Wednesday, January 6, 2021

Zahid Beri Sokongan Bertulis Kepada Anwar - Annuar Musa

 


Nampaknya setelah Tan Sri Annuar Musa dipecat dari jawatan Setiausaha Barisan Nasional semalam, beliau tidak duduk diam apabila sengaja mendedahkan bahawa Zahid telah memberi sokongan secara bertulis kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kenyataan ini juga secara tidak langsung memberikan gambaran bahawa Kerajaan PN yang dipimpin Muhyiddin sudah hilang kredibiliti dan mampu tumbang bila-bila masa dari sekarang.

Ikuti laporan Malaysiakini sebentar tadi;

Bekas setiausaha agung Umno Annuar Musa hari ini mengesahkan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi membuat perakuan bertulis menyatakan sokongannya kepada Presiden PKR, Anwar Ibrahim.

Menurutnya, akuan itu juga dipersembahan kepada Yang di-Pertuan Agong sekali gus bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional (PN).

"Saya mengesahkan wujudnya sokongan secara hitam putih oleh presiden Umno kepada Anwar Ibrahim untuk menjatuhkan PN yang dianggotai BN.

"Akuan itu dialamatkan kepada Yang di-Pertuan Agong," katanya pada sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Sidang media berkenaan diadakan sehari selepas ahli parlimen Ketereh itu diketepikan daripada jawatannya sebagai setiausaha agung BN.

Annuar berkata, tindakan diambil Ahmad Zahid itu merupakan percubaan dan perundingan yang melibatkan DAP dalam apa yang diistilahkan pembentukan jajaran baru politik.

"Percubaan menggugat kestabilan kerajaan PN berkali-kali yang menyebabkan terjejasnya hubungan baik terutamanya antara Umno, PAS dan Bersatu yang merupakan parti teras yang telah mewujudkan Perpaduan Melayu dan Islam di negara ini," katanya.


No comments: