Monday, June 3, 2013

Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Kenyataan Terbuka
3 Jun 2013

Kematian Dalam Tahanan Kini Melampau, Rakyat Harus Bangkit Turun Ke Jalanraya

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menyeru kepada semua rakyat khususnya anak muda supaya bangkit melawan kezaliman di depan mata. 

Tiga kematian dalam lokap dalam masa 10 hari adalah fakta yang cukup kritikal dan rakyat harus segera bertindak agar tiada lagi kezaliman berlaku terhadap rakyat. Kelmarin seorang bekas jurutera telah mati di bawah jagaan pihak polis menjadikan jumlah sembilan kematian dalam masa tidak sampai 6 bulan. Apakah rakyat masih mahu bersabar?

Bagi SAMM, tiada gunanya lagi kita mendesak perletakkan jawatan kerana kita tahu regim legasi penjajah ini sememangnya tidak bertanggungjawab. Inilah sistem pemerintahan kuku besi yang dipelajari dari penjajah, satu demi satu anak bangsa Malaysia mati di lokap.

Semangat dan mood kemarahan rakyat berada di kemuncak apabila demokrasi milik rakyat digelapkan pada 5 Mei lalu, inilah masa yang sesuai untuk rakyat bangkit dan terus lawan. Rakyat di seluruh negara telah bertekad untuk menukar pemerintah dalam PRU13 lalu namun penipuan pilihanraya telah menghalang hasrat tersebut. 

Maka rakyat tidak punya pilihan selain turun ke jalanraya bagi mengembalikan hak rakyat dengan perkiraan, hanya jalanraya sahaja yang mampu mengubah kerajaan setelah sistem pilihanraya penuh kecurangan. 

Percayalah, kerajaan yang naik dengan cara penipuan pilihanraya tidak akan takut kepada rakyat apatah lagi mendengar keluhan rakyat. Tarikhnya sudah semakin hampir, nantikan dengan penuh persediaan. 


CHE'GUBARD
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

3 comments:

Trend mati said...

Sorang lagi mati belum sempat masuk lokap. Mati eksiden dlm landrover polis tempoh sejam lepas ditangkap.

Anonymous said...

kamu bela dah penjenayah.. suruh semua org jadi penjenayah baru best kan.. pejuang negara dikata sandiwara.. penjenayah di bela.. fikirlah.. lepastu nak porak perandakan negara.. guna akal fikiran.. jgn fikirkan kepentingan politik jer.. tkasih

Anonymous said...

Pegi mampus la kau bard.....1 sen pn xguna ini org...ckup la tipu anak muda...xabis pg nk menipu...sbb tu xpernah berhasil buat apapn...