Saturday, January 9, 2021

VIDEO | MP Machang Umum Tarik Sokongan, PN Sudah Tiada Majoriti



Ahli Parlimen Machang, YB Nur Jazlan dengan ini telah mengumumkan penarikan sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ini bermakna Kerajaan PN secara teknikalnya sudah tumbang kerana tidak mempunyai majoriti.

Mengikut kiraan terkini, Kerajaan PN dan Muhyiddin kini disokong oleh hanya 110 Ahli Parlimen.

Apakah akan ada lagi penarikan sokongan terhadap Kerajaan Muhyiddin Yassin selepas ini? Sama-sama kita nantikan!

Portal Malaysiakini turut melaporkan seperti berikut;

Jumlah ahli parlimen yang berada di belakang Muhyiddin Yassin berkurangan seorang lagi hari ini apabila Pengerusi Umno Kelantan menarik balik sokongannya kepada presiden Bersatu itu.

Pendirian Ahmad Jazlan Yaakub itu dibuat pada sidang media yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan hari ini.

“Maka dengan ini saya mengumumkan saya menarik diri daripada menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dipimpin oleh YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya yang juga anggota parlimen Machang.

Pengumuman Ahmad Jazlan hari ini meletakkan kerajaan PN kini hanya berdiri dengan sokongan 110 daripada 22




No comments: