Wednesday, October 19, 2011

Isu Titah Boleh Diperdebat : SAMM Dokong Aziz Bari Dan Sokong Dr M





Kenyataan Terbuka
19 okt 2011

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dengan ini menyatakan sokongan terhadap kenyataan Profesor Aziz Bari yang menyatakan bahawa titah monarki boleh dikritik dan diperdebatkan. Tindakan penguasa regim mengambiltindakan hanya atas komen tersebut dilihat hipokrit dan terkebelakang.

Dalam dunia yang terbuka ini semua perkara harus dihujahkan dengan matang. Ini bukan zaman rakyat khususnya anak muda menerima apa sahaja yag disuap dari pihak atasan. Zaman ini setiap hujah itu pasti akan dibahas dan dikritik jika perlu.

Begitu jugalah institusi monarki bukan sahaja di negara ini tetapi terdapat di seluruh dunia. Institusi monarki ini harus segera menyesuaikan diri termasuklah berevolusi sesuai dengan peredaran zaman. Mahu atau tidak ia sesuatu yang wajib demi kelansungan untuk institusi beraja.

SAMM merafak sembah menghormati titah kerabat monarki di Negeri Sembilan, Tunku Zain Al ‘Abidin Tuanku Muhriz yang menitahkan bahawa titah diraja boleh dibincangkan oleh ahli akademik dan media, selagi ia tidak mendatangkan kemudaratan yang sebenar. Menunjukkan dengan jelas betapa dalam dunia terbuka ini institusi monarki harus bersedia untuk titah mereka diperdebatkan dan dikritik masyarakat.

Dalam memperkatakan perkara ini, mana – mana pihak pun pasti akan merujuk peristiwa krisis antara istana dan kerajaan di bawah bekas Perdana Menteri Dr.Mahathir. Namun bagi SAMM kami dengan jelas menyokong tindakan Dr Mahathir meminda perlembagaan negara membawa institusi monarki dalam realiti masyarakat kini.

Namun apa yang kami tidak setuju ialah cara bagaimana Dr Mahathir memalukan dan menghina institusi monarki dengan memberikan persepsi hina kepada institusi monarki demi meraih sokongan rakyat terhadap usaha pindaan perlembagaannya.

Merujuk peristiwa kedua pula di mana Menteri Besar pilihan Barisan Nasional, Idris Jusoh telah ditolak dari mengangkat sumpah di Terengganu. SAMM berpendapat sememangnya institusi monarki punya kuasa atau peranan dalam memperkenan siapa mahu menjadi ketua negara atau ketua negeri dalam pentadbiran politik tetapi institusi monarki juga harus berdepan dengan rakyat iaitu menjelaskan sebarang tindakan mereka dalam hujah yang boleh diterima. Pada ketika itu, istana harus tampil memberi penjelasan kepada rakyat Terengganu mengenai tindakan mereka.

Respon rakyat pada ketika itu yang dipengaruhi oleh parti politik juga ada yang tidak kena. Umno (pro Idris Jusoh) telah bertindak melulu sehingga menghina sultan dengan panggilan ‘natang’ (dialek Terengganu yang bermaksud binatang). Pihak yang bersetuju dengan keputusan menyingkirkan Idris pula telah menyokong Sultan secara melulu, ini tidak progresif. Seharusnya pihak ini merafak sembah meminta Istana tampil memberikan penjelasan kenapa tindakan itu diambil dan ini lebih progresif.

Pihak berkuasa juga dalam perkara ini menjadi kuda tunggangan regim. Sekiranya menghina monarki itu berpihak regim maka mata pihak berkuasa sengaja dibutakan, tetapi jika timbul saranan walaupun saranan itu ke arah memperkasa monarki diutarakan oleh pihak bukan dari regim, maka tindakan ‘segera’ diambil.

che’GuBard sendiri pernah berdepan situasi ini hanya apabila mencadangkan betapa penting peranan institusi monarki dalam menjaga kepentingan agama malah dalam perkara mutakhir ini sering pula dipertikaikan maka che’GuBard pernah mencadangkan agar sultan atau bakal sultan wajib sekurang – kurangnya memiliki diploma syariah islam atau berkaitan bagi membantu baginda membuat keputusan tepat bukan sekadar dipengaruhi ‘nasihat’ yang mungkin mewakili kepentingan tertentu. (klik sini untuk baca artikel tersebut)

Malangnya selepas posting yang ditulis sempena keputeraan DYMM YDP Agong ini dibuat, Ketua Pemuda Umno Rembau telah mengarahkan pemudanya membuat laporan polis terhadap artikel ini kononnya menghina monarki dengan tidak pandai hal ehwal Islam. Atas laporan dangkal itu maka berkejarlah polis menahan saya. Saya ditahan dalam serbuan polis ketika sedang mempengerusikan mesyuarat AJK cabang Rembau.

Begitulah berterusan, ini membukti betapa hipokrit regim Umno. Mereka memperlaku institusi istana seumpama pelacur, apabila suka dicari untuk berlindung tetapi apabila tidak suka diterajang hina.

SAMM ingin menyeru kepada institusi monarki negara ini agar sedar hakikat keperluan berevolusi mengikut zaman untuk kekal relevannya. Rakyat masih boleh menerima bajet yang besar diperuntukan untuk monarki dalam negara ini, tetapi rakyat sudah tentu tidak boleh menerima jika jumlahnya tidak masuk akal dalam keadaan rakyat terhimpit dengan perbagai kepayahan.

Intai dan pelajarilah institusi beraja di banyak negara bagaimana peranan dimainkan. Ada yang sudah umpama muzium dan alat keraian seperti kebanyakan negara Eropah termasuk England tetapi ada juga yang terus kekal dihormati seperti di Thailand.

Ini bukan zaman Melaka, dunia berkembang pesat sewajarnya isi kandung dalamnya juga harus transform secepat perkembangan dunia jika tidak mahu ketinggalan. Rakyat tidak lagi boleh lagi dipaksa akur membuta tuli.

Akhirnya diingatkan juga institusi monarki ini seharusnya bukan punya orang Melayu sahaja. Institusi beraja ini seharusnya juga dihormati oleh semua bangsa atau keturunan yang diamnya dalam tanah jajahan ini. Untuk itu ruang perbincangan dan pemahaman sewajarnya harus juga sampai kepada semua rakyat.


che’GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

http://www.anakmudamalaysia.com
http://chegubard.blogspot.com
chegubard@gmail.com

Royalti Hak Rakyat!! (Wajib Tonton)





Tuesday, October 18, 2011

SAMM Sasar 100,000 Risalah Sebelum Hujung November !!




25,000 siap cetak kami sasar 100,000 akan dicetak dan diedar menjelang hujung November

che'GuBard memberikan penerangan mengenai isu cincin di meja utama kelihatan Norazizi, s/u cabang Rembau, YB Taufek Pesuruhjaya PAS NS, YB Ravi (ADUN PKR P.Dickson), Datuk Chua Jui Meng dan YB Fuziah Salleh

muka depan risalah

antara hadirin yang dapat memasuki ruang 'dewan' di Pej. PKR Rembau (DUN Rantau)

bergambar selepas pelancaran

Gimik pelancaran bertukar kerana ribut di lokasi asal. Belon dipecahkan dan
ada booklet dalam belon. Gimik ini melambangkan usaha pemecahan tembok maklumat.

YB Fuziah sedang berucap

hanya kira - kira 500 orang sahaja yang berjaya masuk bersesak memenuhi ruang pejabat.


Kenyataan terbuka
17 Oktober 2011

Semalam 'menumpang' MATC Cabang Rembau telah diadakan Majlis ringkas memperkenalkan Booklet Penjelasan Isu Cincin RM24.45j dan pemborosan 'Imelda' Rosmah.

Sejak dari 8 Julai 2011 iaitu dari che'GuBard membuat pendedahan mengenai kemasukan cincin RM24.45 j yang dalam borang kastam (kotak penerima) tertera nama Rosmah Mansor perbagai usaha penafian termasuk dengan menyerang cheGuBard sendiri.

