu rakyat berbaju kuning di perkarangan Dataran Merdeka. 

Ketika itu, kita cukup kekuatan dan boleh saja rempuh masuk ke Dataran Merdeka yang penuh dengan persiapan sambutan kemerdekaan di sebelah paginya. Tapi rakyat masih punya kesabaran, dan sebenarnya sebab belum ditipu dalam PRU. Himpunan bersurai selepas disambut secara simbolik di Dataran DBKL. Seronoknya himpunan malam, sejuk dan cukup bertenaga. Tiada gangguan dari pihak berkuasa. Janji Demokrasi membuktikan sesuatu - himpunan aman jika polis beri kerjasama dan tidak ganggu.

Masuk tahun 2013, tahun pilihanraya. Untuk tempuh pilihanraya, kekuatan rakyat harus ditonjolkan. Maka Himpunan Kebangkitan Rakyat disusun selama hampir 3 bulan lamanya. Himpunan ini disusun hampir sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Seperti himpunan Bersih, SAMM bantu mobilisasi dengan sebuah roadshow dengan pakej 13 lokasi di seluruh negara, bermula dua minggu sebelum hari besar. Saya mengambil peluang berucap di atas pentas roadshow ini di setiap negeri yang dijayakan oleh SAMM dan rakan sekutu.

HKR112 atau KL112 ini berakhir dengan Stadium Merdeka dipenuhi dan kebajiran penyokong melimpah hingga ke jalan Maharajalela. Tidak banyak yang boleh diceritakan dalam himpunan ini. Tiada perlawanan, polis beri laluan. Himpunan tunjuk kekuatan ini juga ada permit.

Akhirnya, tanggal 5 Mei 2013, Pakatan Rakyat tumbang di PRU-13 akibat penipuan pilihanraya yang melampau. Maka bermulalah siri himpunan Blackout, himpunan suara rakyat di amcorp mall dan #RPDM31D.

Bersambung...

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda SAMM

8,000 BAHAN KEMPEN NYAH TAIB SEMPENA PELANCARAN KEMPEN

Kenyataan Media

31 Disember 2013


8,000 BAHAN KEMPEN NYAH TAIB SEMPENA PELANCARAN KEMPEN


Bagi pihak Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Sarawak mengucapkan terima kasih kepada team SAMM Kebangsaan yang datang dari perbagai negeri hadir bersama sempena Lawatan Kerja SAMM ke Sarawak pada 27 – 30 Disember 2013 lalu.


Bermula dari program di Baram iaitu bersama Komuniti yang bangkit dan penduduk yang bakal menjadi mangsa kemusnahan Empangan Baram jika dibina sebelum program pertemuan anak muda di Miri, sehinggalah bengkel dan diskusi anak Muda di Kuching. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga buat aktivis – aktivis sekutu SAMM Sarawak yang turut membantu program – program yang diadakan.


Agenda utama lawatan kali iaitu melancarkan kempen kesedaran NYAH TAIB (Tamak, Angkuh,Ingkar,Bongkak). Punca utama masalah pemimpin kaya tetapi negeri miskin ialah Taib maka kempen ini mensasarkan Taib sahaja bukan Bn. Taib terlalu berkuasa sehinggakan ramai pemimpin berpotensi dalam Bn juga menjadi 'bongsai'. 


Kempen Nyah Taib ialah kempen kesedaran mengajak rakyat termasuk anggota dan pemimpin PBB dan Bn untuk mendesak Taib supaya berundur segera mungkin.


Kempen ini mengandungi perbagai pendekatan antaranya 1 juta bahan kempen (risalah dan dvd) ke seluruh pelusuk Sarawak bagi menerangkan dan membongkarkan kekayaan dan kepincangan pentadbiran Taib. Dalam tempoh 3 bulan pertama 100 orang aktivis serba boleh anak tempatan akan dilatih bagi menjayakan gerak kerja kempen ini. Bukan setakat mengendalikan kempen tetapi mereka akan terlatih dalam bidang perang saraf juga.


Masalah kita selama ini ialah kempen kita disenyapkan (media black out) dan perbagai halangan. Maka untuk pelancaran kali ini kami telah mencuba pendekatan berbeza bagi memecah kepungan tersebut. 


Pada peringkat awal kami mencadang satu gimik pelancaran dibuat di depan rumah Taib sendiri tetapi respon luar jangka diperolehi, ugutan ala gangster termasuk tekanan dari pasukan keselamatan cukup hebat. Maka kami mengalihkan ke tempat lain dengan cara lain kerana sasaran kami depan rumah Taib cuma media event bukan sasaran utama.


Menjelang lawatan kerja SAMM ke Sarawak ramai kelihatan panik mungkin kerana kempen Nyah Taib mensasarkan Taib Mahmud sahaja maka Taib sendiri menggunakan kempen ini untuk mengukur kesetiaan orang orangnya.  Taib sendiri panik dan terbang keluar negeri dan hanya berani memerhatikan dari luar. 


Sememangnya bila mensasarkan Taib sahaja kami memperolehi isyarat sokongan dari dalam Bn sendiri yang sedar betapa Taib perlu berundur. Tetapi sudah tentu di depan Taib pengampu akan bersuara maka bukan sedikit laporan polis dan pengampu mengeluarkan kenyataan termasuk ugutan ala gangster. Seminggu lebih SAMM Sarawak menjadi isi berita termasuk muka depan akhbar tempatan.


Seperti dijangka bila gendang dipalu SAMM Sarawak dan sekutu maka termakan dengan propaganda SAMM Sarawak, beratus sekutu terpaksa berpanas berhujan, makan nasi bungkus melaung – laungkan kesetiaan kepada Taib di depan rumahnya. Malah kesian dengan anggota polis yang dua hari terpaksa berkhemah dan membuat sekatan sekitar jalan ke rumah Taib.


Selaku gerakan muda SAMM Sarawak cukup kreatif dengan mensasarkan tumpuan mereka ke rumah Taib maka kelonggaran ini kami gunakan untuk mengedarkan risalah dan dvd (bahan kempen Nyah Taib) ke seluruh pelusuk kawasan dan akhirnya hampir 8,000 bahan kempen tersebar.


Ini baru pelancaran, kempen ini akan berterusan dengan perbagai aktiviti sepanjang tahun 2014. SAMM Sarawak memohon kerjasama semua dan mengajak semua anak muda Sarawak tak kira dalam dan luar Sarawak untuk bersama dengan perbagai program khususnya sepanjang 2014.


SAMM telah menyusun 2014 sebagai tahun menyusun gerakan anak muda Sarawak dan Taib harus berundur. Walaupun SAMM ditekan kiri dan kanan fokus untuk menyusun gerakkan muda dan mempertingkatkan kesedaran rakyat tidak pernah lari.

 

Sekian

 

Perjuangan adalah perlaksanaan kata – kata

Selamatkan Sarawak, Selamatkan Malaysia

 

Azan Akma

Penyelaras SAMM Kuching

Email :akmal.zahraa@gmail.com

Facebook :Azan Akma

Twitter :azan_akmal@twitter.com

Web rasmi : www.anakmudamalaysia.


