Showing posts with label pelancaran risalah isu cincin. Show all posts
Showing posts with label pelancaran risalah isu cincin. Show all posts

Saturday, December 3, 2011

Mah Sudah Baca Risalah Ini?



Pelajar Malaysia yang menuntut di luar negara dinasihat supaya tidak mudah mempercayai sebarang khabar angin atau fitnah yang disebarkan pihak tidak bertanggungjawab di internet.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor semasa memberikan nasihat itu berkata sebagai golongan terpelajar mereka tidak seharusnya mudah mempercayai sesuatu berita sebaliknya perlu menggunakan kewarasan akal untuk menilai kesahihannya.

Risalah "Imelda Rosmah Boros" ini bukan bermula di internet, tetapi disebarkan ke seluruh negara secara atas tangan. Risalah yang menjelaskan secara terperinci khususnya mengenai isu cincin puaka yang menjadi bahan bualan hingga ke hari ini.

Kisah cincin ini bukan sahaja meliputi ruangan 'internet' semata-mata. Kisah cincin ini dibukukan setebal 16 mukasurat dan merebak ke seluruh negara dengan kekuatan 25ribu naskah. Kini SAMM sedang berusaha untuk menyampaikan risalah ini dalam bentuk .pdf dan InsyaAllah akan dimuat-naik tidak lama lagi...

Klik di sini untuk melihat risalah yang dimaksudkan yang telah di scan di atas bantuan seorang rakan blogger...


EDYES @ edyesdotcom


Wednesday, November 2, 2011

Dapatkan Risalah 'Cincin Puaka' Secara Percuma di Perak dan Penang !!

 Dapatkan Risalah Ini Secara Percuma !!

Di bawah ialah jadual aktiviti combo Chegubard di utara tanahair dari 2 November - 4 November. Antara program penting yang wajib hadir ialah Pelancaran Risalah 'Cincin Puaka' di peringkat negeri Perak dan P.Pinang.

Ayuh set utara, jumpa kita di sana!!

2 Nov. 2011
5.00 ptg : Hi Tea Anak Muda Memimpin Perubahan, Jalan Pemimpin Kg. Manjoi, Ipoh
9.00 malam : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j &Pemborosan Imelda Rosmah peringkat Perak di dataran Sayong, K.Kangsar (depan Petronas)
12.00 malam : Pertemuan tertutup dengan adik beradik SAMM Perak di Kuala Kangsar. Semua SAMM dijemput hadir sila sms atau hubungi
012 480 9600 / 010 504 6300

3 Nov. 2011
6.00 petang : Pertemuan tertutup dengan anggota baru SAMM P.Pinang
9.00 mlm : Ceramah Umum di Dewan JKKK Sg. Burung, Balik Pulau

4 Nov. 2011
5.00 petang : Hi tea & Dialog Anak Muda di Bayan Baru (SAMM)
8.45 malam : Majlis Makan Malam mengutip dana PR DUN Bukit Tengah
10.00 malam :
Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah Peringkat P.Pinang di Bukit Gedung (sebelaah Surau Ubudiah)

Thursday, October 27, 2011

Dapatkan Risalah Penjelasan 'Cincin Puaka' Secara Percuma !!



Dapatkan risalah penjelasan isu 'cincin puaka' secara percuma di beberapa venue antaranya;

29 Oktober 2011 (Sabtu)  
9.00 mlm : Pelancaran Risalah Pemborosan Imelda Rosmah peringkat negeri Johor
PASTI Al-Huda, Parit Baru, Batu 18, Air Hitam, Bakri Johor
untuk keterangan/pertanyaan sila hubungi : 017-6849693

2 November 2011
9.00 malam : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah peringkat negeri Perak
 
(venue akan diumumkan kelak)

3 Nov. 2011
9.00 mlm : Ceramah Umum perkenal booklet Cincin RM24.45j & Pemborosan Imelda Rosmah peringkat P.Pinang
(venue akan diumumkan kelak)


Risalah ini wajib dimiliki dan diagihkan dari kalangan rakyat yang tidak punya akses maklumat internet! Sila dapatkannya secara percuma dan agihkan maklumat penting pemborosan Imelda Rosmah !! 



Tuesday, October 18, 2011

SAMM Sasar 100,000 Risalah Sebelum Hujung November !!




25,000 siap cetak kami sasar 100,000 akan dicetak dan diedar menjelang hujung November

che'GuBard memberikan penerangan mengenai isu cincin di meja utama kelihatan Norazizi, s/u cabang Rembau, YB Taufek Pesuruhjaya PAS NS, YB Ravi (ADUN PKR P.Dickson), Datuk Chua Jui Meng dan YB Fuziah Salleh

muka depan risalah

antara hadirin yang dapat memasuki ruang 'dewan' di Pej. PKR Rembau (DUN Rantau)

bergambar selepas pelancaran

Gimik pelancaran bertukar kerana ribut di lokasi asal. Belon dipecahkan dan
ada booklet dalam belon. Gimik ini melambangkan usaha pemecahan tembok maklumat.