Maka setelah berbincang maka SAMM memutuskan untuk menerbitkan buku kecil setebal 16 m/s untuk dilancarkan pada 16 Oktober bagi menjelaskan kemasukan cincin berlian pada 16 April 2011 lalu.

Memang kebanyakan maklumat ada dalam internet, tetapi persoalan yang lebih penting ialah berapa peratus dari rakyat mampu ada akses internet. malah dari jumlah yang sedikit itu pula berapa ramai yang guna internet untuk mencari penjelasan alternatif mengenai isu negara. Majoriti masih terpedaya dengan propaganda murahan media perdana. Jika kita hanya khayal dalam internet maka kita akan bermain dengan kelompok penyokong yang sama.

Menyedari hakikat ini dan sedar isu cincin ini sudah diperkatakan di mana sahaja maka satu penjelasan lengkap harus dibuat. Buku ini akan menjelajah ke kawasan tapak sokongan regim. Maklumat propaganda murahan akan dipecahkan. Ini isu penting kerana sebuah negara pernah dicatakan hancur kerana '1st ladynya' yang tamak, rakus dan sombong.

Semalam dijadualkan akan diadakan hi Tea untuk pelancaran selepas MATC Cabang Rembau, malangnya hujan ribut di Pekan Rantau telah memaksa program hanya diadakan di dalam ruang terhad pejabat PKR Rembau (DUN Rantau). Kami memohon maaf atas ketidak selesaan yang wujud. Ruang terhad hanya mampu semalam memuatkan kira - kira 500 orang itupun dalam keadaan berhimpit. Kita menjangkakan jika diadakan di lokasi asal dalam keadaan cuaca baik pasti lebih dari 1000 orang kehadiran.

Penghargaan kepada pimpinan yang sudi hadir bersama seperti YB Fuziah salleh, Datuk Chua Jui Meng, YB Taufek dan YB Ravi. YB Antony Loke yang telah berjanji untuk hadir malangnya tidak muncul sehingga akhir program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program semalam.

Di sini juga che'GuBard ingin melahirkan rasa kecewa kepada 'hero-hero' pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh - sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan yang dijemput untuk tidak hadir program semalam. Ini ialah perangai busuk yang merosakkan perjuangan. Namun bagi kami anak muda biarkanlah mereka ini tenggelam dan perasan menyusun diri dalam kabinet bayangan sahaja. che'Gubard ingatkan diri, kita buat kerja bukan kerana orang itu atau orang ini tetapi kita berjuang demi kewajipan melakukan perubahan yang kita yakini demi rakyat.

Program ini juga menjadi sasaran politik tidak matang Umno - Bn. Poster, Banner dan bunting bagi tujuan promosi program ini habis dicuri. Ketika kami sedar semua bahan promosi hilang hanya selepas 6 jam dipamerkan.

Ramai tertanya - tanya mana SAMM mendapat wang untuk membuat cetakan. Jujurnya SAMM tidak menerima mana - mana dana dari mana - mana pihak. Risalah ini kita masih hutang dengan pencetak. Sehelai risalah kos cetakan RM0.65sen/naskah + kos penerbitan RM 0.50sen/naskah. SAMM telah membayar kos cetakan RM16,250 dengan 4 keping 'posdated cheque' bertarikh 23 Okt, 30 Okt, 5 Nov dan 11 Nov.

Begini lah juga kita mencetak buku Fitnah ia dibayar dengan cara yang sama, sementara sampai ke tarikh satu - satu cek itu hendak ditunaikan maka SAMM akan cuba sungguh - sungguh untuk melengkapkan jumlah wang untuk cek tarikh akan datang.

Semua projek penerangan turun ke bawah kami disara oleh rakyat sendiri. Seperti booklet ini bernilai RM1.50 senaskah, maka kami rayu untuk sesiapa yang perhatin agar selepas mendapatkan risalah ini silalah ke bank dan masukkan RM1.50 (minima) ke akaun Solidariti Anak Muda 05012010074930 (bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang kemasukan lebih dari nilai risalah amat dihargai. Ia akan membolehkan kami mencetak ulang risalah dan termasuk beberapa bahan baru yang lebih menggemparkan. Dengan berbuat demikian membantu merialisasikan 100,000 risalah sebelum hujung November.