Monday, December 30, 2013

BOM TANGAN: SIAPA PESERTA ITU WAHAI PDRM?

KENYATAAN MEDIA
30 DISEMBER 2013 (2.10pm)

BOM TANGAN: SIAPA PESERTA ITU WAHAI PDRM?

Respon yang diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang cuba mengelak dari notis saman RM100 juta oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggambarkan dirinya berada dalam kedudukan panik. 

Datuk Amar Singh dalam kenyataan terbarunya nafi menyebut NGO merancang pengeboman, tetapi menyebut risiko pengeboman tersebut mungkin dibuat oleh peserta lain. Persoalan timbul, siapakah peserta itu? Apakah peserta itu dikenali di kalangan polis? Berapa banyak bom tangan yang ditemui? 

Tuduhan melulu sabtu lalu bukan sahaja mencemar nama baik SAMM, malah mendatangkan kebimbangan awam yang melampau hanya berdasarkan sumber yang tidak kredibel dan maklumat risik yang tersasar. Ini tidak boleh dimaafkan, PDRM dan Amar Singh tidak akan terlepas kali ini walau dengan apapun helah dan 'cakap pusing'nya kerana SAMM mempunyai bukti berbentuk video dan keratan akhbar.

SAMM juga turut pelik, bagaimana sebuah institusi yang sepatutnya mententeramkan awam dan menjaga keselamatan, sebaliknya bertindak bagaikan agensi propaganda yang menggusarkan rakyat dengan berita 'bom tangan', ia semestinya dakwaan yang sangat serius.

SAMM terus menyeru orang ramai membanjiri Dataran Merdeka mengenakan pakaian hitam dan membawa bendera kebangsaan bersama secara aman. 

SAMM sekali lagi menegaskan menolak fitnah 'himpunan guling kerajaan'. Himpunan ini adalah himpunan protes kenaikan kos sara hidup yang dianjurkan sendiri oleh rakyat, ekoran kegagalan kerajaan dan juga penipuan janji PRU oleh Barisan Nasional. 

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

*Dikepilkan salah satu bukti keratan akhbar online Harian Metro sebagai rujukan

Sunday, December 29, 2013

PDRM Atau Sesiapa Jangan Alih Isu Kenaikan Kos Sara Hidup, Protes Rakyat Ambang Tahun Baru Diteruskan!

Kenyataan Media
29 Disember 2013

PDRM Atau Sesiapa Jangan Alih Isu Kenaikan Kos Sara Hidup, Protes Rakyat Ambang Tahun Baru Diteruskan!

Merujuk kepada sidang media pihak polis yang disampaikan oleh Timbalan Ketua Polis Wilayah, Datuk Amar Singh Ishar Singh, dengan ini Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) rakam rasa terkejut dan mengecam tuduhan yang mengaitkan che'GuBard dan SAMM kononnya menganjurkan himpunan untuk guling kerajaan pada 31 Disember nanti. Tuduhan tersebut lebih jijik lagi apabila disambung dengan propaganda jahat iaitu perancangan mengebom dan sebagainya.

SAMM menjelaskan dengan tegas beberapa perkara adalah seperti berikut;

1. Rakyat terhimpit dengan kenaikan kos hidup, ini berkait rapat dengan kegagalan pemerintah yang mungkir janji PRU tujuh bulan yang lalu. Janji BN untuk turunkan bayaran tol secara berperingkat dan kurangkan bebanan rakyat, namun BN terus umum naik kenaikan berantai parah dari petrol, gas, gula, elektrik dan lain-lain.

2. Maka muncul cadangan untuk rakyat turun ke Dataran Merdeka menunjukkan protes terhadap kenaikan kos sara hidup. Cadangan ini bermula dengan persetujuan yang diolah ribuan anak muda melalui media sosial facebook.

3. Ekoran itu beberapa NGO seperti SAMM menyambut baik persetujuan yang diolah secara organik ini dengan menyusun promosi untuk protes 31 Disember dan seumpamanya, malah satu panitia dari kalangan rakyat ditubuhkan.

4. Namun pemerintah yang menganggap kebangkitan kesedaran rakyat sebagai tekanan telah memulakan propaganda dengan memunculkan persepsi jahat terhadap himpunan protes kenaikan kos hidup sebagai 'himpunan guling kerajaan'. Maka media arus perdana digunakan sepenuhnya bagi mengalih isu dari kenaikan kos sara hidup kepada guling kerajaan.

5. SAMM antara yang bersetuju dengan hak rakyat berhimpun telah berkali-kali menegaskan melalui kenyataan persendirian dan kenyataan bersama, bahawa himpunan ini cuma himpunan protes rakyat secara aman bagi menyatakan protes kenaikan kos sara hidup, bukan untuk guling kerajaan apatah lagi berbentuk keganasan.

6. Tidak dinafikan banyak juga pihak termakan propaganda dan dakyah jahat yang mengaitkan himpunan malam tahun baru nanti dengan keganasan menggulingkan kerajaan. Cuma tidak dapat dipastikan samada PDRM merupakan pihak yang terpedaya dengan propaganda jahat tersebut atau sendiri terlibat menjayakan propaganda jahat.

7. Kemuncaknya semalam, Datuk Amar Singh Ishar Singh telah buat sidang media seolah-olah ada maklumat gempar, seperti menjadi lidah kepada propaganda jahat tersebut apabila menyebut nama beberapa individu dan beberapa organisasi termasuk nama che'GuBard dan gerakan Solidariti Anak Muda Malaysia sebagai terlibat anjur himpunan guling kerajaan pada malam tahun baru, dikaitkan pula konon punya simpanan bom tangan dan sebagainya.

Datuk Amar Singh Ishar Singh kononnya ada maklumat dan sumber mengenai tuduhan itu. Namun pendedahan menjadi 'lawak' apabila dia umum himpunan guling kerajaan oleh NGO-NGO kecil ini hanya ratusan dijangka hadir. che'GuBard kasihan dengan Datuk Amar Singh Ishar Singh, seorang pegawai polis kanan sanggup kelihatan begitu bodoh apabila menjadi alat aparat dakyah regim.

8. Saya dengan ini mendesak fitnah ini ditarik balik oleh Datuk Amar Singh Ishar Singh dan permohonan maaf dituntut. Dia harus dedah apa sumber dia, dan dedah bukti gred A sekiranya ada. Saya akan ambil tindakan undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan semua media jahat yang menjadi lidah penyambung fitnah tersebut. Isnin ini (30 Disember), che'GuBard dan SAMM akan menghantar notis undang-undang terhadap Datuk Amar Singh Ishar Singh dan media-media terbabit. Saya akan memulakan proses saman sebanyak RM100 juta ke atasnya.

10. Mohon semua bertenang dan jangan terkesan dengan pengalihan isu. Acara protes kenaikan kos hidup tetap akan berlangsung kerana mana mungkin SAMM batalkan sedangkan kami bukan penganjur. Himpunan protes ambang tahun baru ini dianjurkan oleh rakyat untuk perjuang nasib sendiri.

Semua harus datang secara aman, jika ada yang membawa senjata dan membuat provokasi menghasut keganasan, ia akan dikenalpasti sebagai agen jahat maka rakyat sendiri akan tangkap dan serah kepada polis. Polis juga sudah tentu tidak mahu menandakan permulahan tahun baru ini dgn titik hitam hubungan polis dan rakyat.

Ayuh, kita datang hanya bersenjatakan banner, poster dan laungan. kita jumpa di Dataran Merdeka nanti.

Sekian,

Che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

*Che'GuBard ketika ini baru keluar dari belantara Baram untuk program SAMM dan komuniti orang asal yang bakal menjadi mangsa dan bangkit menentang pembinaan empangan Baram.

Friday, December 27, 2013

Kesepakatan Dicapai, Gerakan3112-TURUN Mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013

Kenyataan Media
27 Disember 2013

Kesepakatan Dicapai, Gerakan3112-TURUN Mewarnai Dataran Merdeka 31 Disember 2013

Setelah satu pertemuan berlangsung, kami dari Gerakan3112 dan NGO TURUN akhirnya mencapai kata sepakat bersama rakyat menganjurkan sebuah himpunan protes besar-besaran di Dataran Merdeka menjelang ambang tahun baru.

Gabungan Gerakan3112-TURUN yang mendapat sokongan dari beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dengan ini bersama dalam perkara-perkara berikut;

1. Menafikan bahawa himpunan yang akan berlangsung pada malam 31 Disember 2013 sebagai 'himpunan guling kerajaan' sepertimana tohmahan pihak tidak bertanggungjawab. Himpunan anjuran rakyat ini adalah himpunan aman yang dibenarkan menurut perkara 10 Perlembagaan Malaysia.

2. Menuntut pihak kerajaan;
  • Menurunkan segera segala punca kenaikan kos sara hidup.
  • Menggesa kerajaan supaya tidak mengkhianati janji yang telah ditabur sebelum mendapat kuasa pada PRU13.
  • Menghentikan segala pemborosan dan ketirisan yang berlaku, yang akhirnya ditanggung oleh rakyat. 
3. Mensasarkan orang ramai yang hadir pada malam tersebut masuk ke Dataran Merdeka dan menyatakan protes bantahan di sana.

4. Turut menyelaras beberapa perkara termasuk persediaan pasukan bantuan perubatan, keselamatan dan pasukan peguam perundangan. Talian (sms) hotline019-8013149 disediakan khas sekiranya berlaku tangkapan. Sila sms nama mangsa, nombor IC mangsa dan lokasi mangsa ditangkap / balai yang dibawa.

5. Bagi memudahkan perjalanan himpunan, pihak gabungan mengumumkan tiga spot permulaan 'check point' adalah seperti berikut;
  • Sogo
  • Masjid Jamek
  • Pasar Seni (CM)
6. Peserta himpunan disarankan berkumpul di tiga 'check point' bermula jam 9 malam dan akan mula bergerak ke Dataran DBKL bersama kumpulan-kumpulan besar anak muda aktivis dan mahasiswa pada tepat jam 10 malam. Peserta himpunan akan bergerak masuk ke Dataran Merdeka setelah ketiga-tiga kumpulan 'check point' bertemu di Dataran DBKL.

7. Gabungan juga menyarankan semua peserta mengenakan pakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan.

Pihak Gabungan Gerakan3112-TURUN mengharap kerjasama dari pihak polis dan tidak ada pihak samaran yang sabotaj. Kami memberi jaminan perhimpunan ini akan berjalan dengan aman sekiranya diberi laluan sepertimana himpunan rakyat sebelum ini.

Kami menyeru orang ramai hadir merentasi batasan politik kepartian dan fahaman agama, bahawa semua tidak terkecuali terkesan dengan polisi zalim yang diperkenal oleh pemerintah. Inilah masanya rakyat memperjuangkan nasib di bumi sendiri.

Harapan kami agar himpunan ini menjadi satu signal yang berkesan kepada pihak kerajaan, bahawa rakyat sudah bangkit dan tidak berdiam diri apabila sang penguasa sewenangnya membuli rakyatnya. Rakyat akan buktikan kuasa rakyat itu mengatasi mana-mana kerajaan pemerintah.

Ayuh, bersama rakyat pilih dataran merdeka bagi meraikan tahun kesengsaraan rakyat.

Sekian,

Gabungan Gerakan3112-TURUN

*Kenyataan bersama Gerakkan3112-TURUN

Thursday, December 26, 2013

Panitia 'Gerakan3112' #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Ditubuhkan

Kenyataan Media
25 Disember 2013

Panitia 'Gerakan3112' #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis Ditubuhkan

1. Sebuah panitia Gerakan3112 telah ditubuhkan sejajar untuk memastikan himpunan aman protes rakyat pada ambang tahun baru lebih tersusun dan berjalan lancar. 

2. Penggerak Gerakan3112 adalah terdiri daripada beberapa NGO, kumpulan anak muda aktivis dan mahasiswa, dan tiada pemimpin parti politik terlibat.

3. Gerakan3112 menggesa penyertaan orang ramai dari pelbagai lapisan masyarakat memilih Dataran Merdeka sebagai tempat berhimpun pada malam 31 Disember 2013, menuntut supaya segala punca kenaikan kos sara hidup diturunkan segera - ia sebuah protes dari rakyat untuk rakyat, merentasi batasan kepartian mahupun fahaman agama. 

4. Panitia Gerakan3112 ditubuhkan untuk menyelaras 3 perkara penting pra/pasca #RPDM31D iaitu; 
  • Mengatur perikatan dengan kumpulan peguam dalam soal perundangan / pasukan 'Urgent Arrest'
  • Persediaan pasukan medic
  • Soal pengarahan dan keselamatan pada 31 Disember. 
5. Gerakan3112 menyasarkan objektif membawa semua peserta himpunan masuk ke Dataran Merdeka walau apa pun halangan bermula jam 10 malam. Berhimpun secara aman dan bertahan selama yang boleh.

6. Arahan setakat ini, seluruh kekuatan massa disaran berkumpul di Dataran DBKL pada jam 9 malam, mula bergerak masuk ke Dataran Merdeka jam 10 malam. Berpakaian serba hitam dan membawa bendera kebangsaan manakala bendera parti politik amatlah tidak digalakkan.

7. Semua pengumuman rasmi dan arahan terbaru akan disiarkan melalui saluran facebook event page: Gerakan3112 #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis pada pautan:https://www.facebook.com/events/666666776717568/?source=1

8. Manakala sumber maklumat alternatif pula boleh dipetik dari laman web Blog Tukar Tiub di atas pautan: http://tukartiub.blogspot.com/

Sekian

Panitia Gerakan3112

*Kenyataan Bersama Gerakan3112 dibuat oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai salah satu badan penggerak Panitia Gerakan3112

Lawatan PDRM ke Rumah CheGuBard Atas Arahan Bukit Aman

Kenyataan Media
25 Disember 2013 (11.45pm)

Lawatan PDRM ke Rumah CheGuBard Atas Arahan Bukit Aman

Segerombolan anggota polis telah datang melawat kediaman che'GuBard termasuk kediaman ibu bapanya pada tengah malam tadi di Bukit Chedang, Seremban (sekitar jam 11.30 malam). Berdasarkan maklumat oleh keluarga che'GuBard, lebih kurang 9 anggota polis beruniform dan berpakaian preman diketuai oleh seorang pegawai yang perkenal diri sebagai Inspektor Zaafar, hadir menaiki dua kereta dan satu van polis.

Gagal mendapatkan che'GuBard yang ketika ini mempunyai urusan di luar negara, Inspektor Zaafar hanya meninggalkan nota untuk dihubungi. Apabila ditanya apakah tujuan kedatangan pihak polis, dan adakah ia berkenaan himpunan protes rakyat 31 Disember di Dataran Merdeka, Inspektor Zaafar tidak pasti tetapi menegaskan ia adalah arahan Bukit Aman untuk 'bertemu' che'GuBard.

Menurut keluarga che'GuBard, walaupun pihak polis telah beredar, namun terdapat sebuah kenderaan dengan dua orang yang tidak dikenali berada tidak jauh dari kawasan rumah beliau. Lantas tidak menolak kemungkinan ia adalah anggota polis yang dalam usaha untuk mendapatkan che'GuBard. 

che'GuBard masih berada di luar kawasan dan hanya pulang pada awal pagi esok memaklumkan bahawa beliau akan menghubungi Inspektor Zaafar berdasarkan nota yang ditinggalkan sebaik sahaja tiba di dalam negara. Sebagai warga yang baik, che'GuBard akan hadir sendiri ke mana-mana balai polis jika diperlukan.

Sekian

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Tuesday, December 24, 2013

SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Kenyataan Media
24 Disember 2013

SAMM kutuk pengangkapan Azan Safar, Gesa Rakyat Bersedia Untuk Himpunan Besar 31 Disember

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk tindakan pihak berkuasa yang mengheret seorang mahasiswa ke balai polis tanpa alasan yang munahsabah.

Azan Safar, Pengerusi Turun yang juga Presiden GAMIS dikahabrkan dicekup polisi kira - kira jam 11.30 malam tadi ketika sedang makan di sebuah kedai makan di ibukota. Penangkapan ini dipercayai ada kaitan dengan demo malam tahun baru nanti.


Kini masih dalam rumah pasung. SAMM mempersoalkan apa keperluan tangkapan seperti ini ? Boleh sahaja panggil elok - elok datang ke balai polis untuk ambil maklumat.

SAMM mendesak pembebasan segera Azan Safar sambil menyeru semua agar tenang termasuk pasukan keselamatan dan jangan sesekali termakan provokasi BN. Pihak berkuasa harus rasional dalam membuat keputusan, tidak perlu mengikut telunjuk kerajaan BN yang dilihat telah 'goyang' oleh gerakan rakyat mutakhir ini.

Bagi SAMM, penangkapan Azan Safar akan terus membangkitkan lagi semangat anak muda dan orang ramai untuk turun bersama dalam protes raksasa 31 Disember 2013

Sheikh Yaser Abd Rahman
Penyelaras SAMM Kebangsaan

PRO TAIB PANIK HANYA KERANA LAWATAN KERJA SAMM KE SARAWAK 27 - 30 DISEMBER.

Kenyataan Umum
24 Disember 2013

PRO TAIB PANIK HANYA KERANA LAWATAN KERJA SAMM KE SARAWAK 27 - 30 DISEMBER.  

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan mengadakan lawatan kerja ke Sarawak pada 27 hingga 30 Disember 2013. Lawatan ini bertujuan bertemu dengan komrad SAMM Sarawak, menyusun massa muda melalui pertemuan dan siri diskusi sepanjang lawatan kerja ini.

Lawatan yang akan disertai oleh 11 Penyelaras dan Pengarah SAMM Kebangsaan dan diketuai oleh che'GuBard sendiri juga dibuat sebagai rentetan dari ziarah ke Baram pada 11 - 13 November lepas. sila klik sini untuk laporan ziarah Baram yang lepas.

Selain itu lawatan ini juga merupakan peluang bagi SAMM mengenali perlawanan peringkat akar umbi selain memahami isu di Sarawak. Sarawak amat penting kerana kurang dari 2 tahun akan berlaku Pilihanraya Negeri. Walaupun SAMM ialah gerakan anak muda non partisan tetapi mengambil sikap politik. SAMM melihat Sarawak perlu perubahan pemerintahan kerana jelas penindasan berlaku, negeri antara terkaya tetapi rakyat antara termiskin dan melihat betapa Sarawak menjadi kunci perubahan peringkat nasional, cuma cabaranya ialah kempen kesedaran perlu dilakukan dari sekarang demi mempertingkatkan tahap pendidikan politik pengundi.

Pasukan SAMM dijadualkan akan berada sejauh di pendalaman belantara Baram bersama pejuang aktivis yang mempertahankan tanah mereka dari dicerobohi projek Empangan. SAMM akan menyampaikan sedikit sumbangan dalam bentuk barang makanan asas selain akan mengadakan bengkel bagi menyusun perlawanan, antaranya ialah strategi perlawanan, hak anda dan polis serta bertukar pandangan mengenai perlawanan di tempat lain.

Miri juga bakal menjadi destinasi, beberapa pertemuan dengan anak muda Miri bagi menyusun perlawanan rakyat akan dibuat dalam bentuk bengkel dan diskusi.

Bagi aktivis atau anak muda setempat yang ingin menyertai program SAMM di Miri dan Baram boleh terus berhubung dengan 01115820525 Ray (Penyelaras SAMM)

29 Disember 2013 Pasukan SAMM akan bertolak dari Miri ke Kuching. 3 siri bengkel, pertemuan dan diskusi dijadualkan. Juga misi penting di Kuching ialah Pra Pelancaran Kempen 'Nyah Taib'.

Abdul Taib bin Mahmud (77 tahun) telah menjadi Ketua Menteri Sarawak selama hampir 33 tahun. Tidak dinafikan punya sedikit sebanyak khidmat jaya namun rekod rasuah dan salah guna kuasa hasil terlalu lama di tampuk pemerintahan sudah terlalu menyerlah. Sarawak antara negeri paling kaya kini kekal rakyat menjadi antara termiskin, namun tidak dinafi ramai terus mendokong dia kerana tertipu dengan imej 'raja puteh' yang tampil dengan politik 'santa clausnya'.

Kempen Nyah Taib bukan kempen parti politik namun ia kempen mensasarkan Taib seorang sahaja. Telah beberapa kali berjanji pada umum untuk berhenti namun sehingga kini sering mengelak dengan perbagai alasan. Ini secara tidak langsung turut menyekat naik pimpinan dari parti beliau sendiri.

Kempen 'Nyah Taib' ialah kempen oleh rakyat Sarawak mengajak semua rakyat Sarawak termasuk pendokong Bn di Sarawak untuk turun ke bawah bagi menyedarkan rakyat mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib dan keluarganya mengumpul harta kekayaan dan gagal dalam memajukan Sarawak seiring dengan 'sedutan' kekayaan buminya.

Kempen ini belum bermula tetapi sudah menimbulkan ketakutan. Dari media rasmi hinggalah media internet pro Taib sudah digunakan bagi menyerang Lawatan Kerja SAMM kali ini. Malah ada pimpinan pengampu Taib juga cuba memutar belitkan kononya PKR mahu mengadakan demonstrasi pada 29 Disember depan rumah Taib. (sila klik sini)

Pertama sekali program pelancaran kempen 'Nyah Taib' ialah usaha SAMM Sarawak dengan sekutu aktivis dari perbagai latar bukan PKR dan ia bukan berbentuk aksi jalanan tetapi kempen kesedaran di mana bahan kesedaran seperti risalah, bahan audio visual akan diperturunkan hingga ke pendalaman bagi mempertingkatkan kesedaran. Sekumpulan anak muda juga akan dilatih sebagai agen penyebar maklumat bagi memastikan maklumat berkesan sampai kepada sasaran tepat.



Ketika Pilihanraya Negeri jauh lagi kempen ini juga dilihat bakal disokong oleh sebahagian pimpinan negeri Sarawak yang ramai sedar mengenai kemusnahan kerakusan yang dibawa oleh Taib serta keluarga tetapi tidak punya keberanian untuk menyatakan secara berdepan. Cuma sudah pasti yang pro Taib akan muncul cuba menjadi hero.

Oleh kerana panik yang tak tentu arah oleh kumpulan pro Taib dengan program lawatan kerja SAMM ke Sarawak kali ini maka SAMM menjangkakan gangguan menggunakan pihak berkuasa kemungkinan beberapa watak akan dihalang memasuki Sarawak sehinggalah gangguan menggunakan anasir tertentu secara ganas. Namun kita yakin dengan kebijakan pasukan keselamatan dalam menjalankan tanggungjawab secara profesional.

Bagi yang mahu bersama dalam program SAMM di Kuching pula boleh terus hubungi 0129198085 (Azan Akma).

Bagi misi lawatan kerja ke Sarawak kali ini antara tumpuan ialah menyampaikan bantuan makanan asas dan peralatan perkhemahan kepada pengongsi kem bantahan (blocked) di Baram maka kami amat mengharapkan sumbangan semua. Mereka yang berkumpul bagi memprotes pembinaan Empangan meninggalkan kampung halaman ada yang berjalan berhari - hari untuk bersama tinggal di Kem bantahan, tinggal dalam suasana yang daif. Sumbangan boleh disalurkan kepada akaun Solidariti Anak Muda - akaun Maybank 162106790728 (selepas menyalurkan sumbangan sila sms 0126937908 bagi mengesahkan sumbangan). Lawatan kali ini turut melibatkan kos besar seperti kos pengangkutan ke Belantara Baram dan lain - lain kos 'ground arrangement' lain. Kos penerbangan Kuala Lumpur Sarawak ditanggung oleh anggota rombongan sendiri.

sekian,

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)


Sunday, December 22, 2013

Jangan Terpedaya Helah Mereka Menjelang 8 Hari #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis

Tulisan santai
23 Disember 2013

Jangan Terpedaya Helah Mereka Menjelang 8 Hari #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis

Percayalah cakap aku, dalam sehari dua ini akan keluar berita-berita kononnya Kerajaan Malaysia akan pertimbang itu dan ini, akan mengkaji itu dan ini, menangguhkan beberapa kenaikkan, demi untuk kesenangan rakyat, kononnya lah. Mereka akhirnya akan umum bahawa merekalah kerajaan yang prihatin kerana tangguh itu dan ini, kononnya lah.

Sedangkan mereka lupa betapa rakyat semua sudah fahami mantik ini - kerajaan sendiri yang umum kenaikan dan kerajaan sendiri yang umum batal kenaikan tersebut (atau kaji, atau pertimbang). Ini mantik yang lapuk dan mudah difahami.

Maka aku ingin menasihat semua termasuk diri sendiri, janganlah terperangkap lagi. Bacaan umum memperlihatkan Gerakan 31 Disember (atau Gerakan31D) telah mula diterima pelbagai pihak. Satu demi satu NGO dan NGI telah mula menyatakan hasrat menyertai gerakan ini yang juga dikenali sebagai #RPDM31D. Lebih istimewa, sehingga kini masih belum ada penganjur, ianya anonymous - gerakan dari rakyat untuk rakyat. 

Beberapa laporan polis telah mula dibuat terhadap gerakan ini juga menunjukkan ada ancaman keselamatan berlaku, tetapi bukan ancam keselamatan negara, hanya mengancam keselamatan pemimpin-pemimpin rasuah yang berada di tampuk kuasa.

Kerana kerajaan pemerintah ini sedar bahawa kuasa rakyat itu tidak harus dipandang enteng, maka mereka mula mengendurkan tali jerutan agar kita dapat sedikit nafas, dan pengharapan. Namun, apakah mereka (pemerintah) ini masih boleh diharapkan?

Buktinya, lewat minggu lalu, seorang pemimpin Umno yang selalu mengambil peluang untuk menjadi hero telah ke depan dengan idea 'Makmal' untuk mengkaji peningkatan kos sara hidup berbanding pendapatan rakyat.  

Namun aku tetap bertegas bahawa kami ini rakyat, bukan tikus makmal untuk dikaji, dan kamu sudah hampir 60 tahun memerintah negara ini. Apakah hasrat untuk menyenangkan rakyat dan mendahulukan rakyat itu masih di peringkat kajian? Atau ia memang sentiasa di peringkat kajian?

Kerajaan hanya peka apabila rakyat marah dan ingin mengamuk. Kerajaan sedar bahawa mereka tidak mampu menyekat kemaraan rakyat yang bersatu. Jika rakyat bertelagah, itu kerja mudah buat mereka kerana ini yang mereka belajar dari penjajah ketika mewarisi legasi atas nama Merdeka. Tidak susah bila berjaya 'pecah-perintah'.

Ya benar, kerajaan sedar kekuatan rakyat yang bersatu, hanya kita sahaja yang belum sedar kebanyakkannya, termasuklah sebilangan besar pengamal kepartian di pihak pembangkang. Masing-masing menjadi tidak sedar dan tidak sedar diri kerana asyik merebut kawasan - ini hakikat.

Oleh kerana itu mereka mula perlahan-lahan memperbaiki tempo pencopetan wang rakyat. Mereka memperlahankan permainan, bila kita leka, mereka akan melajukan semula rentak yang telah diadun. Khususnya selepas mereka berjaya kekang himpunan 31Disember nanti. 

Apakah kita harus reda dengan berita-berita pertimbang dan kaji ini?

Dengan kata mudah, tujuannya 'timbang dan kaji' ini hanya meredakan kemarahan! Akhirnya mereka akan kata, kenaikan tidak dapat dielakkan.

Justeru itu, sebagai manusia biasa yang punya akal dan maruah, bisa berfikir dan menilai, janganlah begitu mudah ditipu. Teruskan hasrat anda untuk protes secara aman di Dataran Merdeka pada 31 Disember nanti. 

Rakyat bersatu tidak dapat dikalahkan!

Edy Noor Reduan
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Wednesday, December 18, 2013

Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka

Kenyataan Media
18 Disember 2013

Protes Rakyat Ambang 2014 di Dataran Merdeka

Mutakhir ini, rakyat telah dikejutkan oleh pelbagai kenaikkan harga barangan dan perkhidmatan sekaligus meningkatkan kos sara hidup secara mendadak. Ia menerbitkan kegelisahan orang ramai terpancar melalui pelbagai laporan media termasuklah di media sosial. Malah, respon kebanyakkan menteri terhadap kenaikkan ini turut memacu kemarahan rakyat.

Justeru itu, hasil perbincangan melalui media sosial, hadir idea untuk bersama menyatakan protes terhadap peningkatan kos sara hidup secara melampau. Sambil menyifatkan tahun 2014 adalah tahun yang begitu mencabar, malam 31 Disember / ambang tahun 2014 yang disambut di Dataran Merdeka setiap tahun dipilih sebagai waktu dan lokasi yang paling sesuai untuk sebuah protes rakyat besar-besaran.

Inisiatif rakyat ini boleh dilihat melalui sebuah laman FB yang mengumpul kehadiran orang ramai ke Dataran Merdeka pada malam tersebut. Usaha ini berhasil apabila lebih seribu pengguna FB mengesahkan kehadiran dalam masa hanya beberapa jam. Laman tersebut adalah seperti di bawah;

Hashtag: #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis #RPDM31D

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyahut cabaran mempromosi protes rakyat ini secara maksima, menyeru kepada semua pihak termasuk NGO, aktivis dan orang ramai tanpa mengira warna kulit dan fahaman kepartian. SAMM percaya semua tidak terkecuali, samada penyokong kerajaan atau sebaliknya, merasai bebanan kenaikan harga barang serta perkhidmatan yang melampau dan bertindan-tindan.

Antara bebanan yang dimaksudkan ialah kenaikkan harga petrol pada September lalu diikuti kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan tambang bas sekolah, dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 15 lebuhraya. Maka himpunan bantahan ini adalah bertepatan.

Melalui media, SAMM difahamkan sebuah gabungan NGO TURUN turut berhasrat untuk bersama rakyat memilih Dataran Merdeka sebagai lokasi protes. SAMM menyambut baik keputusan tersebut dan menggalakkan lebih banyak NGO untuk turun protes bersama di Dataran Merdeka.

Dalam perkembangan sama, tidak dinafikan ada pihak / individu tertentu yang bertindak agresif cuba untuk menganjur perhimpunan di lokasi sama dengan harapan menggulingkan kerajaan. SAMM menafikan sama sekali sebarang keterlibatan. 

Namun sekiranya kerajaan yang lemah ini terguling dengan sendirinya hasil dari 'polisi' yang diperkenalkan, maka tidak boleh disalahkan sesiapa melainkan kerajaan itu sendiri.

Bagi SAMM, jelas himpunan di Dataran Merdeka adalah sebuah protes anjuran rakyat marhein. Ia sebuah protes yang aman selari dengan seruan supaya orang ramai hadir tidak membawa apa-apa senjata. 

Akhir sekali, SAMM akan kemaskini segala perkembangan memandangkan terdapat banyak pihak yang sudah menghubungi SAMM menyatakan kesediaan untuk bersama rakyat pada malam ambang tahun 2014. Satu gabungan lebih besar mungkin akan direalisasikan.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

WAJIB SEBAR!! #RakyatPilihDataranMerdeka31Dis | #RPDM31D

Sila salin dan tampal ke dinding FB dan Blog | Please copy and paste/ share

ATAS SIFAT KESEDARAN SEMUA, INI ANJURAN BERSAMA RAKYAT MARHEIN

#RakyatPilihDataranMerdeka31Dis | #RPDM31D

Kepada semua anak muda agar bangun dan lawan, Negara ini milik rakyat. Rakyat sdg dipijak dihimpit ke dinding… Kita tiada pilihan selain melawan! Kita tiada pilihan selain jalanan!! Masanya sudah tiba… 31|12|13. KUASA DI TANGAN RAKYAT!- Dataran Merdeka

Kepada abang2 polis, kepada abang2 FRU, letaklah cota kamu, letaklah ke tepi perisai kamu… sesungguhnya kamu bukanlah musuh kami, sesungguhnya kamu juga rakyat yang merasai keperitan hidup, malah mungkin lebih lagi… Kami bersama kamu, dan kamu wajar bersama kami…

To all youngsters, stands up and fight! This country belong to us, we are being crushed and pushed to the wall. We have no choice rather than fight. We have no choice rather than going to the streets. The time have come 31|12|2013 – POWER IS WITHIN THE PEOPLE! Dataran Merdeka

Behold all policeman, to all FRU unit, put away your truncheons, put aside your sheild… you're not our enemy, hence you're just like us, the rakyat… we are always with you, and you shall be with us to fight for your right, to fight for our right…

2014 the new year belong to the peoples.
Down to the regime!

SILA KLIK EVENT PAGE DI BAWAH | SAHKAN KEHADIRAN | INVITE 



Tuesday, December 17, 2013

SAMM Pahang Rakam Terima Kasih

Kenyataan Terbuka
17 Disember 2013

SAMM Pahang Rakam Terima Kasih

Bencana banjir yang berlaku di Kuantan baru-baru ini telah menyebabkan banyak kemusnahan harta benda, termasuk hampir 40000 mangsa banjir telah dipindahkan ke pusat pemindahan.

Ini disebabkan musim tengkujuh luar biasa yang telah melanda dan bertembung dengan air laut pasang besar yang menyebabkan banyak kawasan ditenggelami air termasuklah pusat bandar.

Atas kesedaran ini, SAMM Pahang selama 2 minggu lalu telah mengorak langkah awal dengan menghantar mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan menggunakan pacuan 4 roda memandangkan banyak jalan yang tidak boleh dilalui oleh kenderaan biasa.

Aksi tersebut disusuli pula bantuan bersiri oleh SAMM Kebangsaan bersama SAMM Negeri Sembilan, SAMM Johor, SAMM Kedah SAMM Terengganu dan SAMM P.Pinang. Kehadiran aktivis SAMM seluruh negara ke Kuantan bukan sahaja menghantar bantuan dari segi keperluan asas yang dikumpulkan dari pusat pengumpulan hasil sumbangan rakyat Malaysia yang prihatin, malah turut membantu dalam operasi pembersihan.

Baru-baru ini SAMM Malaysia telah melancarkan Misi Kemanusiaan SAMM #OpsBersih Banjir yang diketuai oleh saudara Md Sani Md Shah ke Kuantan. Tujuan misi ini dilaksana berikutan masih banyak mangsa banjir yang belum mendapat bantuan dan masih banyak rumah-rumah yang belum boleh diduduki akibat banjir. 

Antara yang menarik perhatian ialah, barangan persekolahan turut dibekalkan untuk kanak-kanak hasil sumbangan kerajaan negeri Selangor, NGO dan orang ramai.

Kegembiraan jelas terpancar dari wajah mangsa banjir atas kehadiran delegasi-delegasi SAMM seluruh Malaysia ke perumahan mereka. Walaupun beban kerugian yang besar itu tidak tertanggung, namun ia bantuan yang diberi mengurangkan derita mangsa banjir.

SAMM Pahang merakam jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia kerana sudi menghulurkan bantuan dari pelbagai sudut demi membantu kami di Kuantan ini. 

