Thursday, July 25, 2013

RAYUAN BANTUAN WANG JAMINAN MAHKAMAH DAN BANTUAN GUAMAN

Kenyataan Terbuka
25 Julai 2013

RAYUAN BANTUAN WANG JAMINAN MAHKAMAH DAN BANTUAN GUAMAN

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dan sekutu gerakan anak muda lain seperti Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) sentiasa kedepan dalam menyusun massa rakyat termasuk siri mobilisasi protes terbuka bagi menyuarakan perbagai isu rakyat. Khususnya selepas PRU ke 13 isu penipuan SPR menjadi tumpuan mobilisasi. Kami terlibat secara langsung menjadi pengerak utama dalam hampir semua mobilisasi.

Semua dilakukan secara rela tanpa arahan atau mengharap imbuhan hanya demi melihat negara ini diselamatkan. Semua dilakukan dengan sedar betapa tinggi risiko yang bakal dihadapi termasuk terpaksa menyediakan wang jamin dan khidmat guaman jika didakwa.

Bermula dengan kes pendakwaan Safwan Anang dibawah akta hasutan di Mahkamah Seksyen Kuala Lumpur, syukur peguam datang secara sukarela tanpa bayaran tetapi SAMM telah mempersiapkan wang jamin sebanyak RM 5,000 bagi mengeluarkan Safwan dari penjara Sg. Buloh.

Kemudian kes che'GuBard yang didakwa sebagai penganjur Himpunan #suararakyat505 #blackout505 di Mahkamah Seksyen Petaling Jaya di mana che'GuBard setakat dua sesi mahkamah ini mewakili diri sendiri dan dalam proses mencari peguam sukarela. Cuma agak bernasib baik dalam membela diri sendiri che'GuBard mencipta sejarah berjaya membuatkan Hakim memutuskan dibenar ikat jamin tanpa nilai wang.

Selepas itu Azhar Achil, Penyelaras SAMM Selangor juga telah didakwa di Mahkamah Majisteret Kelang kerana dituduh menganjurkan Ceramah Mobilisasi menjelang program #blackout di Padang Merbok. Beliau yang juga dalam mewakili diri sendiri mahkamah telah menetapkan RM 4,000 sebagai ikat jamin dan wang tabungan SAMM digunakan.

Satu lagi kes dimana SAMM telah masuk wang ikat jamin ialah apabila aktivis pelajar sdr. Akram Ahmar yang didakwa engkar bersurai di depan Lokap Berpusat PDRM Jinjang ketika acara solidariti bersama Adam Adli yang direman telah diminta RM500 oleh mahkamah untuk diikat jamin.

Cabaran paling besar menjelang Syawal , Isnin ini 29 Julai tangkapan kejadian protes di depan Parlimen pada hari pertama sesi parlimen akan didakwa. Seramai 33 orang akan didakwa (3 daripadanya wanita). Berdasarkan makluman dari pegawai penyiasat (IO) kes berkenaan dari IPD Dang Wangi menyatakan 33 akan dituduh dibawah Akta Perhimpunan Aman kerana menyertai himpunan haram dan 17 orang dari mereka akan diberikan tuduhan tambahan iaitu akta 147 iaitu cubaan merusuh.

Jumlah cukup besar iaitu seramai 33 orang, bayangkan jika seorang wang jamin RM3,000 bagi satu kesalahan maka ia mencecah RM150,000 nilai jaminan yang diperlukan. Jika tidak maka akan ada yang akan berpengalaman meraikan Eidulfitri dalam Penjara Sungai Buloh.

Kepada peguam yang sudi membantu untuk memberi khidmat guaman secara sukarela kami mohon untuk tampil ke depan dari seluruh negara kerana selain kes ini kami akan cuba membina rangkaian peguam rakyat bagi kes-kes perlawanan rakyat di seluruh negara.

Kepada yang berkemampuan diharap dapat bersama menyumbang bagi kami mengumpulkan dana yang cukup bagi tujuan ikat jamin, jika ada baki maka akan dikumpulkan bagi menjamin orang kena tuduh (OKT) berkaitan kes perlawanan rakyat dimasa hadapan.

Wang jamin mahkamah ini tidak hilang selepas kes selesai ia boleh diambil balik. Untuk itu bagi penyumbang dana dalam jumlah besar dan punya keberanian agar tampil ke depan sebagai penjamin sendiri dan wang jaminan akan dibuat dalam buku akaun dibawah nama penyumbang (dalam akaun bank yang dibekukan mahkamah) dan selepas kes selesai penyumbang boleh tampil ke mahkamah dapatkan surat bagi mengambil semula wang jamin tersebut.

Kepada peguam yang sedia berkhidmat harap dapat hubungi Safwan Anang 0148408219, Azmir Mustafa 0122231239 dengan smskan atau email ke samm4anakmuda@gmail.com butiran akuan sedia menyediakan khidmat guaman dan di mana .

Bagi penyumbang dana bagi tujuan membantu gerakan dan khususnya ikat jamin kes 33 orang yang akan didakwa Isnin (29 Julai ini) boleh terus masukkan ke akaun Maybank 555041113224 atas nama Solidariti Anak Muda. Selepas menyumbang harap dapat sms ke no 0126937908 atau email ke samm4anakmuda@gmail.com bagi makluman pengesahan.

Kami anak muda tekad untuk terus berjuang dengan sedaya upaya kami demi menyelamatkan satu satunya tanah air kita bersama , Malaysia. Namun kini kami memerlukan anda bersama semampu boleh.

Sekian dan terima kasih.

che'GuBard
Penyelaras SAMM

** bagi memahami kejadian dari Padang Merbok ke depan Parlimen sila klik http://anakmudamalaysia.com/2013/06/dari-padang-merbok-ke-parlimen-samm-ambil-tanggungjawab-penuh/

No comments:

Tukar Tiub - Brader Isham

Terkini di blog Aduka Taruna

Pak Bakaq si Penarik Becha

Comandante Che gue Bard

iklan