Diharapkan dengan penerbitan booklet ini mampu mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemborosan orang yang menyamar "1st Lady Of Malaysia". Kepada Najib dan Rosmah SAMM memberikan amaran ubah cara hidup jika tidak kamu akan kami ubah.

Booklet ini akan diedarkan dengan strategi tersendiri menembusi kawasan-kawasan sasaran yang merupakan tapak sokongan regim penguasa. Jika penyokong PR ingin memiliki risalah ini cara paling mudah ialah dengan hadir ke lokasi - lokasi program che'GuBard di seluruh negara (jadual dalam blog che'GuBard) atau semua yang membeli Buku Fitnah selepas 16Okt. akan juga dapat booklet ini secara percuma.

Kepada mana - mana pihak yang mahu mengedarkan risalah ini sendiri di kawasan masing-masing harap dapat menaja dengan menanggung kos RM300 (bagi satu bundle 400).

Kepada orang Umno/Bn yakinlah dengan mengekalkan Najib dan Rosmah akan mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn itu sendiri. Ikrar kami anak muda kan bersunggguh - sungguh epenuh daya upaya akan memastikan Najib/Rosmah merupakan Perdana Menteri terakhir yang datang dari regim pewaris penjajah. SAMM percaya proses reformasi menyelamatkan negara hanya akan bermula selepas regim tumbang di tangan kuasa rakyat.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Sabar Kita Ada Hadnya...



Dari kiri : Tukar Tiub, Author Faethal dan Anwar Asyraf Penyelaras SAMM Johor ketika membincang isu kehadiran MP Pakatan Rakyat.

Sebenarnya banyak benda yang aku hendak sentuh, tetapi memikirkan mungkin ramai yang akan 'panas hati' maka aku akan cuba ringkaskan seringkas-ringkasnya. Apa yang aku nampak dan rasa pada hari ini ialah fenomena rakyat benci dan meluat kepada UMNO dan BN itu jelas. Namun masalahnya rakyat tidak terbuka hati dan tertarik dengan Pakatan Rakyat. Ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang bingung dengan masalah ini. Ketika aku menjadi pemerhati di dalam MATC (Mesyuarat Agung Tahunan Cabang) Muar pada Sabtu lalu pun, YB Amirudin yang merasmikannya turut mengulang-ulang permasalahan ini.

Betul. Respon dari rakyat bawahan mereka merasa kehidupan mereka sangat sempit dan terdesak pada hari ini. Namun untuk mengharapkan supaya mereka menukar kerajaan di atas rasa kesempitan itu kepada sebuah kerajaan yang baru...itu belum tentu.

Maka, ramailah pemimpin-pemimpin dari Pakatan Rakyat ini yang memikirkan untuk mencari jalan bagaimanakah caranya untuk mencari azimat yang ampuh bagi menarik hati rakyat ketika ini.

Sebenarnya, mereka hanya melihat masalah rakyat ini dari pandangan mereka. Mereka hanya melihat masalah rakyat, tetapi mereka terlupa melihat masalah mereka dengan dengan rakyat. Ya, mereka ada masalah dengan rakyat.

Apa masalahnya?. Masalahnya rakyat melihat pemimpin Pakatan Rakyat dan pemimpin BN itu sama. Tidak ada perbezaan. Jadi jika sama, apa perlunya dibuat pertukaran kerajaan. Apabila aku kata pemimpin PR dan BN ini sama jangan sempitkan kepada pemimpin utama sahaja, aku dah nampak ada juak-juak PAS yang akan buat perbandingan kehidupan Nik Aziz dan pemimpin Umno. Lihatlah kepada pemimpin semua peringkat.

Ketika menjadi pemerhati di dalam MATC Muar, Hasan Karim sedang memberikan ucapan.


