Friday, January 1, 2021

Zeti Menafikan Dakwaan Tanpa Menyentuh Soal SD


Akhirnya Tan Sri Zati bersuara dalam satu kenyataan lewat semalam, menafikan tuduhan terhadap dirinya dan keluarga menerima dana dari 1MDB. Menurut beliau, perkara tersebut adalah palsu dan fitnah.

Tan Sri Zeti memberi makluman bahawa beliau tidak boleh memberikan kenyataan lanjut berhubung perkara ini kerana beliau adalah saksi berpotensi untuk kes Najib Razak. Ia akan mengganggu perbicaraan dan berkemungkinan akan menjadi sub-judis sekiranya beliau membuka mulut. Ini alasan yang diberikan oleh Tan Sri Zeti.

Namun tidak ada satu pun penafian terhadap Statue Declaration (SD) yang didakwa ditandatangan oleh pemegang akaun melibatkan suami dan anak-anaknya. Ini adalah perkara yang paling mustahak namun penafian tidak merujuk kepada SD atau mengatakan SD itu palsu.

SD tersebut secara tidak langsung membuktikan kerajaan Singapura telah mengambil tindakan membekukan beberapa akaun kerana mendapati ia mungkin berkait dengan 1MDB.


Sepatutnya Tan Sri Zeti wajar mengatakan dengan tegas bahawa SD yang disebarkan itu adalah palsu. Jika tiada penafian begini, ia seterusnya akan menjejaskan reputasi beliau dengan sangat teruk kerana transaksi itu berlaku ketika beliau di atas kapasiti gabenor bank negara. 

Berikut adalah kenyataan Tan Sri Zeti yang dipetik Berita Harian;

Bekas Gabenor Bank Negara, Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz, menafikan dakwaan bahawa beliau dan keluarganya menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Beliau mendakwa, ada laporan media yang tidak betul telah mengaitkan diri dan keluarganya dengan syarikat berkenaan.

"Tuduhan terhadap saya dan keluarga sama sekali palsu serta berniat jahat," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi.

Baru-baru ini, sebuah portal berita melaporkan ada ahli keluarga Zeti Akhtar, termasuk suami dan anaknya, didakwa menerima dana lebih RM100 juta daripada ahli perniagaan, Low Taek Jho atau Jho Low yang menjadi buruan pihak berkuasa berhubung skandal dana 1MDB.

Zeti Akhtar yang juga Pengerusi Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjelaskan, isu berhubung 1MDB sudah disiasat secara menyeluruh serta teliti oleh pihak berwajib, iaitu Bank Negara (BNM), polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau telah memberi sepenuh kerjasama, selain menyalurkan maklumat diperlukan polis dan SPRM dalam siasatan kes 1MDB serta bekas Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau berkata, dirinya tidak dapat membuat pernyataan lebih lanjut kerana menjadi saksi berpotensi dalam perbicaraan kes bekas Perdana Menteri yang sedang berlangsung.

Baca juga kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam yang mendesak agar Tan Sri Zeti tampil memberi pencerahan: TERKINI | Kenyataan DSAI Dedah Dr. Zeti Terkait Skandal 1MDB 

Semoga tahun 2021 akan menyaksikan negara ini benar-benar melalui tempoh perubahan yang baik dan segala kepincangan serta kebobrokan mampu dipatahkan dengan semangat Reformasi yang total.


2 comments:

Anonymous said...

Sambil2 tu bersiap sedia lah peliwat negara nnti..kihkih

Bekas ketua wanita PKR, Zuraida Kamaruddin akan mendedahkan bukti dakwaan salah laku seks membabitkan presidennya, Anwar Ibrahim, ketika perbicaraan tuntutan saman terhadapnya kerana melanggar perjanjian parti.

Dalam pembelaannya yang difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Zuraida yang merupakan antara pemimpin PKR keluar daripada parti selepas berlaku krisis politik pada Februari lalu, mengatakan akan turut mengemukakan bukti elektronik di mahkamah yang tidak pernah didedahkan kepada umum sebelum ini.

Anonymous said...

Harap usop rawther, mamat goyang nafikan penglibatan seks liwatnya dgn anwar jugak termasuk sd nye hahaha