Inilah yang dikatakan penyatuan hati. Berat sama dipikul,ringan sama dijinjing.

Sekian,

Amirul Syazwan
Penyelaras SAMM Pahang

Monday, December 16, 2013

Menjawab Persoalan: Mengapa Kenaikan Bertindan Dalam Tempoh Singkat?

Tulisan umum
16 Disember 2013

Menjawab Persoalan: Mengapa Kenaikan Bertindan Dalam Tempoh Singkat?

Isnin. Sebilangan besar masyarakat dunia merasakan emosi pada pagi hari Isnin adalah sedikit kendur. Kekenduran pagi Isnin ini turut diberi nama jolokan 'monday blues'. 

Namun bagi saya, Isnin kali ini lain benar rasanya. Jauh lebih bersemangat dari Isnin yang lain. Mungkin faktor kemenangan besar Liverpool terhadap pasukan Spurs mempengaruhi hormon adrenalin untuk lebih bersemangat - semangat 5-0.

Pagi ini juga saya terlihat muka depan akhbar Sinar Harian yang agak mencuri perhatian. Muka depan yang terpampang perkataan "Tolonglah Jangan Naik" di semua edisi Sinar Harian seluruh negara, dengan berlatar-belakangkan lebuhraya yang penuh sesak dan juga satu gambarajah berfakta mengenai 'rasionalisasi subsidi'. 

Tajuk muka depan akhbar tersebut mencerminkan sesuatu yang lahir dari marhein. Ia satu rayuan rakyat seolah-olah merayu supaya janganlah terus menambah beban. Apakah yang dirayu itu? 

Jika rayuan itu memohon supaya kerajaan lebih berhati perut, saya percaya rayuan tersebut umpama mengejar fatamorgana.

Saya terus membelek akhbar sinar secara online untuk mencari sesuatu yang mungkin istimewa dalam edisi bertarikh hari ini. Akhirnya saya menemui satu tulisan menarik bertajuk "2014 tahun mencabar" oleh wartawan sinar harian. Saya bingkas menghubungi teman di Sinar untuk mengetahui siapakah penulis tersebut, namun gagal kerna teman saya belum masuk kerja untuk hari ini. 

Tulisan tersebut menghuraikan kenaikan demi kenaikan harga barangan dan perkhidmatan secara mendadak, telah dan bakal berlaku. Antaranya ialah kenaikkan harga petrol pada September, kenaikan harga gula pada Oktober, kenaikkan tarif elektrik pada Januari depan, semakan harga gas, semakan harga tiket pengangkutan awam seperti LRT dan juga peningkatan kadar tol yang melibatkan 13 lebuhraya. 

Tulisan yang konprehensif ini turut merumuskan betapa rakyat terpaksa berdepan satu cabaran hebat untuk tahun 2014. Tulisan tersebut menekankan bahawa kenaikan yang berlaku adalah berbentuk 'super combo' dan menjerut leher rakyat yang berpendapatan rendah serta golongan sederhana. 

Asasnya, kadar peratus kenaikan gaji adalah sangat tidak selari dengan perkembangan mutakhir ini. Rakyat tersepit dengan unjuran 'negara maju' dan slogan 'rakyat didahulukan', apakah maknanya negara maju ketika rakyat menderita?

Daripada tulisan tersebut juga dapat dilihat satu persoalan yang paling utama - Mengapa kenaikan harga itu dibuat dalam tempoh yang singkat? Tidakkah kenaikan itu boleh dibuat dalam jumlah lebih kecil atau secara berperingkat?

Persoalan tersebut hadir tanpa jawapan, hanya persoalan semata-mata. Inilah yang membangkit naluri saya untuk menulis hari ini, untuk menjawab persoalan yang diajukan oleh penulis wartawan Sinar Harian. 

Ada beberapa alasan picisan digunakan untuk mengolah persetujuan kenaikan-kenaikan ini, contohnya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) umum akan kaji tambang LRT dan monorel, kaji yang bermaksud 'akan naik' dengan alasan tarif letrik naik.

Menteri JPM, Dato Seri Abd Wahid Omar juga mengumumkan bahawa telah tiba masanya kadar tol naik dengan alasan perjanjian konsesi menyatakan kadar itu perlu disemak dan dinaikkan pada 2011. 

Pelbagai alasan dan kebetulan dinyatakan. Namun saya tetap merumuskan bahawa kenaikan mendadak yang 'bertingkek-tingkek' ini adalah hadiah kemenangan Barisan Nasional dalam PRU ke-13. Inilah ibu segala punca, janganlah sesiapa nafikan.

Dengan umpan BR1M bernilai empat angka yang akhirnya 47% terpedaya, dengan modal negara aman ketika kes bunuh berleluasa, BN bertahan ditampuk kuasa dengan lima tahun tambahan nyawa. 

Dulu ketika nyawa-nyawa ikan, semua kenaikkan ditangguhkan kerana takut kebangkitan rakyat. Malah banyak kes berprofile tinggi seperti PKFZ, NFC dan skandal Scorpene, juga keputusannya ditangguh hingga selepas pilihanraya. Hanya selepas menang pilihanraya dan mendapat kuasa, barulah timbul keberanian untuk menaikkan segala-galanya. Pesalah rasuah dari pakej 'transformasi' juga dilepaskan oleh mahkamah.

Mari imbas kembali betapa jika BN tumbang, kenaikkan ini tidak akan berlaku malah penurunan harga petrol dan pemansuhan tol secara berperingkat telah dirancang. Tidak salah saya ungkit perkara ini walau berlalu seribu tahun, kerana kemenangan BN itu berlaku secara penipuan. Mereka menipu untuk menikmati semua kenaikan di atas selain survival hidup dan mati.

Saya yakin majoriti besar rakyat di negara ini telah memilih perubahan dalam pilihanraya lalu. Namun bagaimana untuk kekang pengundian berganda-ganda jika dakwat yang dijanjikan kekal, tidak kekal. Hampir 1500 laporan polis telah dibuat, tetapi kegemparan ini terus didiamkan.

Penipuan pilihanraya lalu janganlah sesekali dilupakan, harus terus lawan waima turun ke jalanan. Hak demokrasi kita untuk memilih kerajaan baru telah digelapkan. Nescaya selagi penipuan ini tidak dituntut untuk diadakan semula, selagi itu kita akan terus berada dalam kegelapan. 

Inilah jawapan saya di atas persoalan 'mengapa semua kenaikan berlaku secara bertindan' - Kerana BN bertahan dan terus berkuasa. Sesungguhnya, kesusahan rakyat adalah kesenangan bagi pemimpin BN kerana bila rakyat susah, maka mudahlah digula-gulakan. 

Saya dengan ini menyeru kepada semua, khususnya anak muda dan golongan pekerja, bangunlah dari tidur yang lena, bangan dan lawan, kerana rakyat sedang ditindas dan negara sedang dijarah di atas nama bangsa.

Dari tegak bertimpuh, biar rebah merempuh!