SAMM dan Che'guBard KHAWARIJ

Perkara paling mudah, seperti baru-baru ini ketika isu PR kalah pengundian usul Kg Baru di Parlimen. Bila aku tembak dalam blog tentang kehadiran MP yang ponteng, blogger ISA pun hentam dengan keras, dan SAMM Johor keluarkan kenyataan 'peringatan' kepada MP Pakatan Rakyat supaya tidak main-main di dalam Parlimen. Ramai yang marah. Ramai yang tidak puas hati. Daripada pemimpin sehinggalah kepada budak-budak Unit Amal yang jaga jalan semasa ceramah. Terima kasih kepada Tukar Tiub yang menjawab di dalam blognya bagi pihak SAMM Johor di atas isu ini. Walaupun Tian Chua rapat dengannya, dalam isu ponteng baginya salah tetap salah.

Tian Chua bagi alasan jangan lari fokus dan fahami isu sebenar. Jangan jadikan isu kehadiran ini sebagai isu pokok. Alasannya jika mereka menang undi pun pada malam itu, BN boleh membuat pengundian semula pada keesokan harinya..dan mereka tetap akan menang. Maka bersoraklah penyokong-penyokong tegar Pakatan Rakyat kepada kami ini sebagai bangang adanya kerana tidak faham isu. Walhal yang bangang itu sebenarnya ialah mereka. Sedarkah kamu, jika PR menang pengundian pada malam itu...impaknya sangat besar. Ia menjadi satu kemenangan moral kepada PR dan imej serta iltizam mereka untuk mempertahankan maruah satu-satunya kampung melayu terakhir dapat dizahirkan dengan jelas. Walaupun ada pengundian semula dan BN menang keesokan harinya, namun imej BN dipandang sehina-hina dan sejijik-jijiknya oleh penduduk Kg Baru. Malangnya itu tidak berlaku.

Apa yang berlaku pemimpin PR memberi peringatan supaya 'tidak lari fokus' untuk membenarkan ketidak hadiran mereka pada malam pengundian itu. Sedangkan rakyat ternanti-nanti permohonan maaf dan alasan apakah yang menyebabkan mereka tidak hadir malam itu. Uzurkah mereka?. Seuzur-uzur Ibrahim Ali sehingga tertidur di dalam dewan pun, dia terjaga semasa sesi pengundian. Lebih hebat lagi penyokong-penyokong bawahan yang taksub ini melabelkan SAMM dan che'guBard ini sebagai puak 'Khawarij'.

Wah!. Sesiapa yang tegur kekhilafan pemimpin mereka akan dilabelkan sebagai 'khawarij'. Selama ini aku hanya dengar puak-puak Umno melabelkan Pas sebagai khawarij. Tetapi ini julung-julung kalinya seumur hidup aku dengar puak-puak Pas melabelkan seseorang individu/organisasi yang tidak bersetuju dengan mereka sebagai khawarij. Jika selama ini mereka marah dan menolak label 'khawarij' yang digunakan oleh Umno kepada mereka, kali ini mereka meniru pula perlakuan Umno terhadap kami. Ini betul-betul hebat. Pelbagai hujah dikeluarkan kononnya jangan menghentam pemimpin, kita perlu muzakarah. Pada satu tahap mereka sanggup berdebat dengan al-Quran dan Hadis semata-mata untuk membuktikan bahawa tindakan kami menegur pemimpin Pakatan Rakyat itu silap paling besar dan memang benarlah kami puak Khawarij.


Umno Yang Insaf LEBIH MULIA

Satu 'habit' dan kebiasaan yang aku lihat selalu berlaku di dalam pimpinan Pakatan Rakyat ialah Umno yang bertaubat itu lebih mulia daripada rakyat yang menyokong mereka sejak sekian lama. Sekali lagi, fenomena ini berlaku dari peringkat tertinggi sehinggalah peringkat bawahan. Apabila ada saja sekumpulan atau individu Umno yang 'kecewa' dengan pemimpin mereka dan mula mencari-cari platform baru (dalam Pakatan Rakyat semestinya) maka layanan kepada mereka sangat berbeza. Makan pun mereka dijemput duduk di dalam meja VIP bersama pemimpin PR. Walhal rakyat memerhatikan sahaja terkulat-kulat. Hajat hati nak salam pemimpin PR..alih-alih ada pula bekas pemimpin Umno yang pernah mereka benci.

