Kenyataan Media
26 April 2013 | 10.15pm
KRISIS BEKALAN DIESEL : MENTERI GAGAL HARUS LETAK JAWATAN
Hari ini berlaku fonomena kebanyakan stesen minyak di seluruh negara telah kehabisan minyak diesel.
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggesa pihak bertanggungjawab agar segera tampil menjelaskan situasi sebenar yang berlaku, serta menyediakan pelan terbaik untuk selesaikan krisis ini.
Che'GuBard sendiri sudah 6 jam terperangkap di pekan Bentong kerana kenderaan yang dinaiki telah kehabisan diesel. Che'GuBard dalam rangka lawatan ke pantai timur, dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Kuantan untuk progam bersama SAMM Pahang sebelum ke Kemaman lewat malam ini untuk program seterusnya.
Satu pengalaman yang luar dugaan apabila mendapati dari Gombak hingga ke pekan Bentong, 9 stesen minyak yang disinggahai semuanya kehabisan minyak diesel. Di hampir semua stesen minyak kelihatan lori dan kenderaan yang menggunakan diesel tersadai.
Dari maklumat rambang yang diperolehi, banyak stesen minyak di seluruh negara mengalami kehabisan diesel, pengguna khususnya pemandu lori mengeluh. Krisis ini dikatakan bukan hanya berlaku di semenanjung tetapi turut berlaku di Sabah dan Sarawak.
Perkara kehabisan diesel ini juga sebenarnya telah banyak terjadi kebelakangan ini dan hari ini merupakan keadaan paling parah kerana hampir semua stesen di laluan utama negara kehabisan diesel.
SAMM dengan ini turut menuntut penjelasan dari menteri di Kementerian Hal Ehwal Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan Datuk Hasan Malek, mendesak kegagalan ini menteri harus ambil tanggungjawab penuh.
Sudahlah baru-baru ini menteri yang sama 'berotak ayam' apabila memberi respon terhadap kenaikan harga ayam dengan jawapan jangan makan ayam. Apakah kali ini kehabisan diesel maka menteri akan cakap jangan guna diesel?
Apakah ini juga bibit-bibit permulaan untuk mengolah alasan kenaikkan harga diesel selepas ini? Atau adakah ada pihak 'atasan' sendiri terlibat dalam penjualan atau menyorokkan diesel berkuota subsidi?
Menteri 'berotak ayam' jelas memalukan kabinet kerana gagal hingga menyebabkan krisis yang menyusahkan rakyat. Bukan rakyat minta percuma, tetapi soalnya bekalan gagal disediakan kerana tidak diuruskan dengan baik.
Justeru, jika menteri gagal tampil memberikan penjelasan munasabah, menteri tersebut haruslah letak jawatan.
CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
**Kenyataan ini ditulis jam 10.10mlm ketika tersadai di stesen shell pekan Bentong bersama puluhan pemandu lori
2 comments:
jgn ada menteri cakap "diesel takde, guna laa petrol" dah laa!!
ps: bukan boleh kira puak2 bangang ni :)))))
CHEGU BUD. DIESEL KEHABISAN KERANA KERAJAAN ENGGAN KELUARKAN WANG SABSIDI. SEJAK AKHIR2 INI DIESEL DIPASARAN MINYAK NAIK HARGA MENCECAH RM2.60 SELITRE DAN KERAJAAN MENERUSI KPDNKK TELAH MENGURANGKAN QUOTA UNTUK KEBANYAKKAN STEYSEN MINYAK ATAS ALASAN KUNUN STEYSEHN MINYAK ITU DIPERCAYAI SALAH GUNA QUOTA.
ITU AJA. BUKAN MINYAK TAKDE. MINYAK SUDAH MAHAL DAN KALAU KERAJAAN MELUARKAN SABSIDI BAYANGKAN BERAPA BANYAK KENA BAYAR KEPADA SYARIKAT MINYAK.
DULU HARGA DIESEL PASARAN TERBUKA SEBANYAK RM2.40 KE RM.2.10 DAN SABSIDI TAK BANYAK TAPI SEKARANG R.2.60 TOP UP SABSIDI SUDAH MENINGKAT DAN KERAJAAN UNTUK JIMAT SABSIDI MERELAKAN PENGGUNA TERSADAI.
Post a Comment