EDY NOOR REDUAN
Aktivis Blogger
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Sunday, December 15, 2013

Ops Bersih Banjir SAMM-Masgenuine Dilancarkan

Laporan Media
13 Disember 2013

Ops Bersih Banjir SAMM-Masgenuine Dilancarkan

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) meneruskan lagi aksi kemanusiaan terhadap mangsa bencana banjir di Pantai Timur dengan satu operasi besar-besaran. Operasi yang dinamakan Ops Bersih Banjir SAMM-Masgenuine adalah hasil kerjasama antara SAMM dan sebuah syarikat hartanah bumiputra Masgenuine I Berhad. 

Misi kemanusiaan yang dilancarkan oleh Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail adalah siri ke-enam gerak kerja SAMM dan merupakan operasi terbesar setakat ini untuk meringankan beban mangsa banjir khususnya di Pahang, sejak awal bulan ini. 

Penyelaras operasi, Md Sani Md Shah menyatakan bahawa misi bantuan kali ini yang membabitkan satu konvoi kira-kira 50 anggota SAMM daripada seluruh pelusuk negara untuk melaksanakan kerja pembersihan di kawasan rumah selain penyerahan bantuan berbentuk barangan keperluan. Keperluan asas seperti makanan, minuman, lampin pakai buang, baju terpakai dan alatan persekolahan akan diagihkan secara terus kepada mangsa dalam aksi dari rumah ke rumah bagi memastikan bantuan diterima secara adil dan lebih cepat. 

Kebanyakan barangan yang dibawa ke pantai timur adalah sumbangan orang ramai dan misi kemanusiaan ini akan diteruskan pada masa akan datang bergantung kepada keperluan penduduk di sana. Ia ekoran usaha dari lima siri bantuan kemanusiaan yang dikelola SAMM sebelum ini mendapat perhatian daripada badan bukan kerajaan (NGO) dan orang ramai yang menghubungi SAMM untuk menyalurkan bantuan.

Konvoi SAMM berlepas ke Pantai Timur dari lokasi yang sama di Selayang sekitar jam 9 malam ini dan akan berkampung di Kuantan selama tiga hari membuat bakti sehingga hari Ahad. 

Selain YB Rodziah Ismail, turut hadir dalam majlis yang sama adalah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rawang, Gan Pei Nei, juga wakil ADUN Kuang Hjh Salasiah yang juga penyelaras DUN Kuang, che'GuBard selaku Pengasas SAMM dan seorang wakil dari syarikat Masgenuine I Berhad.

Misi bantuan yang mendapat sokongan padu daripada kerajaan Selangor ini juga turut disertai syarikat pemaju perumahan hartanah, Masgenuine Alliance Holdings Sdn Bhd yang membenarkan 
3 pejabat operasinya menjadi pusat pengumpulan malah syarikat Masgenuine turut menggunakan jaringan perniagaannya bagi menjayakan usaha mengumpul 3 tan barang makanan, peralatan pembersihan dan lain-lainSAMM turut mengucapkan tahniah di atas penglibatan badan swasta dan berharap lebih banyak syarikat tampil membuat sumbangan.

SAMM turut merakamkan terima kasih dan penghargaan kepada kerajaan Selangor khususnya Yb rodziah yang turut menghulurkan wang tunai bagi membeli barangan keperluan tambahan. Sesungguhnya usaha berjimat cermat dan pengurusan berhemah Kerajaan Selangor bukan sekadar dirasai oleh rakyat Selangor tetapi juga mereka yang memerlukan di luar negeri selangor seperti mangsa banjir di pantai timur. 

Walaupun telah banyak usaha dari pelbagai pihak untuk membantu warga pantai timur yang ditimpa bencana banjir, namun SAMM percaya ia jauh dari mencukupi kerana bencana kali ini melibatkan hampir ratusan ribu mangsa secara keseluruhannya. Bantuan yang pantas sampai ke lapangan adalah sangat dialu-alukan berbanding barangan bantuan yang 'dicop' dengan jenama kepartian sebelum dihantar kepada mangsa. Sesungguhnya menyampaikan bantuan ini bukanlah satu kempen merebut populariti.

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

Thursday, December 12, 2013

Pelepasan Konvoi OPS BERSIH Banjir SAMM – Masgenuine I Oleh Exco Kerajaan Selangor

Pelepasan Konvoi OPS BERSIH Banjir SAMM – Masgenuine I Oleh Exco Kerajaan Selangor

Syukurlah, bencana banjir yang melanda pantai timur sejak dua minggu lalu telah mulai surut di hampir semua kawasan di pantai timur. Kini tiba masanya anak muda SAMM sekali lagi turun ke lapangan selepas lima siri penghantaran bantuan kemanusiaan sebelum ini berjaya dilaksanakan.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menjemput semua wakil media untuk hadir membuat liputan "Majlis Pelepasan konvoi OPS BERSIH Banjir SAMM – Masgenuine I" oleh YB Rodziah Ismail, yang merupakan Exco Kebajikan negeri Selangor.

Majlis tersebut akan berlangsung pada masa dan lokasi berikut;

Pelepasan Konvoi dan Penyerahan bahan bantuan OPS BERSIH Banjir SAMM – Masgenuine I

Tarikh : 13 Disember (Jumaat)
Masa: 11 pagi
Lokasi: Depan pejabat urusan Masgenuine I
No.11, Jln 2/8, Bandar Baru Selayang (bertentangan Maybank Bandar Baru Selayang)
Pertanyaan: 0129781707 (Sani Md Shah)

Misi OPS BERSIH Banjir SAMM-Masgenuine I yang dijadualkan berkampung selama 3 hari di pantai timur akan diketuai oleh Chegubard selaku pengasas SAMM. Satu sidang media akan diadakan sebaik sesesai pelancaran.

Di samping itu, SAMM menyeru orang ramai yang prihatin untuk membantu dengan menyumbangkan barang keperluan yang masih diperlukan seperti

  • water jet (mesin pam penyembur air)
  • sabun (untuk membasuh rumah)
  • kasut but getah 
  • lampin bayi
  • susu / makanan bayi
  • makanan asas

Untuk pakaian terpakai pihak kami mengucapkan terima kasih kerana kami telah banyak dan berlaku lambakan.

Semua bahan seperti berikut boleh terus dihantar ke;

IMG-20131212-WA011

Masgenuine Cawangan Selayang,
no. 11, Jalan 2/8, Bandar Baru Selayang,
68100 Batu Caves, Selangor (hadapan Maybank Selayang)

IMG_00000961

Masgenuine Cawangan Hulu Langat,
No. 70-G, Jalan Lagenda Suria 3, Taman Lagenda Suria,
43100 Hulu Langat, Selangor

IMG-20131211-WA023

Masgenuine cawangan Cheras,
C-2-4 & C-3-4, No.1, Jalan 3/39A,
Warisan Cityview, off Batu 2 1/2,
Jalan Cheras, 56100 K.Lumpur

Semua premis di atas beroperasi sebagai pusat pengumpulan bermula 10 pagi – 5 petang dari 10 Disember 2013 – 15 Disember 2013.

Sekian,

Edy Noor Reduan
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

Perkembangan #OpsBERSIH SAMM sila klik di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Kelantan di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM N.Sembilan, Selangor dan Wilayah di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Johor di sini

Catatan Misi Bantuan Banjir SAMM Kedah di sini