Masa pemimpin Umno ini ada jawatan dalam masyarakat, punyalah sombong dan tidak mesra rakyat. Maka masyarakat setempat pun sudah meluat dan bercita-cita untuk menolak pemimpin ini dalam pilihanraya akan datang. Tetapi dalam masa yang sama, BN atau Umno sudah tahu masalah ini. Sebab itulah mereka ini terbuang daripada Umno dan tiada apa-apa jawatan dan projek lagi dengan Umno. Sebab apa?. Sebab kehadiran mereka sebagai liabiliti. Mereka akan merosakkan peluang Umno dan BN dalam pilihanraya akan datang. Maka berkecil hatilah pemimpin Umno yang terbuang ini. Maka ia mula mendekati Pakatan Rakyat. Nah!...di dalam PR mereka dialu-alukan kerana kononnya sudah insaf dan tidak mahu lagi bersekongkol dengan Umno.

Ketika ini, rakyat hanya memerhatikan. Dalam masa yang sama, pada mulanya mereka ingin buat perubahan, namun akhirnya mereka melihat Pakatan Rakyat dan BN ini sama!. Apa perlunya perubahan. Betullah jika ada yang kata, calon Pakatan Rakyat adalah dari pemilihan yang mendalam daripada parti masing-masing. Mustahil bekas pemimpin Umno bahagian ini boleh jadi calon. Anda silap!. Pemimpin Umno yang kecewa ini tidak perlu jadi calon pun untuk menjatuhkan PR. Cukup dengan mereka rapat dengan bakal-bakal calon PR untuk PRU-13 akan datang ini. Masyarakat setempat hanya melihat, jika mereka undi calon PR, maka muka si sombong ini akan kembali di dalam kampung mereka. Lebih baik mereka undi calon BN yang baru!.


Selalu SILAP Dalam Membuat KEPUTUSAN 

Ramai yang tahu peristiwa seorang Unit Amal dilempar seketul objek dipercayai besi sehingga menerima 7 jahitan ketika Md Sabu berceramah di Labis tempohari. Kesan dari peristiwa itu, SAMM membuat keputusan untuk berkubu di Kg Tahang Rimau, Segamat semasa che'guBard dan Mad Sabu berceramah. Kami merancang untuk berkubu di sana kerana mendapat maklumat provokasi yang sama akan dilakukan sekali lagi.

Tetapi ramai yang tidak tahu, pada hari kejadian. Semasa mat rempit-mat rempit itu ditahan oleh orang ramai, Unit Amal dan SAMM berlaku kekecohan sesama sendiri. Kekecohan berlaku apabila aktivis SAMM, orang ramai dan beberapa Unit Amal telah menahan beberapa mat rempit yang membuat provokasi. Ketika dikepung ini, mat rempit itu telah pun mengaku menerima upah RM10 dan minyak motor yang penuh oleh individu bernama Ayub. Ketika ini beberapa Unit Amal yang senior telah pun mengarahkan supaya mat rempit-mat rempit ini untuk dilepaskan. Sebabnya ialah kerana mematuhi arahan polis dan memudahkan mereka mendapat permit ceramah.

Hairan bin ajaib. Sejak bila pula prosedur mendapat permit ini senang. Sejak dulu lagi prosedur memohon permit ceramah PR ini susah. Dan kebanyakan ceramah PR pun tidak memerlukan permit kerana di dalam premis sendiri. Ini disahkah oleh Tuan Anuar, bahawa program ceramah di Labis ketika seorang Unit Amal cedera dibaling objek oleh mat rempit itu tiada permit kerana di dalam premis sendiri. Dimana logik alasan mat rempit itu dilepaskan supaya senang untuk mendapat permit di kemudian hari?. Sepatutnya pada malam itu, mat rempit ini boleh dibawa ke balai polis. Jadikan mereka sebagai bukti untuk mengesan siapakah dalang sebenar disebalik kejadian keganasan selama ini. Lagipun mereka dibawah pengaruh alkohol pada malam itu. Bukannya dilepaskan kononnya untuk memudahkan urusan permit ceramah.