YB Fuziah sedang berucap

hanya kira - kira 500 orang sahaja yang berjaya masuk bersesak memenuhi ruang pejabat.


Kenyataan terbuka
17 Oktober 2011

Semalam 'menumpang' MATC Cabang Rembau telah diadakan Majlis ringkas memperkenalkan Booklet Penjelasan Isu Cincin RM24.45j dan pemborosan 'Imelda' Rosmah.

Sejak dari 8 Julai 2011 iaitu dari che'GuBard membuat pendedahan mengenai kemasukan cincin RM24.45 j yang dalam borang kastam (kotak penerima) tertera nama Rosmah Mansor perbagai usaha penafian termasuk dengan menyerang cheGuBard sendiri.

Maka setelah berbincang maka SAMM memutuskan untuk menerbitkan buku kecil setebal 16 m/s untuk dilancarkan pada 16 Oktober bagi menjelaskan kemasukan cincin berlian pada 16 April 2011 lalu.

Memang kebanyakan maklumat ada dalam internet, tetapi persoalan yang lebih penting ialah berapa peratus dari rakyat mampu ada akses internet. malah dari jumlah yang sedikit itu pula berapa ramai yang guna internet untuk mencari penjelasan alternatif mengenai isu negara. Majoriti masih terpedaya dengan propaganda murahan media perdana. Jika kita hanya khayal dalam internet maka kita akan bermain dengan kelompok penyokong yang sama.

Menyedari hakikat ini dan sedar isu cincin ini sudah diperkatakan di mana sahaja maka satu penjelasan lengkap harus dibuat. Buku ini akan menjelajah ke kawasan tapak sokongan regim. Maklumat propaganda murahan akan dipecahkan. Ini isu penting kerana sebuah negara pernah dicatakan hancur kerana '1st ladynya' yang tamak, rakus dan sombong.

Semalam dijadualkan akan diadakan hi Tea untuk pelancaran selepas MATC Cabang Rembau, malangnya hujan ribut di Pekan Rantau telah memaksa program hanya diadakan di dalam ruang terhad pejabat PKR Rembau (DUN Rantau). Kami memohon maaf atas ketidak selesaan yang wujud. Ruang terhad hanya mampu semalam memuatkan kira - kira 500 orang itupun dalam keadaan berhimpit. Kita menjangkakan jika diadakan di lokasi asal dalam keadaan cuaca baik pasti lebih dari 1000 orang kehadiran.

Penghargaan kepada pimpinan yang sudi hadir bersama seperti YB Fuziah salleh, Datuk Chua Jui Meng, YB Taufek dan YB Ravi. YB Antony Loke yang telah berjanji untuk hadir malangnya tidak muncul sehingga akhir program. Terima kasih kepada semua yang menjayakan program semalam.

Di sini juga che'GuBard ingin melahirkan rasa kecewa kepada 'hero-hero' pimpinan PKR di Negeri Sembilan yang bersungguh - sungguh menghubungi ramai orang termasuk pimpinan yang dijemput untuk tidak hadir program semalam. Ini ialah perangai busuk yang merosakkan perjuangan. Namun bagi kami anak muda biarkanlah mereka ini tenggelam dan perasan menyusun diri dalam kabinet bayangan sahaja. che'Gubard ingatkan diri, kita buat kerja bukan kerana orang itu atau orang ini tetapi kita berjuang demi kewajipan melakukan perubahan yang kita yakini demi rakyat.

Program ini juga menjadi sasaran politik tidak matang Umno - Bn. Poster, Banner dan bunting bagi tujuan promosi program ini habis dicuri. Ketika kami sedar semua bahan promosi hilang hanya selepas 6 jam dipamerkan.

Ramai tertanya - tanya mana SAMM mendapat wang untuk membuat cetakan. Jujurnya SAMM tidak menerima mana - mana dana dari mana - mana pihak. Risalah ini kita masih hutang dengan pencetak. Sehelai risalah kos cetakan RM0.65sen/naskah + kos penerbitan RM 0.50sen/naskah. SAMM telah membayar kos cetakan RM16,250 dengan 4 keping 'posdated cheque' bertarikh 23 Okt, 30 Okt, 5 Nov dan 11 Nov.

Begini lah juga kita mencetak buku Fitnah ia dibayar dengan cara yang sama, sementara sampai ke tarikh satu - satu cek itu hendak ditunaikan maka SAMM akan cuba sungguh - sungguh untuk melengkapkan jumlah wang untuk cek tarikh akan datang.

Semua projek penerangan turun ke bawah kami disara oleh rakyat sendiri. Seperti booklet ini bernilai RM1.50 senaskah, maka kami rayu untuk sesiapa yang perhatin agar selepas mendapatkan risalah ini silalah ke bank dan masukkan RM1.50 (minima) ke akaun Solidariti Anak Muda 05012010074930 (bank Islam Malaysia Berhad). Sebarang kemasukan lebih dari nilai risalah amat dihargai. Ia akan membolehkan kami mencetak ulang risalah dan termasuk beberapa bahan baru yang lebih menggemparkan. Dengan berbuat demikian membantu merialisasikan 100,000 risalah sebelum hujung November.

Diharapkan dengan penerbitan booklet ini mampu mempertingkatkan kesedaran orang ramai mengenai pemborosan orang yang menyamar "1st Lady Of Malaysia". Kepada Najib dan Rosmah SAMM memberikan amaran ubah cara hidup jika tidak kamu akan kami ubah.

Booklet ini akan diedarkan dengan strategi tersendiri menembusi kawasan-kawasan sasaran yang merupakan tapak sokongan regim penguasa. Jika penyokong PR ingin memiliki risalah ini cara paling mudah ialah dengan hadir ke lokasi - lokasi program che'GuBard di seluruh negara (jadual dalam blog che'GuBard) atau semua yang membeli Buku Fitnah selepas 16Okt. akan juga dapat booklet ini secara percuma.

Kepada mana - mana pihak yang mahu mengedarkan risalah ini sendiri di kawasan masing-masing harap dapat menaja dengan menanggung kos RM300 (bagi satu bundle 400).

Kepada orang Umno/Bn yakinlah dengan mengekalkan Najib dan Rosmah akan mempercepatkan kejatuhan Umno/Bn itu sendiri. Ikrar kami anak muda kan bersunggguh - sungguh epenuh daya upaya akan memastikan Najib/Rosmah merupakan Perdana Menteri terakhir yang datang dari regim pewaris penjajah. SAMM percaya proses reformasi menyelamatkan negara hanya akan bermula selepas regim tumbang di tangan kuasa rakyat.

che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Saturday, October 15, 2011

Mkini: Risalah 16 MukaSurat Penjelasan Isu Cincin Akan Dilancar 16 Oktober!!


Tidak puas hati dengan penjelasan mengenai kontroversi cincin berlian bernilai RM24 juta, aktivis akar umbi, Badrul Hisham Shaharin memutuskan untuk menerbitkan brosur 16 muka bagi mendedahkan kebenaran di sebalik perkara tersebut.

Badrul, yang lebih dikenali sebagai Chegubard, menerajui kumpulan anak muda yang dikenali sebagai Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Katanya, selain menerbitkan bukti asal mengenai cincin
tersebut, brosur itu juga akan turut memuatkan jumlah pembaziran dan gaya hidup mewah orang yang didakwanya "bergaya sebagai wanita pertama Malaysia."

Majlis pelancaran brosur tersebut akan diadakan di pejabat PKR di Rantau, Negeri Sembilan dan akan dihadiri pemimpin tinggi PKR, termasuk naib presiden Datuk Chua Jui Meng dan Fuziah Salleh serta setiausaha Pemuda DAP kebangsaan, Anthony Loke .

Julai lalu, Badrul mendakwa cincin itu - 'Natural Fancy Gray Cushion Cut Diamond' berharga RM24,458,400 - diterbangkan ke negara ini melalui Lapangan Terbang Kuala Lumpur (KLIA).

Beliau juga membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Pulau Pinang pada 13 Julai, mendakwa cincin tersebut dibeli oleh isteri perdana menteri - Datin Seri Rosmah Mansor. -mkini


Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, October 14, 2011

Pelancaran Risalah Penjelasan Isu Cincin di MATC Rembau 16 Oktober (Ahad)!!




2.00 ptg : Perasmian MATC Serentak AMK dan Cabang Rembau
5.00 ptg : Hi-Tea Pra Pelancaran Jentera PRU DUN Rantau (Parlimen Rembau)
dan pelancaran risalah penerangan isu cincin

Jom hadir beramai-ramai dan jadilah antara yang terawal memiliki risalah penjelasan isu cincin yang selama ini menjadi perbualan hangat! Dengan risalah ini juga, segala info sebenar dapat dirujuk bersama gambarajah penting yang belum didedahkan sebelum ini.

Risalah penerangan setebal 16 muka surat sedia untuk dilancarkan oleh pengerak anak muda - SAMM (Solidariti Anak Muda Malaysia) sebanyak 50ribu naskah. 

Setiap penerima wajib membuat 16 salinan dan sebarkan kepada 16 rakyat lain, dan penerima salinan juga wajib membuat 16 salinan dan sebarkan juga kepada 16 rakyat yang lain. 
Baca lagi di sini