Tuesday, October 5, 2010

Warga Emas Pulau Pinang, Sila Rujuk Fatwa Kebangsaan !!

Saya didedahkan maklumat ini dari seorang rakan yang bernama ephol pada minggu lepas, tetapi malangnya saya tidak dapat akses ke laman tersebut (ditakuti telah ditutup sementara untuk tujuan ubah suai?). Hari ini saya berjaya menembusi laman e-fatwa yang meletakkan fatwa kebangsaan untuk panduan umat Islam Malaysia.

Sila baca dan fahamkan. Setelah faham, adalah menjadi tanggungjawab setiap pembaca untuk membetulkan akidah warga emas yang terpedaya dengan permainan politik UMNO yang cuba menjatuhkan kerajaan serba prihatin LGE di Pulau Pinang.

Maklumat kebenaran ini tidak mampu disampaikan melalui media massa yang dikuasai kerajaan. Justeru itu, siapa lagi yang boleh diharapkan untuk menyebarkan kebenaran ini selain daripada para pembaca blog dan FB. Sebar-sebarkan, 'share' artikel ini kerana sharing is caring...

Klik untuk besarkan atau klik di sini untuk terus ke laman e-fatwa. Atau baca di bawah.

Salinan dari laman e-fatwa berkenaan tajuk : Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain;
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-87 yang bersidang pada 23 – 25 Jun 2009 telah membincangkan Hukum Penyaluran Harta Tidak Patuh Syariah Ke Baitulmal Dan Institusi Islam Lain. Muzakarah telah memutuskan bahawa:

Di dalam Islam harta-harta yang diperolehi dengan cara yang tidak mematuhi syariah seperti riba, gharar, perjudian, penipuan, rompakan, rampasan, rasuah dan seumpamanya adalah haram dan tidak boleh digunakan untuk manafaat dan kepentingan diri sendiri serta perlu dibersihkan melalui kaedah-kaedah berikut:

1. Diserah kepada Baitulmal untuk maslahah-maslahah umum umat Islam seperti membiayai pembinaan atau penyelenggaraan jambatan, jalan, tandas dan seumpamanya;

2. Diserah kepada golongan fakir miskin; atau

3. Jika harta tersebut merupakan harta rompak, curi dan seumpamanya, maka harta tersebut perlu diserahkan semula kepada pemiliknya. Jika pemiliknya telah meninggal dunia atau tidak dapat dijumpai, maka harta tersebut mestilah dikembalikan kepada ahli warisnya. Sekiranya tidak dapat diketahui pemilik atau ahli waris pemilik, maka harta tersebut hendaklah diserahkan kepada Baitulmal.
Sila refer juga artikel-artikel nukilan edyes berkaitan pemulangan wang ehsan RM100 oleh warga emas P.Pinang di bawah;
 
Apalah Dosa Seorang Lim Guan Eng
 
Suami Mati Setelah Ambil Wang Ehsan P.Pinang ?

5 comments:

Unknown said...

Salam,
1.Bro..lu pastika semua gol tersebut adalah gol FAKIR MISKIN..

2.Yang aku tahu sumbangan itu untuk WARGA MAS....

3.LIM GUANG ENG memang banyak dosa kerana dia KAFIR LAKNATULLAH...tak tu pun lu tak tahu..

Edyes said...

saya jawab saudara layar;

1. sy kurang faham maksudnya 'gol'. kalau 'goal' adalah maksud saudara, sy jawab di perkara kedua.

2. Sumbangan memang untuk warga emas. Tetapi kita kena faham, mereka yg hadir daftar untuk dapatkan RM100 itu pastinya golongan yang fakir. Kalau duit banyak, takde diherankan rm100 tu.

3. Siapa kata LGE banyak dosa? Najib banyak dosa tak? saya bukan ahli untuk bicara soal dosa pahala, tetapi cukuplah saya katakan bukan kita yg tentukan dosa-palaha seseorang waima seorang pencuri pun kita tak boleh tafsir dosanya. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Anonymous said...

salam...sdr layar tu nmpak gaya tgh belayar kut...takder tujuan atau destinasi kut

Ooooi UMNO rompak wang WARGA EMAS di Pulau Pinang... said...

Saya nak membetulkan fakta;

Lim Guan Eng dah menafikan bahawa wang judi yang digunakan untuk warga emas. Sebaliknya wang yang diguna untuk sumbangan warga emas adalah dari hasil penjimatan kerajaan sebanyak lebih kurang 35 juta, dimana 20 juta digunakan bagi tujuan itu.

Wang dari sumbangan syarikat lumba kuda diperuntukan untuk fakir miskin yang bukan beragama Islam. Jadi tidak timbul masalah wang haram/judi di dalam kes sumbangan kepada warga emas mahupun kepada fakir miskin beragama Islam.

Tapi yang pasti UMNO telah membuat ROMPAKAN TERBUKA terhadap warga emas bermodalkan air liur dan fatwa yang tidak jelas.

Bagaimana kita nak mempastikan bahawa UMNO benar-benar menyerahkan kembali wang yang dirompak dari warga emas tu kepada warga emas? Ini perlu diteliti kembali oleh pihak yang berkenaan.

Edyes said...

saya faham pembetulan fakta yang saudara kemukakan. cuma banyak komen dalam entri saya sebelum ini, ramai antara mereka mengatakan wang tersebut adalah dari sumber haram... sebab itu saya suruh mereka rujuk FATWA KEBANGSAAN.

lainlah kalau mereka hanya tahu rujuk fatwa umno shj...