Tidak perlu kemudiannya Cikgu Mala dan Cikgu Natrah menulis di dalam Facebook bahawa Datuk Ayob yang berada disebalik provokasi malam itu. Benar kita dapat pengakuan mat rempit itu, tetapi apa gunanya pengakuan tersebut jika tidak direkodkan, malah dibiarkan bebas dengan mudah. Sehinggakan sebenarnya mereka berkumpul untuk membuat provokasi kali kedua dengan kumpulan yang lebih besar. Mujur pihak polis menyedari perbualan kami mengenai kumpulan kedua mat rempit yang lebih besar sedang berkumpul di hujung jalan. Barulah peronda polis berkejar ketempat tersebut. Jika tidak, mungkin peristiwa baling objek besi akan berulang. Mungkin ramai yang berjahit muka pada malam itu. Mungkin ada kecederaan yang lebih teruk kerana kumpulan yang pertama sebelum itu membaling bom bola ke arah pentas ceramah, tidak mustahil mercun yang sama akan dibaling kepada kumpulan orang ramai.

Ramai yang kecewa dengan keputusan pemimpin senior Unit Amal pada malam itu. Termasuklah beberapa anggota Unit Amal yang lain. Antara perkataan yang diulang-ulang oleh Unit Amal senior malam itu ialah 'Sabar,sabar...'. Kalau benar mereka sabar, tidak perlu rasanya kecoh-kecoh tentang insiden dibaling besi sehingga menerima 7 jahitan. Sabar je lah. Percayalah, sebab anda bersabar selama inilah, mat rempit-mat rempit ini terus berani bergerak membuat provokasi kerana sering kali kita tersalah ambil tindakan.

Belum lagi masalah 'taksub' kepada pemimpin atau parti. Kalau aku sentuh masalah taksub ni, rasanya ramai lagi mereka yang akan 'panas hati'. Bagaimanapun, apa yang aku lontarkan tidak berlaku kepada semua ahli atau pemimpin. TETAPI ia sering dan kebanyakkannya berlaku. Dan itulah antara sebabnya mengapa hayat Umno masih panjang sehingga ke hari ini.... 

Sultan Bukan Nabi, Mereka Tidak Maksum



Tajuk di atas adalah sebahagian daripada tweet yang dilontarkan oleh DrMAZA. Sepenuhnya adalah seperti di bawah;
"Tahniah Prof Aziz Bari. M'sia mmerlukan org spt anda yg merdeka fikiran. Bebas dari jiwa feudal melayu. Sultan bkn nabi, mrk tdk maksum."
Edyes ucapkan tahniah juga buat Dr MAZA kerana berani menongkah arus feudal yang tak kesudahan. Malaysia juga memerlukan seorang mufti yang tidak tunduk dengan asakan mana-mana pihak dan hanya bersuara mengikut landasan syarak!

Tahniah Dr MAZA, tahniah Aziz Bari, tahniah Md Sabu, kerana menggoncang scenario politik tanahair dengan bijak!


EDYES @ edyesdotcom
*maaf printscreen twitter tak dapat diusahakan kerana artikel ini digarap dari BB.


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, October 17, 2011

JPN Dilawat Warga Asing?

Secara umumnya kita biasa melihat kelibat warga asing di pejabat-pejabat imigresen. Kehadiran mereka di pejabat imigresen adalah biasanya di atas urusan keluar-masuk dalam negara dan pelbagai urusan lain berkaitan migrasi.

Namun begitu kita pasti akan berasa janggal jika sejak akhir-akhir ini, iaitu selepas operasi pemutihan warga asing yang sangat terburu-buru dan luar biasa, JPN kerap dilawati pendatang asing.

Minggu lalu institusi JPN kecoh apabila dikatakan bersekongkol memberi kerakyatan sewenangnya. Ini disusuli dengan penemuan beberapa buah bas yang dipenuhi warga asing menuju ke pejabat JPN. Menyedari diekori sebaik memasuki Putrajaya, bas-bas tersebut melencong ke Kajang dan menurunkan semua warga asing di sebuah resort pinggir hutan. Nantikan pendedahan pemuda PAS mengenai apa yang berlaku selepas itu.

Hari ini ketika Edyes lalu di JPN, terserempak pula kelibat-kelibat yang tidak yang agak pelik dari segi pemakaian. Kita tau walau macamana kampung pun orang rakyat Malaysia, tapi bila pergi Putrajaya mesti berpakaian cukup smart. Maklumlah pergi Putrajaya!

Edyes singgah sebentar walaupun ada meeting di bangunan lain. Snap beberapa gambar termasuklah di Bahagian Kewarganegaraan yang dilihat agak hot dan sibuk.

Mereka dilihat datang dengan kumpulan-kumpulan yang lebih kecil kali ini, barangkali dihantar dan dijemput menggunakan kereta. Sebelumnya kantoi dengan PAS bila mereka gunakan bas, kantoi banyak kali pasti akan menyusahkan 'tokan' maka bertukarlah modus operandi.

Persoalannya, apakah yang sedang berlaku di JPN? Adakah demi mengekal kuasa, kedaulatan negara dijual sewenangnya? Sia-sia kita merdeka jika secara halus negara dipenuhi 'penjajah ekonomi' yang akhirnya bangsa sendiri akan merempat di bumi bertuah - Malaysia


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Sunday, October 16, 2011

Lintas Langsung Pelancaran Risalah Penjelasan Cincin!!

Sekarang ini, Chegubard sedang memberi serba sedikit taklimat mengenai isu cincin RM24.45j.

Risalah akan dilancarkan bila-bila masa dari sekarang...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Saturday, October 15, 2011

Mkini: Risalah 16 MukaSurat Penjelasan Isu Cincin Akan Dilancar 16 Oktober!!


Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor. -mkini


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 14, 2011

Pelancaran Risalah Penjelasan Isu Cincin di MATC Rembau 16 Oktober (Ahad)!!




2.00 ptg : Perasmian MATC Serentak AMK dan Cabang Rembau
5.00 ptg : Hi-Tea Pra Pelancaran Jentera PRU DUN Rantau (Parlimen Rembau)
dan pelancaran risalah penerangan isu cincin

Jom hadir beramai-ramai dan jadilah antara yang terawal memiliki risalah penjelasan isu cincin yang selama ini menjadi perbualan hangat! Dengan risalah ini juga, segala info sebenar dapat dirujuk bersama gambarajah penting yang belum didedahkan sebelum ini.

Risalah penerangan setebal 16 muka surat sedia untuk dilancarkan oleh pengerak anak muda - SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) sebanyak 50ribu naskah. 

Setiap penerima wajib membuat 16 salinan dan sebarkan kepada 16 rakyat lain, dan penerima salinan juga wajib membuat 16 salinan dan sebarkan juga kepada 16 rakyat yang lain. 
Baca lagi di sini


Program Chegubard 13-15 Oktober di Utara

13 Oktober 2011
9.00 mlm : Ceramah Umumbersama Hj Mohamad Sabu

14 oktober 2011
4.45 petang : Dialog Anak Muda di Balik Pulau
(pertanyaan 0134359600)
9.00 mlm : Majlis Makan Malam
di Pulau Pinang (pertanyaan 0124775588)
 
15 Oktober 2011
5.30 ptg : Dialog Anak Muda
di Telok Ayer Tawar, P.Pinang (pertanyaan 0174271581)
9.00 mlm : Ceramah Umum
di Nibong Tebal (pertanyaan 0124775588)

Bersama Chegubard dalam program beliau di utara tanahair dan dapatkan buku terbitan SAMM yang baru berjudul "FITNAH" dengan pakej VCD.